Friday 22 January 2016

Demam Panas Bagus Untuk Anak??

Haa..betul ke ni? Opss jangan panik dulu..jom kita baca pelan-pelan ye :)

Bila anak demam, terutamanya yg masih bayi (1 tahun ke bawah).. Ianya adalah suatu yg sgt merisaukan.

Ibu-ibu tentu tak tidur malam dibuatnya!

Jika dibawa jumpa doktor, doktor biasanya akan beri ubat demam dlm bentuk cecair iaitu paracetamol.

Jika suhu badan anak tinggi, melebihi 39 deg celcius,  doktor akan memasukkan ubat bontot terus bg menurunkan suhu badan.

Ibu sekalian pernah terfikir tak, bagaimana paracetamol ini membantu untuk menurunkan suhu badan yg sedang demam??

Dan mengapa, kita tidak digalakkan untuk beri anak ubat demam,  batuk, selesema mahupun antibiotik kpd bayi di bawah umur 1 tahun??

Ibu-ibu...

Sebenarnya demam panas adalah reaksi semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman.

Dan bila demam, ianya menunjukkan sistem imun bayi / anak kita berfungsi dgn baik. Semasa demam, sejenis protein bernama pyrogen dihasilkan yg menyebabkan peningkatan sintesis bahan bernama "prostaglandin" dlm otak..

"Prostaglandin" dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas terhadap kecederaan/ penyakit tertentu.

Salah satu tindakan Prostaglandin ialah meningkatkan sensitiviti urat saraf, i.e kita akan merasa sakit bila sesuatu kecederaan terjadi. Bila rasa sakit, kita akan cuba melindungi bahagian badan yg cedera itu.

Imagine kalau ini tiada?? Tangan luka pun,kita buat dunno je.  Sebab rasa sakit kan. At da end.  Tiada usaha dr kita utk pulihkan luka tersebut. Selain itu, Prostaglandin juga menyebabkan suhu badan meningkat supaya dpt melawan unsur asing seperti bakteria yg berada dlm badan.

Paracetamol pula bertindak sebagai Antipyretic. Ia menghalang sintesis Prostaglandin yg menyebabkan kesakitan hilang buat sementara,  dan suhu badan jatuh dlm masa 30 minit selepas dimakan.

Ubat demam tidak memberi peluang sistem imun badan bertindak secara semulajadi bg melawan & menyembuhkan penyakit. 

Ubat demam akan memutuskan fungsi saraf yg menyampaikan rasa sakit dari otak ke sel tubuh.

Sbb itu, ubat demam juga dikenali sebagai pain killer 😱

Ubat demam hanya mengurangkan panas badan, dan tidak merawat punca demam panas berlaku.

Badan kita sebenarnya yg sendiri merawat sakit tersebut. Pertahan badan lah yg sebenar nya melawan dan menyembuhkan penyakit yg dtg..

Sbb itu, kita tidak digalakkan utk beri ubat kpd bayi di bawah umur 1 tahun. Kerana ubat - ubatan akan merencatkan fungsi imun badan bagi melawan penyakit.

So apa kita nak buat bila anak demam??

Belajar lah "menguruskan" demam anak...  

Jgn terlalu bergantung pd ubat.

Ada cara yg kita boleh buat utk kita kawal suhu badan anak ketika demam.

Tidak tergesa-gesa memberi anak makan ubat demam,  bukan bererti kita ibu yg tidak sayang anak..

Menyokong proses demam panas memerlukan pengorbanan yg besar dr seorang ibu.

Antaranya tidak tidur mlm utk memantau suhu, menjerlum,  sponging,  dan menyusu badan dgn kerap.

Ia juga memerlukan ibu untuk sentiasa memberi anak minum dgn kerap dan menyediakan makanan yg berkhasiat utk anak, bagi membantu proses imun bekerja lebih baik utk melawan penyakit.
Remember: ubat demam akan merencatkan fungsi imun badan.

Bila sistem imun badan anak selalu terencat, @ dihalang fungsinya dgn ubat demam, sudah tentu anak mudah jatuh sakit.

Bakteria dan virus sgt suka budak yg sistem imun lemah tau 😥
Note: walaubagaimanapun,  jika anak betul2 dlm keadaan yg bahaya, (mungkin kita terlepas pandang, X monitor betul2).. Jgn pula berdegil utk X bg ubat.

Yg penting, kawal dahulu...

Jika dlm kritikal,  segera hubungi doktor.

Sebagai seorang ibu, peranan kita adalah memastikan anak2 mendapat cukup nutrisi yg diperlukan oleh badan.

Bila badan cukup nutrisi,  In shaa Allah...  "askar pertahanan" di dalam badan akan MAMPU untuk melawan sebarang penyakit yg dtg..

Anak sihat, ibu gembira..

Ibu sihat, suami bahagia 😛

#TeamSeamlessMom
#HamilDenganSihat
#SetHamilTerbaikShaklee