Friday 26 August 2016

Kehamilan Anda Sihat? Kenali Tandanya



Jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil, Tahniahhhhh!
Inilah antara moment  yang palingggg menarik dalam hidup anda. Jadi nikmatinya setiap saat okeyh. Sebab tu anda kena baca entry ni sampai habis. Cekidaut!
.


Hee..perasan tak bila once kawan-kawan atau family dah tau anda pregnant, diorang mesti seronok sangat untuk korangkan. Yelah tak lamer lagi perut anda akan membesar membesar dan membesar! Hee. Sangat specialkan. Korang akan merasakan rebut soalan dari semua. Whooshh! Pening jap eh. Chill okay. Hihi. Momen yang sangat istimewa seharusnya dikongsi bersama semua cuma part yang tak selesa atau menganggu masa pregnant tu jarang la orang tanya. 

Tak dinafikan bila badan mula menerima kehadiran ‘orang baru’, maka bersiap sedialah untuk merasai KETIDAKSELESAAN sepanjang kehamilan . Antaranya; morning sickness, sakit abdomen, sakit belakang, ketidakselesaan payudara, sukar bernafas, sembelit, kontraksi , cystitis (Jangkitan Pundi Kencing) dan ada juga ibu yang jadi lebih sensitif pada bauan. Walaupun terpaksa menghadam pengalaman yang tak selesa tersebut hal utama yang MESTI dijaga ialah kesihatan tubuh dan janin.

            Masa saya mengandungkan anak sulung, badan sangat lemah. Sepanjang hari boleh dikatakan zero energy. Nak berbaring je..asyik pening dah muntah. Bila kerja tu buat-buat gagah cam Hulk. Uhuk. Makan pun tak terjaga sebab tak larat. Sebab tu bila orang perempuan ni pregnant, dia memerlukan jumlah energi yang lebih besar dari yang tak pregnant. Bagi yang bekerja pon, biasanya dikurangkan workload. Bila berjumpa dengan doctor, doctor sarankan jaga pemakanan sihat untuk ibu dan pengambilan vitamin sepanjang kehamilan seperti kalsium, zink, asid folik, bcomplex  dan zat besi.
Bila saya ditanya tentang macam mana sihat dikala hamil ni? Jawapan saya, IBU atau Wanita Hamil tu mesti dalam kondisi sihat. Kalau tak tu jadi macam saya kat atas. Dahla berat badan tak berapa ideal, tu belom cek nutrisi seimbang atau tak. Olahraga? Hmm..Sengih korang eh. Terasa ler tu. Ehe. Sebab tu nak kongsi informasi lengkap 7 tanda kehamilan wanita yang normal dah sihat.

1. Tekanan darah dan kadar gula ibu hamil

Petunjuk utama yang tahap kehamilan yang sihat , tekanan darah dan gula yang perlu dipantau dari minit yang pertama anda membuat keputusan untuk hamil serta pergi ‘menyerah diri’ atau lebih tepat untuk buat buku merah. Mungkin masa check up tekanan darah ataupun bacaan kadar gula ada meningkat sedikit masih boleh dikatakan normal. Yang jadi suspen bila ada perubahan drastik pada dua hal ni kerana ia boleh membawa pada preeklampsia yang menyebabkan kelahiran awal atau prematang. Jadi jangan amik mudah okay ibu semua.

2. Rahim dan plasenta

Masalah dalam rahim dan plasenta mungkin membawa kepada keguguran dalam beberapa kes tertentu. Untuk mengekalkan janin dalam rahim, hinggalah ke saat akhir kehamilan, rahim dan plasenta ibu perlu berada dalam kondisi yang sihat. Plasenta perlu juga melekat pada dinding rahim, kerana apabila terjadi pelepasan terhadap plasenta, ia boleh membawa kepada keguguran yang serius.


3.  Pertumbuhan janin

Sebagai ibu hamil, anda wajib merajinkan diri dan teratur memantau kondisi bayi yang ada didalam perut anda. Ia boleh disemak dengan memeriksa berat badan ibu yang hamil atau semasa ujian ultrasound. Apabila terdapat tanda-tanda kekurangan oksigen didalam rahim, hal ini harus diawasi kerana ia boleh menyebabkan gangguan dalam fungsi plasenta dan kesihatan ibu serta janin akan turut terganggu.

4. Berat badan ibu hamil

Seorang doktor biasanya akan mengesyorkan peningkatan sebanyak 13 hingga 15 kilogram selama wanita itu sedang hamil. Walau bagaimanapun, jika perempuan itu sudah mempunyai berat badan berlebihan , maka doktor mempunyai anjuran tersendiri pada masa kehamilan dan akan dipantau dari masa ke semasa.


5. Kadar hormon

Hormon pregesteron wanita hamil boleh mencapai hampir 400mg jika dibandingkan dengan wanita tidak hamil yang sihat yang menghasilkan sekitar 20 mg progesteron. Fungsi hormon ini untuk menjaga ibu hamil dari kitar haid lagi. Hormon estrogen pula memainkan peranan penting dalam membentuk jaring rahim bag menampung janin yang akan membesar 3 kali ganda di separuh akhir kehamilan.

6. Perut yang membesar

Normally, doktor akan mengambil ukuran biasa dari perut ibu untuk memastikan bahawa pertumbuhan serta perkembangan bayi adalah dalam keadaan yang baik dan sihat.
 

7. Pergerakan janin

Selain dari memeriksa ukuran perut, doktor akan minta ibu hamil untuk mengira pergerakan janin semasa mengandung antara 6 hingga minggu ke-10 kehamilan. Ini sebagai satu cara lain untuk mengesan kesihatan kehamilan anda. Biasa dalam buku merah akan diajar untuk kira pergerakan ni. Jadi jangan risau ye. Pergerakan janin dapat memastikan bayi itu menerima oksigen yang mencukupi dan bahawa bayi itu berada dalam keadaan baik.




Nahh..saya dah share artikel dari Health Me Up ni untuk ibu semua. Jadi dah tau kan top 7 tanda kehamilan yang normal dan sihat. Haa lepas ni ada rasa-rasa tak best ke, cecepat pergi jumpa doctor untuk dapatkan konsultansi ye. Lefchiuols mummy. Happy pregnancy :)





Saturday 6 August 2016

Kesan Ostematrix Shaklee Padaku




Memasak
Mendobi
Mengemas
Melipat baju
Menyapu
Mengemop
Me..dan me..lagi (tolong senaraikan..ehe)

Fuhh..lap peluh jap

Kerja memang tak penahnye selesai kalau kira. Anak-anak kecil lagi. Sok dah sekolah lain pulak tasknyer kan. rasa kalau kita duk susun la list kerja ni memang bertingkek-tingkek kalah bangunan KLCC nuh. One word yang saya rasa bile buat semua ni..

P.E.N.A.T




Krik..krik..krikkk

Alahai nak kate lain la tu :D. Xpe pendapat memasing. Its normal kita rasa penat coz mengikut Prinsip Keabadan Tenaga;

“Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta tetapi boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.”

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, aka nada perubahan tenaga disitu. Am I right, student? (Haha..tak boleh blah). Semakin banyak pekerjaan yang dilakukan semakin banyak tenaga yang digunakan.

Macam tu la saya masa bekerja suatu ketika dulu. Tenaga dah kekeringan. Lepas kerja, balik rumah je melepekkk teros. Masa ni mana makan suplimen pun, ehe..amik air teh nak kuyus je (bocor rahsie J ). Tup tup bernikah, alhamdulillah pregnant pulak. Masa ni memang terukkkk sangat morning sickness. Bauan tak boleh, makan manis tak boleh, bila muntah macam keluar isi perot.

Sedar tak sedar dah 8 bulan preggy, masa ni ya Allah sakitnye belakang badan Allah sahaja yang tau.

Bangun tidur aje sakit belakang..
Nak duduk, tak selesa..
Berbaring melentang sakit pinggang..
Pendek kata serba salah la semua nak baring, mengiring ke, nak duduk, gerakan solat ke..semua tak selesa.

Bila jadi camtu rasa sedih pon ada, nak nangis pon ada. Rasa tak puas bila tak dapat rukuk, sujud lama-lama dek sakit belakang.

Tidur memang tak nyenyak la -_-

Saya search fesbuk masa tu (hihi..gugel aje petua hilangkan sakit belakang masa preggy). Ni redah aje sebab tak tahan sangat. Alhamdulillah pertama kali saya berkenalan dengan Ostematrix Shaklee masa tu. Sebaik sampai ke rumah kuarters, malam tu teros ambik 4 biji pil Ostematrix and the result…jeng jeng jeng..

Bangun pagi tu..FRESHHHHH. 



Alhamdulillah rasa nak jerit aje macam adik nih nak bagitau hepi sesangat dah hilang sakit belakang. MasyaAllah sungguh tak sangka asbabnya Ostematrix sakit belakang saya hilang. Sejak dari hari tu, cinta saya pada Ostematrx makin setia. Cewahh. Sungguh la korang, betulla nutrisi pencegahan tu lebih baih dar nutrisi penyembuhan. Bila badan dah sakit barulah terhegeh-hegeh saya dok cari suplimen ubat semua.

Still ambil Ostematrix dari tahun 2014 sampailah tahun 2016 sebab preggy anak kedua dah belajar dari yang pertama kan kan kannn. Syukur sangat, preggy kali kedua dah tak kebas kaki, sembelit toksah cerita..masa anak pertama SEJAM duduk dalam tandas! Menangis! Alhamdulillah kal kedua boleh senyum memanjang. Oste telah membantu melembutkan poopooo ku, ahaks.

Antara manfaat lain Ostematrix yang saya kongsikan dengan semua:

  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat (ibu hamil dan bayi terutamanya supaya dapat elakkan bay dari mendapat karies gigi awal)
  • Mengelakkan penyakit Osteoporosis
  • Meringankan stress
  • Membantu dalam masalah rekahan ditumit kaki
  • Melegakan sendi-sendi
  • Mengatasi masalah buasir
  • Meringankan kepala dari masalah migraine
  • Membantu mereka yang allergy dengan bahan tenusu seperti susu



Dan banyak lagi. Jimat pon jimat. 120biji. 4 caps daily.
Lagi untung GRAB teros promosi bulan Ogos ni.

BELI 6 PERCUMA 1

BELI 2 DISKAUN 5%

Hubungi je saya okeyh;
Siti Hajar
019-6370570
SID Pilihan Anda J