Tett..tett..tett..tett.
SMS masuk. Terus saya capai
henfon dan baca.
.
“Awak ni banyak dosa
dengan orang, sebab tu awak tak angkat kol saya..”
Apa??? Eh kenapa dapat mesej ni tiba-tiba je.
Terkejut.
Rupanya...
Rupanya...
Perasaan bercampur baur. Saya lihat ada notification keluar panggilan
tak jawab. Laju air mata mengalir sambil meminta maaf kepada tuan empunya
homestay apabila dapat bercakap dengannya. Dia beranggapan bahawa saya berniat
untuk mempermainkan mereka kerana dia telah menunggu saya sepanjang hari.
Saya mohon maaf sekali lagi dan terangkan kepadanya yang saya terpaksa
membatalkan tempahan homestay terbabit pada saat-saat terakhir. Kami akhirnya
terpaksa menginap di hotel bajet sekitar taman tersebut.
**PERTAMA KALI IKUT SERTA
Ya, pengalaman yang sangat manis dan mencemaskan juga. Hee. Pertama
kali, saya membawa anak-anak ke luar bersama saya dan suami untuk program
Shaklee di Johor. Program itu adalah FLY Success Workshop yang diadakan di
cawangan Shaklee JB. Dah jadi mak-mak ni saya tak dapat nak gamble macam masa
bujang dedulu. Sebolehnya sebelum sertai mana program pertama sekali yang saya
MESTI amik kira adalah tempat penginapan. Anak baru dua dah macam nak sepuluh
<< bak kata emak saya :)
Alhamdulillah. Program berjalan lancar walaupun ada sesat waktu nak
pergi ke tempat program. Seusai habis program pada waktu tengahari, saya
bertolak bersama dengan adik (babysitter baru..hihi) dan anak-anak dari branch
Shaklee JB ke UTM Skudai untuk menjemput suami yang buat part time degree
disana. Haru biru dalam kereta dengan baby saya 8 bulan dan abangnya, 2 tahun 9
bulan. Sabo jer lah.
Tiba di UTM Skudai, kelas suami sudah selesai dan saya terus jemput dia di bangunan makmal D10 (tak ingat D03 @ D10).
**PERUNTUKAN BERMALAM PERLU LEBIH RM300
Bukan hanya satu atau dua program yang saya tak dapat turut serta kerana
kekurangan dana. Bila saya kira-kira, saya perlukan lebih kurang RM300++ sehari
sekiranya program berada diluar bandar dan saya terpaksa bermalam. Apabila
program dijadualkan pada hari Jumaat, saya perlu extend waktu menginap di hotel
kerana menunggu suami yang kebiasaan selesai kelasnya pada Jam 10 malam untuk
pulang bersama ke Tangkak.
Saya sangat berterima kasih kepada suami yang memahami minat saya dalam
membantu mereka diluar sana melalui Shaklee. Suami selalu menemani apabila saya
ingin pergi program kesihatan anjuran Shaklee yang berdekatan samada di bandar
Muar / Melaka.
**UBAT APA TU?
Bergelar surirumah sepenuh masa adalah kerjaya yang sangat mencabar .
Setujukan ibu-ibu semua? Sejujurnya saya teringin untuk ikut serta semua
program anjuran Shaklee dan salah satunya program granny saya a.k.a Master Ira
di Johor kerana saya tahu saya perlu perbaiki sistem saya yang saya kenal pasti
kelam kabut.
Suatu hari, saya menyatakan permasalahan saya dalam group diskusi kami.
Apa yang saya baca mengejutkan saya,
“Owh, saya tahu masalah awak, Hajar. Awak perlukan UBAT.”
.
.
Ubat? GULP. Telan air liur jap. Berdebar nih.
.
.
“Haa UBATnya Hajar, awak share bagaimana kuatkan semangat untuk sertai
program Shaklee walau budget limited.”
Ehemm. Pandai betul Master Ira ni, macam tau je ape yang duk fikir. Termenung panjang jap. Tapi bila saya ditanya secara apa yang
saya lakukan, saya akan jawab;
1. Kenal Pasti Halangan
- Dalam hal saya, antara halangannya dari segi bajet. “Kate
buat Shaklee takkan takde bonus kot.” Nahh yang tu sodap didengar.
Alhamdulillah ada. Saya agihkan sikit untuk tabung program. Kadang-kadang
buat ‘loan’ dengan suami. Hihi.
- TAKUT. TAKUT.TAKUT. Ni memang sakit sikit. Sebab
fokusnye pergi kesitu. Maka itulah yang dapat. BERTUKARR BERANI..WARGHHHH!
“You cant get rid of your fear, but you can get
through it”
2. Pergi Program Anjuran Shaklee Yang Percuma
- Shaklee selalu buat program percuma. Salah satunya yang
ada setiap bulan adalah Health Talk. Saya follow yang di Muar dan di Melaka.
Still cost juga cuma tak perlu bermalam. Save juga kan? Nak ilmu kenala struggle.
Nak tunggu orang dating ke rumah saya bagi talk takkan ler..hihi J
3. Niat Yang Teguh
- Pergh! Macam apa je but its sooo true korang.
Alhamdulillah syukur pada Allah kerana segala kekuatan itu dating dari Dia.
Baru-baru ni saya pergi National Conference Shaklee 2016 di Dewan Konvensyen
Sunway Piramid dengan anak-anak dan adik sahaja tanpa suami. Walaupun
suami berat hati untuk lepaskan disebabkan dia tak dapat menemani saya kerana
komitmennya dengan kelas hujung minggu waktu di JB.
Perjalanan dua jam sahaja tapi rasa bagaikan sehari J. Bertolak dari
rumah pukul 6 pagi seusai solat subuh. Alhamdulillah, masa tu memang tak fikir
lain. Yang pasti niat saya,”Aku nak hadir NC kali ni. Moga dengan asbab NC kali
ni aku bertukar menjadi aku yang baru!”. Aamiin. Akhirnya kami selamat tiba di
NC 2016 #LiveAmazing pada jam 9 pagi.
4. Amalan Rohani
- Hanya pada Allah kita meminta pertolongan. Dialah yang Maha
Mendengar rintihan hambaNya. Lakukanlah solat sunat dhuha, tahajud,
perbanyakkan zikrullah dan amalan yang lain. Saya juga sedang berusaha untuk
istiqamah dalam melakukannya. Solat awal waktu juga tau. Berusaha menunaikan
hak Allah terlebih dahulu, aamiin.
- DOA. Saya diajar untuk doa secara spesifik. Dari situ saya bina
kekuatan dalaman kerana saya percaya saya mampu untuk berjuang dalam biz
Shaklee.
5. Lakukan Aktiviti Yang Memotivasikan Kita
- Normally saya akan baca post motivasi samada di facebook
atau buku-buku. Pastu tefonla mak abah kat rumah. Bila dengar suara pon dah
hepi gitu. Selain itu boleh pegi window shopping ke, ceriakan anak-anak ke, ehe
terpulang kepada individu.
InshaaAllah sekian sahaja perkongsian saya. Mudahan bermanfaat untuk
semua. Berusahalah selagi mampu kerana Allah sentiasa memperhatikan usaha kita
dalam apa jua pekerjaan. Lefchiuols <3
Rakan Nutrisi Anda,
Siti Hajar Mat Jam
019-6370570