Monday 6 May 2019

Keracunan Makanan. First time kena baru tahu

Bismillah

Alhamdulillah lama doh bersawang blog Kak Jar nih. Masih diberi kesempatan untuk jari montel  ni menulis di keyboard.

Well well baru-baru ni ai kena keracunan makanan. Rupanya jadi asbab untuk dapat tahu ada sakit lain. 


Isu Kencing Berdarah

Sebelum kes keracunan makanan ni, perut  pernah je memulas, mula la cirit birit atau lebih sopannya diarrhea. Pelik juga, memikirnya ada salah makan ke apa. Mula-mula cerry biase, last-last keluar cerry air. Aasudah, selang pastu bila buang ayor, berdarah. Ya Allah, penyakit apa pulak yang aku dapat ni..masa tu ingatkan kurang air, so biase la kot air kencing kaler gitu.

Hati tu mula rasa tak besh memikir ke hal dalam tandas tadi. Sebelum pegi klinik, minum air banyak-banyak untuk hydrated semula. Bila jumpa doktor, cerita la dari A-Z apa yang berlaku. Doktor tu suruh bangun. Dia ketuk-ketuk bahagian pinggang belah belakang. Dia kata kalau sakit mungkin ada batu karang.

Lepas tu balik rumah kita buat cam beshe beshe je la, haha sebab dah hilang sakit kan.


Asbab Food Poisoning

Dah kena baru tahu. Camtu rupanya bila kau kena food poisoning. Lembik badan macam taufufa je. At first, Kj tak suspect la ada salah makan ke ape, bila dia jadi more worsed then mula la cuak beria.

Malam tu nak dijadikan cerita, my hubby ada bawak food from outside. Satu burger satu oblong. And mine was oblong.nPadahal Kj ade je memasak aritu tu. Ayam goreng kicap lagi. Haha. After all, we never knew kan mende nak jadi.

Kj pun dengan rasa suka suka suka nya, ngap la oblong tuh sorang-sorang. Anak makan burger tak pedas tu. Malam tu siap siap makan terus lelap, mengantuk selepas membaham oblong sensorang.


Hari Pertama

Next morning masa subuh, badan mula seram sejuk.

And start vomit. Muntah air. Cirit birit.

Ingatkan besye besye. Al maklomlah teka perut meragam macam sebelom sebelom ni. Jadi Kj buat tak tahu je.

Masa tu Kj minum air pergi bawak baring. Badan dah rasa tak sedap. Menggeletar macam nak demam. Tak lama lepas tu adalah empat lima kali muntah air lagi.

Arghhh perut pulak memulas, cramp belah kiri. Dia rasa macam orang pulas buah pinggang kau tau. Haha. But seriously memang sakit. Seharian terbaring dalam bilik pikir apelah nak buat. Next day tak tahan dengan perut makin sakit, ajak jugak husband pergi klinik.


Hari Kedua

Klinik pertama pergi TUTUP. Klinik kedua pergi BUKA. Alhamdulillah, masa tu Kj duk dalam kereta macam ape je. Badan tak leh nak tegak, sakit yakmatt.

Tunggu pas tunggu turn sampai. Dokter tu tanya,

Dah berapa hari muntah?
Ada demam demam?

Perghh sambil beri jawapan perut tambah sakit. Last-last die kasik injection kat belakang badan. Atas peha, haa tau la kat mana kan. Tunggu amik ubat kat luar tak surut juga sakit, huuu huuu. Dokter kate kalau Kj still tak baik esok, better gi hospital untuk drip air. Surat rujukan dia bagi. Masa tu la doc suspect food poisoning.

Malam tu berguling guling atas tilam, tahankan juga sakit makan sikit roti sekeping, kalau tak biskut sebab nak makan ubat tahan muntah lepas tu. Tak selera sungguh nak makan dengan perut sakit.


Hari Ketiga

Bangun pagi masa nak solat Kj minum air lagi, yelah asik muntah kan. Terasa lembik badan nih. Tak lama lepas tu dalam sejam terus muntah balik.

Arghh sakit nye perut. Masa ni apa yang Kj alami
- Muntah yang berterusan sampai tak tahu nak muntah apa lagi
- Cirit birit
- Urin aka ayaq kincing berdarah
- Perut cramp

Amik keputusan ajak suami pergi HOSPITAL TANGKAK bahagian kecemasan. Ya rabbi, tahan je sakit masa ni. Dengan tiga-tiga orang anak kami angkut ke hospital. Masa tunggu turn, anak-anak mula tak dok diam. Huu, what do you expect bila bawak budak-budak ke hospital. Mestila diorang nak main.

Bila Kj tengok diorang lari-lari dalam hospital nak tak nak Kj bagitau husband balik rumah dulu tak perlulah tunggu kat hospital. Adik baby yang setaun nak tidur lagi. Apa-apa Kj mesej aje.

Diorang pon balik. Huu, bila med ast tanya suami mana, Kj kate la tak de balik rumah. Saya sorang je.

Haha dia kate eh tak boleh la macam tu. Suwitt kan. Hihi. Kj jawab balik anak-anak tak duk diam kat hospital jadi kena bawa balik.

Masuk wad kecemasan, Kj kena wat blood test, urin test and lastly drip air. Ada la separuh hari duk di hospital sedut air. Alhamdulillah masa ni perut mula kurang memulas. Sebelum discharged tu dokter bagitau maybe suspect batu karang pulak pasai sakit pinggang kat belakang and urin berdarah tu.

Sepanjang duk hospital risau jugak anak-anak kat rumah memikir je dah makan ke belum. Ayelah Kj tak masak pun apa apa. Alhamdulillah suami kata masak nasi dengan goreng telur. Lega dengar bila dia mesej macam tu.

Alhamdulillah harini makin recover dari food poisoning. Selera makan ada semula. Kalau tak haritu dua hari tak masuk apa dalam badan melainkan air semata.

Ubat doktor pon amik along with my best suppliment #Shaklee :)

Alhamdulillah syukur keluar batuan-batuan tu dari badan. Ngeri bila teringat tau.

Moral of the story, mak Kj sempatla marah jugak sebab macam pelahap sangat semua nak makan. Hahaha. Bila jadi camni boleh nampakkan mudahnya virus / bakteria kena passed down pada kita. Scaryy. Pastu Kj cam trauma nak makan makanan luar. Tapi kejap je la..hehehe. Apa pun berhati-hati bila nak membeli sesuatu makanan tengok kondisi kebersihan kedai, sekadar berjaga-jaga itu lebih baik kannn.

Jumpa lagi korang~ :)
Wassalam.


Kj @ Kaja
Mak Anak 3
Tak pelahap pon okay