Showing posts with label Set Penjagaan Mata Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Penjagaan Mata Shaklee. Show all posts

Tuesday, 25 April 2017

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA 👁👁

Bismillah. Semalam Kak Jar ada share tips mudah untuk kita follow. Hari-hari boleh buatkannnn.

Yang penting dapat kurangkan tekanan pada mata kita. Hari ni Kak Jar nak share antara petua lain serta makanan yang baik untuk mata.



4 Petua Kurangkan Rabun Paling Berkesan adalah::sunglasses:

1. Sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit lihat ke arah objek yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa saya yang jarak 3 meter, lebih baik tengok alam semulajadilah macam pokok. Pandang dalam 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika baca buku pun boleh ikut cara ini.

2. Jenis suka main permainan video seperti playstation, Xbox dan sebagainya. Cuba kurangkan had bermain seperti 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam, kemuadian kurangkan lagi kepada 1 minggu 1 kali sahaja. Permainan ini memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan mata. Alhamdulillah saya ni bukan. hihihi.


3. Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus samada jauh mahupun dekat. Contoh jangan tengok semua benda sambil mata melilau kiri kanan. Ini akan menyebabkan mata kita cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata. Tetapi jangan di paksa sehingga menyebabkan ketegangan mata yang tinggi.

4. Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali. Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat kita boleh tambah bilangan. Ini adalaha latihan hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

5. Amalkan pemakanan yang baik setiap hari untuk penjagaan mata adalah seperti berikut:


a. Sawi 
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu. Nanti boleh jadi kuat cam popeye..putt putt. Hihi

b. Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti.

Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

c. Teh

Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

d. Bawang Putih & Bawang Merah

Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

e. Kacang Walnut

Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.


f. Tomato

Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.


g. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering. (Haa..sebab tu dalam set kesihatan mata shaklee ada ESP. Hee)


h. Telur

Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.


i. Brokoli

Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.


Selamat mengamalkan

Boleh share nanti kutip saham pahala sama-sama. Kesian kawan kita yang ada rabun dan untuk penjagaan mata kita bersama.



Salam sayang,

Kak Jar
Yang suka makan brokoli. Hee

Monday, 24 April 2017

Tips Penjagaan Harian Untuk Mata Yang Sihat

Kak Jar nak tanya pendapat korang,

Agaknya gaya hidup ala-ala digital sekarang ni berisiko buta atau tak?

Jawapan saya, YA.

Puncanya pendedahan kepada sinaran biru yang terlalu banyak telah menyebabkan kerosakan kekal pada mata.


Kita semua tahu cahaya matahari mengandungi sinaran ultraungu (UV) yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada kesihatan. 


Tetapi majoriti juga tidak sedar cahaya matahari mengandungi sinaran biru (blue light) yang berbahaya untuk mata jika terdedah secara berlebihan. 


Pendedahan sedikit demi sedikit pada sinaran biru dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan pada retina. Sinaran biru ni bukan sahaja dari bersumber matahari malah dari lampu-lampu, skrin televisyen, komputer, telefon bimbit dan peranti elektrik.


Okey cuba jujur dengan diri kita. Sehari berapa lama kita menghadap komputer? telefon? alat elektronik yang lain?


Haa..dapat jawapankan. Lamakan. Cuma kita tak perasan atau buat tak perasan. Hee.


Fakta menyatakan 1/3 dewasa menggunakan sekurangnya 9 jam tau dengan alat elektronik. 


Tu belom termasuk kanak-kanak sekarang dah mula terdedah dengan penggunaan handphone serta permainan elektronik.


Kadang-kadang pagi lagi kita dah bukak henfon. Sebelom tidur pon sama. Mata terbeban dengan henfon tau. Lepas tu ngadu tak dapat tidor. Haihhh..Bila tak cukup tidor, mata letih, badan pon jadi lemah. Nak kerja mata panda semua.


Tandanya?

Mata akan mula pedih-pedih, kering, gatal-gatal yang membawa pada mata kemerah-merahan keran menggaru, tau-tau skrin jadi kabur. Nampak tak? Bahaya sangat jika kita selalu bagi tekanan pada mata, sebab tu saya katakan kita semua akan berisiko untuk mendapat penyakit seperti;


1. Kemerosotan Mukular Berkaitan Usia (Age Macula Degenerative, AMD)

AMD adalah kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit akibat penuaan dan manusia seiring mendapat AMD seiring dengan peningkatan usia. 

Berisiko terutamanya bagi yang berumur 50 hingga 60 tahun kerana proses kemerosotan penglihatan makular dipercepatkan oleh sinaran biru.
Beza penglihatan biasa dan AMD

2. Katarak

Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. 

Kanta mata terdiri kebanyakannya dari protein dan air dimana protein yang biasanya diatur untuk membenarkan cahaya melaluinya dan menumpukan kepada ke retina. 
Beza penglihatan biasa dan katarak
Kehadiran radikal bebas menyebabkan kerosakan oksidatif pada protein yang terdapat dikanta mata. Apabila terdapat cecair berlebihan, kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini boleh mengakibatkan buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.


Antara punca katarak adalah;

i. Penuaan dari kanta yang disebabkan pengumpulan radikal bebas serta 
ii. Radikal bebas itu sendiri

Malah, proses kerosakan itu dipercepatkan juga dengan tabiat merokok/alkohol, penyakit diabetes serta terdedah secara berlebihan kepada sinaran biru.

 3. Glaukoma

Berbeza dengan glaukoma, ia merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. 


Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Oleh itu, saraf yang menghubungkan mata dengan otak tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menghantar signal dari mata ke otak.
 
Beza penglihatan biasa dan glaukoma

4. Diabetic Retinopathy 

Diabetic Retinopathy ialah keadaan mata yang melibatkan mereka yang mempunyai penyakit diabetis yang berpunca daripada kehadiran gula yang tinggi untuk tempoh yang lama.

Lama kelamaan ia menyebabkan kerosakan pada saluran darah menjadi pecah di bahagian tepi mata. Apabila retina turut rosak, mata gagal berkomunikasi dengan otak menjadikan penglihatan adalah mustahil.

Beza penglihatan biasa dan diabetic retinopathy

Iya, walaupun mata kita mempunyai penapis semulajadi namun ia tidak membekalkan perlindungan yang mencukupi bagi menentang sinaran biru dari cahaya matahari apatah lagi yang dipancarkan oleh produk skrin digital. 

Bagi kanak-kanak, kanta mata mereka kurang cekap menapis sinaran terbabit lantas menyebabkan kerosakan mata di usia yang lebih awal. Ini kerana, sebelum usia 10 tahun mata kanak-kanak belum terbentuk sepenuhnya apabila kanta dan kornea mereka masih lagi telus kepada cahaya.


Antara tips mudah yang boleh kita cuba untuk membantu kesihatan mata kita adalah:

1) Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.

2) Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.

3) Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.


Boleh juga lihat Petua Rawat Rabun dan Makanan Baik Untuk Mata

4) Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit,rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.

5) Makan supplement Set Kesihatan Mata Shaklee untuk membantu kesihatan mata.


 **************************


Bagaimana Set Penjagaan Harian Mata Shaklee membantu? 



Set kesihatan serta penjagaan mata dari Shaklee terdiri ESP, Carotomax, Vitalea, Omega Guard dan Vivix.

carotomax, esp, vitalea, vivix, mata
Set lengkap penjagaan mata
1. ESP (Energizing Soy Protein)

Mengandungi 14g protein untuk satu hidangan. Lengkap dengan asid amino yang perlu dan tidak perlu. Menyediakan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan melainkan dari diet harian. Salah satunya ialah asid amino taurina (taurine).

Taurina adalah asid amino yang sangat diperlukan kerana taurina adalah salah satu asid amino yang paling banyak di dalam mata. Kekurangan taurina dikaitkan dengan kerosakan yang teruk kepada neuron retina.

ESP juga mempunyai indeks glisemik yang rendah serta tiada kolestrol. Oleh itu, ia dapat menstabilkan gula dalam darah untuk tempoh yang lama.


2. Vita-lea

Seperti yang kita dah tahu, kebanyakan rakyat Malaysia kurang makan sayur serta exercise. Dalam Vita-lea menyediakan 28 Vitamin dan mineral penting untuk melengkapkan nutrisi seharian seperti Vitamin E (untuk menghalang penyerapan sinar UV), Vitamin C sebagai antioksidan dan Vitamin B untuk saraf optik.


3. Omega Guard

Mengandungi asid lemak Omega 3 untuk keperluan harian. Terdiri daripada DHA (mengawal fungsi otak & mata) serta EPA (penting untuk pengaliran darah-terutamanya bahagian jantung). Ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan PERLU diambil dari diet harian.

Dengan 3 kali peringkat proses penyulingan untuk menapis logam berat serta unsur pencemaran lain, ia terpilih sebagai minyak ikan air dalam yang paling tulen dengan 90% lebih pekat dari jenama lain.


4. Carotomax

Digelar 'Vitamin Mata' kerana ia mempunyai vitamin A yang sinonim untuk kesihatan mata. Karotenoid yang merupakan sumber terbaik vitamin A memberikan fungsi warna pada sayur-sayuran seperti warna oren pada lobak dan tomato. 

Ia sangat penting untuk melindungi sel daripada radikal bebas, menguatkan sistem imunisasi tubuh dan membantu menapis sinaran UV yang berbahaya. Carotomax Shaklee adalah hasil gabungan 6 variati karotena yang diekstrak dari sayuran dan buah-buahan yang tinggi sifat antioksidan

Antaranya ialah Alfa, Beta Carotene, Lutein, Zeaxanthin, Lycopene dan Astaxanthin. 


5. Vivix

Setiap hari, sel-sel kita rosak daripada pendedahan alam sekitar, diet dan tekanan, yang boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA dan kerosakan ini boleh terkumpul dari masa ke semasa.
Vivix Shaklee mengandungi semua campuran semulajadi pelbagai polifenol dan resveratrol yang tinggi kuasa ANTIOKSIDAN direka untuk membantu meneutralkan radikal bebas. 
Ia dapat melindungi DNA dari tekanan oksidatif dan melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan yang boleh membawa kepada penuaan peringkat selular.

************************** 


Siapa taknak mata dia sihat betul? Mata yang sihat dengan penglihatan yang baik adalah ANUGERAH untuk manusia. Kita akan hilang nikmat untuk melihat orang yang kita sayang jika organ penting ini disia-siakan dengan tiada penjagaan yang baik.

Penjagaan mata perlu dimulakan dari peringkat awal dan cara paling mudah melindungi mata kita adalah dengan melengkapkan nutrisi harian yang diperlukan untuk mata iaitu melalui Set Kesihatan Penjagaan Mata.


Salam sayang,

Kak Jar Chumel
Yang Dah Rabun Dari Kecik :)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Siti Hajar Mat Jam (Kak Jar)
♥ sms/whatsApp: 019-637 0570
♥ Emel : umibizshoppe@gmail.com
♥ Fb personal: www.facebook.com/hajarmj87
♥ Fb Page : Kedai Vitamin Tangkak sila klik LIKE utk info terkini