Showing posts with label kursus mobile spa termurah. Show all posts
Showing posts with label kursus mobile spa termurah. Show all posts

Monday, 14 October 2019

Jana Side income RM2000 sebulan Bersama Shaklee

Bismillah

Haa ni topik yang semua tertunggu-tunggu betul? Hari ini saya akan kongsikan bagaimana untuk jana income RM2000 daripada bisnes Shaklee.

#1 - Melalui Program #JomDetoxJutawan

Macam yang saya pernah kongsikan dalam entry sebelum ini semua orang perlu detox terutamanya jika anda berbadan besar mahupun berbadan kurus.


Jadi sekarang anda betul-betul ingin menurunkan berat badan anda dengan sihat. Anda segera bertanya kepada saya bagaimana cara join detok Shaklee ni. Haa, sebagai permulaan, anda boleh sertai program #JomDetoxJutawan melalui 3 Pakej dibawah;

1. Set Gold



2. Set Platinum



3. Set Diamond



Apabila anda mendaftar untuk program ini, secara automatiknya anda juga telah menyahut cabaran program khas daripada Shaklee iaitu Prove It, Live It and Share It. Malah anda juga layak untuk menerima bonus tambahan lain iaitu sebanyak RM25 bagi setiap individu yang juga berdaftar untuk program detox di bawah anda.


Katakan anda mempunyai tiga ahli berdaftar untuk sertai #JomDetoxJutawan. Seterusnya, anda minta tiga ahli berdaftar tadi untuk ajak tiga lagi sahabat-sahabat atau keluarga yang juga ingin menambahbaik kesihatan mereka melalui program detox. Nah, dari situ Shaklee tahu anda telah menyebarkan kebaikan Shaklee kepada ramai orang jadi anda layak terima bonus RM2000 tadi.

Selain itu, anda bukan sahaja memperoleh jumlah RM75 secara cash oleh Shaklee malah Shaklee tambah lagi RM75 untuk pendaftaran dalam tempoh sebulan. Seronokkan, kita bantu orang sihat sambil jana pendapatan. 


Kenapa Perlu Pilih Program Jom Detox Jutawan? Semuanya telah saya terangkan dalam entry ini : Perbezaan Program Jom Detox Jutawan berbanding program lain. Yang jelas ianya TERBUKTI BERKESAN dan EFEKTIF.




Jadi anda tidak perlu risau lagi bagaimana nak tambah side income dari pendapatan asal anda jika bekerja atau sebaliknya.

Semuanya bermula pada diri kita. Hubungi saya untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai program ini.



Salam Jutawan,
Kak Jar


Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam




Kegemukan Punca Sakit Kronik

Bismillah

Alhamdulillah terima kasih sangat sudi singgah blog Kak Jar ni. Lately, rajin tangan ni menulis macam-macam inspirasi masuk zup zup dalam otak. Okey, kali ni saya nak kupas tentang penyakit yang commonly orang dapat bila kegemukan.

Opss sebelum tu wajib baca entry ni : Apa Yang Tak Best Bila Gemuk

Sebelum ini saya pernah kongsikan risiko kegemukan atau obesiti ini di sini : Penyakit Yang Anda Dapat Bersama Obesiti.  Malah, jika berat anda ditahap obesiti itu sendiri adalah penyakit kronik yang serius yang boleh memberi kesan negatif terhadap banyak sistem dalam tubuh anda.

Salah satu daripadanya adalah diabetes mellitus. Menurut kajian jurnal [1] ada menyatakan bahawa apabila terdapat peningkatan lemak secara keseluruhan, secara optik dan depot lemak ektopik, ia khusus dikaitkan dengan rintangan insulin.

Apabila berkait dengan rintangan insulin, maka penyakit lain juga akan turut muncul. Menurut sumber WebMD, rintangan insulin adalah ketika sel-sel dalam otot, lemak, dan hati anda tidak bertindak balas dengan baik untuk insulin dan tidak dapat menggunakan glukosa dari darah anda untuk tenaga. Oleh itu ia memerlukan pankreas untuk memhasilkan lebih banyak insulin. Lama kelamaan, paras gula darah anda naik.

Sindrom rintangan insulin termasuk sekumpulan masalah seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan diabetes jenis 2. Nama lainnya juga adalah sindrom metabolisme.

Oleh sebab itu, anda patut berjaga-jaga dan jangan pantang enteng jika anda salah satu daripada mereka yang mempunyai masalah kegemukan.

Untuk bacaan lanjut saya cadangkan anda rujuk entry-entry dibawah ini terlebih dahulu:




Saya telah memulakan langkah untuk menjauhkan diri dari penyakit kronik ini dengan izinNya. Alhamdulillah melalui program Jom Detox Jutawan, saya telah mengalami penurunan hampir 5 kg dah lebih incloss dari yang saya targetkan.

Jika anda ingin turut serta dalam detox Shaklee ini bersama dengan #TeamJutawan, hubungi saya hari ini juga.

Salam sihat dan sayang,

Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam






Rujukan :

[1] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16311223
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes

Bismillah

Nowadays la kan, Kak Jar tengok mostly banyak sangat kes penceraian di televisyen. Itu baru di TV sebab artis. Kalau orang biasa wallahu'alam la berapa banyak. Kadangnya bila berlaku kes macam ni teringat satu artikel dalam surat khabar, walaupun tidak bercerai tetapi suaminya telah dipenjarakan untuk tempoh lama. Dan beliau, si isteri menjaga empat orang anaknya sendirian. Ketika itu, siang malam pagi petang beliau keluar untuk mencari sesuap rezeki untuk menyambing kehidupan mereka anak-beranak. Pagi bekerja sambilan, balik ambil anak, kemudian keluar lagi untuk mencari rezeki. Anak-anak terpaksa ditinggalkan dirumah. Sehinggalah beliau dijemput Allah swt dalam satu kemalangan motor. Innalillahiwainnailaihirojiuun.

Bila baca kisah arwah terus Kak Jar kata surirumah ni wajib ada buat bisnes tau. Kak Jar sendiri pun seorang surirumah walaupun dah bekerja dalam pelbagai bidang sebelum ni. 

Pertamanya, sebagai back up anda. Bila anda mempunyai suami yang selalu tiada dirumah kerana terpaksa bekerja diluar, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku kepadanya (nauzubillahiminzalik). Apabila anda membuat bisnes dari rumah, anda akan mempunyai simpanan anda sendiri untuk digunakan kala kecemasan.

Kedua, anda boleh menampung keperluan diri. Selain daripada tabung kecemasan, anda juga sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan diri dan belanjaan selain daripada nafkah yang diberi oleh suami. Malah tahap kewangan keluarga juga bertambah baik.

Ketiga, kurang tekanan. Sebagai surirumah, anda akan mempunyai banyak kekangan lagi-lagi jika anda ibu menyusui, dan ank-anak yang masih kecil. Bekerja dirumah mampu mengurangkan tekanan anda lebih-lebih lagi dapat melihat anak-anak didepan mata.

Malah banyak lagi kenapa surirumah ni wajib buat bisnes. Antara cadangan idea untuk surirumah melakukan bisnes dari rumah 

Homemade Cookies atau Cake
Menjahit 
Membuat kuih muih
Dropship barangan

dan lain-lain lagi.

Selain itu juga, surirumah juga boleh untuk menceburi bidang mobile Spa. Disini Kak Jar share kenapa Mobile Spa Bisnes ni ideal untuk surirumah.

1. 'Portable' Business


Haa jarang jumpa kan bisnes portable yang boleh diangkut-angkut kemana sahaja, hihi. Inilah keistimewaan bila anda sertai 'portable business' ni. Anda tidak perlu kedai SPA baru nak mulakan bisnes. Cukuplah dengan ilmu dan tools yang diberi didalam Kursus Spa TWB, anda terus boleh seret bag dan mulakan bisnes anda sendiri.

Mobile Spa ini juga boleh dilakukan dimana-mana tempat yang bersesuaian seperti di surau, di rumah pelanggan, di hotel asalkan tiada masalah keselamatan dan dipersetujui oleh beautician dan pelanggan anda.

Yang paling best, Mobile Spa ni pun boleh dilakukan dirumah. Jadi mak-mak senang buat kerja anak ada depan mata selalu kan :)

2. Business Hour Yang Flexible


Bila anda sertai Mobile Spa TWB, anda tidak akan terikat dengan specific business hour seperti kerja lain. 

Anda boleh tentukan masa yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti perniagaan spa anda. Tambahan pula, proses untuk menjalankan spa itu sendiri singkat. Sebagai contoh, untuk menghasilkan tempahan sebiji kek sahaja anda perlu mengambil masa hampir 3 jam dari mula proses pembelian barang-barang sehinggalah selesai. Namun dengan mobile Spa, anda cuma peruntukkan 1 jam sahaja minimum untuk hasilnya.

3. Modal Yang Rendah


Bila cakap pasal suruh buat bisnes mesti terus dalam otak cakap nak kena pakai modal besar nih. Yela kata berniagakan.

Haa tidak ye. Mobile Spa ini tanpa KEDAI. Anda adalah Kedai Spa Bergeraknya. Malah modal anda hanyalah supaya anda sudah boleh terus jalankan aktiviti spa anda secepatnya.

4. Kursus Mobile Spa Separuh Hari


Jangan terkejut ye, mobile SPA TWB ini menjalankan kursus tak sampai sehari penuh. Jadi tidak ada kekangan bagi ibu-ibu kerana meninggalkan anak-anak. Anda boleh baca entry saya : Kursus 1 Hari Bersama Spa TWB. 

Malah yang menariknya, ia tidak berakhir disitu. Walaupun kursus hanya separuh hari, anda tetap diberikan tugasan isitimewa untuk latihan anda.

5. Brandingkan Diri Anda


Seronokkan dapat jadi owner kepada business anda sendiri. Malah anda boleh menjadi surirumah highclass kerana anda boleh bina Spa Atas Nama Sendiri. Best ke best? Macam mimpi je kan. 

6. Anda Layak Menikmati 6 Penjuru Income


Inilah yang membezakan Mobile Spa TWB dengan spa-spa lain diluar sana. Selain dari keuntungan servis spa harian anda, anda juga layak menikmati apa sahaja kelebihan bisnes Shaklee iaitu 3C. Ini kerana mobile Spa TWB menggunakan sistem bonus Shaklee yang unik. Income lain hanya akan direveal setelah anda menjadi sebahagian dari Spa TWB. Excited kan banyak income. Kaching kaching. 


InsyaAllah itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kepada semua surirumah diluar sana jika anda membaca posting saya segeralah buat bisnes atau apa sahaja tambahan pekerjaan untuk kesejahteraan masa hadapan. Keep fighting dan jangan putus asa okayh! :)


Hubungi saya untuk mengetahui tentang Mobile Spa TWB ini.


Salam Jutawan,
Kak Jar

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com

FB: Hajar Mat Jam

Time Freedom dengan Bisnes Shaklee

Bismillah

Alhamdulillah Kak Jar berkenalan dengan Shaklee ni dah lama sebelum tu belum rasa nak berbisnes pun, makan suplimen pun untuk topup kesihatan.


Masa saya menjalani praktikal universiti, menyewala satu apartment dengan staff kilang eletronik femes kat Shah Alam. Malam tu housemate Kak Nurul (bukan nama sebenar) ajak pergi satu event di Damansara. Mula-mulanya tak nak pergi tapi akak ni ajak jalan makan angin, cepat aja follow. Bila sampai je wowww event nya di banglo atas bukit. Tanjat daku! Sikit punya ramai orang masa tu. Ingatkan event cari jodoh. Haha. 


Dat time tak tahu pon pasal apa tapi dengar je la apa yang Kak Jar faham time tu tu event MLM. Cecepat aje ajak akak Nurul ni balik. Anti MLM la katakan. On the way balik tu dia bukak cerita. Betulla macam sangkaan saya tadi. Typical MLM,


↳ Kereta mewah bersusun dekat parking (Nak tarik prospek la tu)

↳ Modal ribu-riban nak masuk (Siap suruh pinjaman lagi)

↳ Suka buat larut-larut malam (Huh~pagi baru sampai rumah)

↳ Time tu juga suruh join (paksa-paksa pula, tak suka tau)

Dan banyak lagi la..tapi berbeza dengan Pengedar Bebas Shaklee. Saya join National Convention Shaklee selepas saya daftar jadi ahli. Pertama kali dengar perkongsian dari Master Zahirah (kira pangkat moyang la ni dalam keluarga besar Jutawan) membuka minda Kak Jar yang sempit ni. Rupanya MLM Shaklee ni not all about money. Orang nampak Shaklee MLM macam syok je kan dapat capai Financial Freedom. Namun kegembiraan itu terletak sama kepada TIME FREEDOM. 


Hari ni je berapa ramai para isteri yang bekerja untuk keselesaan belanjawan keluarga?

Atau berapa ramai juga para ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka seawal pagi di pusat asuhan untuk pergi bekerja?

Atau para ayah yang berkerja siang dan malam demi anak-anak dan isteri tanpa rehat?


Masing-masing ada cabaran dalam kehidupan. Kerana semua berusaha untuk memperbaiki tahap kehidupan diri dan keluarga. Demi keselesaan keluarga dan tanggungjawab yang dipikul, betapa ramai yang terpaksa berkorban masa bersama keluarga atau orang yang tersayang. Tahniah dan syabas buat semua.

Namun kita masih boleh memilih untuk memiliki kebebasan masa ini. Ramai ibu-ibu terutamanya yang saya jumpa memilih untuk Shaklee untuk mencapai kebebasan ini. Saya kongsikan kisah nenek Shaklee saya iaitu Master Hafsah.

Walaupun telah bergelar jurutera, beliau nekad untuk berhenti kerja. Antara push factor nya kerana beliau tidak ada kekuatan lagi untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Kebetulan pula beliau baru sahaja selepas melahirkan anak menjadi pull factor nya masa itu kerana tidak sanggup untuk membiarkan orang lain menjaga anaknya. Malah beliau juga berada berjauhan dengan keluarga di semenanjung sementara beliau di Bintulu. 
Bayangkan bukan mudah sebenarnya nak tinggalkan career bergaji mewah ni. Bergelar working-at-home-mom sangat menggembirakan hati beliau kerana mempunyai masa untuk lebih bersama anaknya yang tersayang. Ketika itu, nak kata beliau pun belum dapat bonus besar dari Shaklee.   
Kini, bergelar Master Coordinator beliau bukan sahaja memiliki TIME FREEDOM malah FINANCIAL FREEDOM bersama dengan bisnes Shaklee.


Malah begitu juga dengan para master yang lain. Selain dapat meluangkan lebih bersama keluarga, begitu juga legasi bisnes Shaklee mereka. Malah terdapat banyak lagi kelebihan bisnes Shaklee selain TIME FREEDOM.

InsyaAllah hendak seribu daya kita sama-sama usahakan yang terbaik. Amiin. Sampai berjumpa lagi semua.

Salam Jutawan,
Kak Jar

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Sunday, 13 October 2019

Mudahnya Buat Bisnes Di Hujung Jari

Bismillah



Sesetengah orang mungkin rasa tidak best dengan pekerjaan sekarang malah ada je yang claim tidak suka. Namun amanah diberi tetap dipikul sehabis baik. Macam saya, saya suka lakukan apa yang saya lakukan sekarang. Kerja utama saya sebagai surirumah yang highclass ialah menjalankan bisnes Mobile Spa. Disamping itu, saya juga adalah penasihat kesihatan customer-customer saya. Gitu~~ 


Kebanyakkan mereka mempunyai masalah kesihatan yang sama seperti saya. Jika ada stok produk Shaklee, saya akan terus serahkan kepada mereka. Else, depan mereka saya tolong orderkan untuk mereka. Klik klik ajo.


Saya percaya 100% bahawa itu adalah pilihan kerja yang hebat bagi sesiapa di luar sana yang ingin menjalankan perniagaan online mereka sendiri. Biasanya saya menghabiskan purata lima jam seminggu untuk menguruskan online business saya. Disini saya kongsikan beberapa kelebihan lain mudahnya buat bisnes Shaklee dihujung jari untuk panduan anda semua.


#1 - Ia Mudah Untuk Bermula dengan Kos Yang Rendah

Kebanyak perniagaan memerlukan banyak masa untuk menubuhkan dan banyak modal untuk permulaan. Tetapi di dalam Shaklee, anda hanya bermula dengan modal serendah RM65. Tak perlu nak tunggu esok, minggu depan ke, RIGHT NOW dah boleh daftar. Lepas itu anda boleh gunakan perkhidmatan blog percuma seperti blogger jadi nampak lebih professional kan. Kemudian dari situ anda boleh kembangkan kepada platform online yang lain seperti facebook dan sebagainya.


#2 - Unlimited Income Potential 

Untuk pengetahuan anda sistem didalam Shaklee adalah terbukti adil. Walaupun anda menjalankan perniagaan Shaklee secara dalam talian, anda tetap mempunyai potensi untuk menjana pendapatan tanpa had. Saya sarankan anda untuk membaca disini : Unlimited Income 3C Shaklee. 


#3 - Peniagaan Dalam Talian Boleh Jadi Auto

Haa ini yang best. Kerana tidak semua perniagaan dalam talian mempunyai automatik punya sistem. Di dalam Shaklee anda hanya perlu hasilkan satu link yang dipanggil 'eSell' untuk sebarang pesanan dari pelanggan anda tanpa perlu melalui anda sendiri. Mudahkan? :)


#4 - Anda Boleh Bekerja Di mana-mana sahaja

Trust me, selagi anda ada komputer atau smartphone with internet access, tidak kira la anda berada dimana, jika anda menjalankan perniagaan dalam talian, you can work everywhere. Sekarang ni dalam Shaklee pun ada set kesihatan untuk melayakkan anda menjadi duta. Class kan. 


#5 - Anda membina Aset

Jangan pelik jika anda menjalankan perniagaan dalam talian seperti Shaklee, anda boleh membina aset dalam pada masa yang sama. Bisnes Shaklee anda boleh menjadi legasi untuk keluarga anda kerana apabila anda menjadi ahli berdaftar Shaklee, anda akan diberikan satu identification number. Sekiranya anda tiada, number ID ini masih boleh digunakan oleh anak cucu anda untuk mewarisi empayar bisnes Shaklee anda.


#6 - Anti-Pengangguran

Haa bayangkan ramai je sebenarnya yang masih menganggur atau tidak bekerja. Jadi tidak salah anda belajar bagaimana untk memulakan bisnes dalam talian atau dari rumah. Mak saya kata dari duduk sesaja baik bekerja kan. Sebagai contoh, anda buat bisnes Shaklee online kerana and rasa itu yang terbaik jadi tidak ada masalah pun hatta anda seorang surirumah sekalipun. 


#7 - Peransang Spiritual

Sebenarnya mudah sangat buat bisnes dihujung jari ataupun dalam talian ni terutamanya anda akan lebih bersemangat kerana you are on your own sekarang. Anda sendiri adalah boss. Malah anda anda akan jadi lebih kreatif untuk mengembangkan empayar atau legasi anda bersama-sama dengan rakan perjuangan yang lain.



Penutup


Inilah antara beberapa kelebihan perniagaan dalam talian seperti Shaklee. Selain daripada itu, kelebihan berbisnes Shaklee juga kerana ia adalah sustainable. Ia kukuh dan mampu bertahan lama. Bayangkan dan lebih 50 tahun tau Shaklee bertapak di Malaysia. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk memulakan bisnes ini sebab ramai yang sudah berjaya :)

So, anda pun kenala bersama kami dalam Shaklee tau. Hubungi saya.



Salam Jutawan,

Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Kesihatan Saya Lebih Baik Bersama Shaklee

Bismillah



Sebelum ni Kak Jar pernah cerita kan yang saya ni jenis anti-MLM. Haha. Tapi semua tu berubah bila dah kenal Shaklee. Sebenarnya pada saya, ramai yang tidak memahami aa kepentingan suplimen atau makan tambahan itu sendiri. 



Biasa tengok orang buat rumah tak? Haa tukang rumah biasa buh batu-bata pastu simen right untuk ensure batu-batu stick together kan. And the process tak kan complete if simen tu ada lompong (kebocoran) kan. Boleh roboh tau rumah tu. Macam tu juga la suplimen atau makanan tambahan ni. Nama pun tambahan kann, its filling in gap in our daily nutrients.


Sebab tu ada yang kata ehh saya tak perlu dah makan suplimen ni, haa awak tu hari-hari cukup ke makan sayur dengan buah nya? Kebanyakan yang saya tengok sayur laaa yang paling jarang orang makan. Habis tu tak kan asyik ambik proteinn je memanjang? Mana nak balance nutrisi badan nya.


Sebagai contoh Omega-3, salah satu asid berlemak yang ni kita tau dia ada EPA dan DHA yang membantu untuk anti inflamasi serta bagus untuk otak. Antara ikan yang tinggi kangdungan omega-3 dia adalah mackerel dan salmon. Baru ni Kak Jar beli salmon dia dua potong je dah RM19 tau, haha. Jadi sekeping hampir RM10. Baik saya makan Omega Shaklee, sehari je baru RM4.50 satu. Jimat jimat jimat kan.


Gitula perumpamaannya. Macam lifestyle saya dahulu emm memang suka makan junk food ni honestly. Yang segera segera semua ambik. Huhu. Sebab saya ni bukan jenis yang picky eater, so mana yang halalan toyyiban dan sodap ditekak aummm sekelip mata hilang dalam perut.


Yang seramnya, efek tu tak datang masa kita makan tadi tau..tapi lama lepas tu. Bermula episod seram tu bila pregnant anak pertama, dapat sakit pinggang ni jenis tak boleh nak luruskan badan tau. Untuk reducekan sakit masa tu badan duduk membongkok atas kerusi. Dan macam-macam lagi la. Pendek kata, saya pernah 

  • Sakit Pinggang
  • Masalah keputihan 
  • Haid Tidak Teratur
  • Batu Karang
  • Muka berjerawat


Haa and the list goes on. Haha. Nak reveal semua nanti macam orang tak percaya pulak kan. Alhamdulillah syukur semuanya dengan asbab Shaklee, Allah swt izinkan untuk sembuh. Masa tu pilih Shaklee kerana ada terbaca yang Shaklee ni dah lama di Malaysia dan ia sangat berkualiti. Means bukan bancuh-bancuh aje tau. Semua dari formulasi saintis. Jadi ia memang terbukti berkesan, selamat dan mesra alam. Malah Shaklee mempunyai kajian diet pemakanan tambahan untuk tempoh jangka masa panjang. Itu yang menambahkan keyakinan saya lagi. 


Selepas itu, saya perkenalkan kepada rakan-rakannya yang mempunyai masalah kesihatan lain atau sama macam saya. Alhamdulillah Shaklee bagi bonus kepada pengedarnya yang sentiasa membantu orang lain mendapat kebaikan Shaklee itu sendiri. Inilah kelebihan bisnes Shaklee, anda sihat, anda bantu orang sihat sambil jana pendapatan. 


InsyaAllah jika anda berminat untuk consume supplement Shaklee hubungi sahaja saya dibawah ni. Sebenarnya, kita dapat rasakan badan kita sendiri bermasalah, banyak tanda-tandanya. Niat nak sihat tengok orang sekeliling sihat rasa macam seronok sangat. Alhamdulillah, Allah swt temukan dengan Shaklee. Sampai jumpa lagi semua. Assalamualaikum ^_^



Salam Jutawan,



Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Thursday, 10 October 2019

Apa Yang Tak Best Bila Badan Gemuk?

Bismillah

Entry kali ni Kak Jar nak share dengan semua apa yang tak best bila badan gemuk ni. Baru-baru ni sebelum saya join program #JomDetoxJutawan, saya ada banyakkkk masalah kesihatan tau. Bukanlah yang kronik namun still consider sakit yakmat jugak la. Ni aadalah real story tau. Huhu sedih sebab Kak Jar pun kategori berat berlebihan atau lebih tepat lagi obesiti. 



Siapa nak mengaku dia gumuks kan. Tapi sendiri tau. Anda pun tahu kondisi badan anda macam mana. Jadi Kak Jar nak share dengan anda yang membaca story ni, ingat best ke gumuks ni weh. Banyak penyakit tau. Ini antara masalah kesihatan saya,

1. Hormon tak stabil. 

Senang je nak tahu kalau wanita tu mesti haid dia tak teratur. Masalah ni dah ada dengan saya sebelum saya berkahwin lagi. Risau tau. Masa tu doktor kata saya ada PCOS. Saya pernah kongsikan dalam entry lama tentang haid ni. Tapi anda kenala baca disini ye :

2. Ada Risiko Untuk Kehamilan

Macam yang Kak Jar cerita tadikan, orang yang berbadan besar ni mudah ada PCOS atau penyakit lain bila hormon tak stabil. Jadi apa risiko dia kalau anda berkahwin nanti? Yaa, rendah peluang untuk kehamilan. 

3. Muka naik jerawat

Yang ni lagi la. Since sekarang ni Kak Jar adalah working at home mum yang 100% buat mobile spa, malu la kan nak attend customer dengan muka jerawat. Rasa semak muka tau. Sebelum ni kerja pun sama, kita kerja attend client untuk viewing aparment, kena jumpa landlord lagi..hari-hari kena jumpa orang tau.

4. Susah nak cari saiz baju

Uhuks uhuks sedih yang ni. Masa zaman kerja dulu susahnya nak cari kedai yang juai baju besar-besar ni. Last-last tuju ke PEACE. Haha. Nostalgia sungguh. Nak cari baju kahwin pun tak ada saiz, frust menonggeng mak masa tu. Nak tak nak, beli kain di Jakel, tempah sahaja sendiri. Ingatkan nak save bugdet masa tu. 

5. Mudah Stress dan Kemurungan

Tau tak keadaan berat berlebihan ni sebenarnya worse tau macam topeng pada kita. Dia buatkan kita lupa macam la badan yang sihat dapat rasa. Kalau perasan, kita akan mudah jadi stress / murung kerana chemistry badan dan tak balanced. Macam tu la kita akan rasa tidak menarik, kurang bergaul, tidak mencari pasangan dan dll. Bahkan kita lebih suka duduk mengasingkan diri.

6. Double Chin/ Dagu berlapis serta Kulit Sagging (Kendur)

Mostly semua yang Kak Jar tengok orang yang berbadan gumuks ni mesti ada dagu berlapis. Kalau yang berumur sikit ada dua-dua. Haruu, mana nak sorok dalam tudung yang ni. Masa tu trick saya tarik tudung kedepan sikit. Haha. Jangan gelak tau. Tak elok sebenarnya macam tu kan. Sepatotnya kena la turunkan berat badan tu kalau tak nak ada double chin betul? 

7.  Badan Jadi Kilang Batu

Kilang batu kau, nak sangat. Inilah yang terjadi pada Kak Jar. Tak sedar dalam badan ada batu oiii. Untuk pengetahuan anda semua, berat badan berlebihan atau mempunyai obesiti boleh membuat anda lebih cenderung untuk membina batu karang, terutamanya jika anda seorang wanita. Malah boleh dikatakan orang yang mempunyai obesiti ni mungkin mempunyai tahap kolesterol yang lebih tinggi dalam hempedu mereka, yang boleh menyebabkan batu empedu. Nak kata, perit dan sakit masa tu dekat belakang badan, Allah je la yang tahu.


Apa Tindakan Selepas Ni? Saya Taknak Badan Gumuks Dahh!


Sebenarnya, itu sikit je yang tak best tau. Banyak lagi tak cerita yela nanti korang jemu kan panjang karangan ahkak ni. Haha. Ada sekali tu berdiri atas kerusi anak pecah terus kerusi tu haha. Lepas tu, sakit belakang badan dan ada mudah sangat mengah. Biasa buat spa dekat customer pun dah slow gerakan. Maklumla berat bawak badan sendiri je lebih. Dan ada je lagi penyakit lain yang berbahaya efek dari obesiti ni seperti diabetis, masalah jantung, even badan pun berbau tau. Eii.

So my new mission adalah jeng jeng jengg.. TURUNKAN BERAT BADAN! Tepuk laa. Haha.

Since ada program detox Shaklee maka founder Legasi Jutawan ada buat program #JomDetoxJutawan untuk membantu ramai ada masalah kesihatan seperti obesiti untuk turunkan berat badan dengan sihat. Jadi, saya pun nekad nak ikot serta. Sebelum ni pernah je weightloss tetapi badan jadi re-bound semula. Sadis uolss. Melantun naik berat badan.

Rupanya, selama ni yang dibuang adalah waterloss bukan fatloss. Jadi toksin jahat tu hasut semula memori sel dalam badan untuk replicate semula habit lama. Haa salah kan toksinkan. Haha. Tapi itulah sebenar benarnya. 

So dari situ kak Jar faham, nak turunkan berat badan ni bukan setakat sekat-sekat makan tapi kenala buang sekali toksin dalam badan kita ni. Baca sini : Kenapa Perlu Detox Jika Nak Kurus


Apa Yang Best Tentang Program #JomDetoxJutawan ni?


Haa yang ini pun ada Kak Jar share dalam entry sebelum ni. Cuma kali ni ada tambahan sikit untuk tatapan semua. Sebelum tu baca juga : Perbezaan Program Detox Jom Jutawan dengan program kurus lain.

Nampak ni saya bermula dengan berat 93.6 kg tau. Alhamdulillah bila kita buang toksin berat pun ikut turun. Sampai hari ini dari 1hb Oktober haritu saya dah hilang 4 kg lebih. 


Tadaaaaa..hihi ~


Rakan-rakan pun banyak yang mengalami penurunan berat mereka.


Best kan dapat turun macam ni. 

Nampak? Berat tiga angka pun bukan halangan tau. 


Jadi, program ni memang terbukti berkesan walaupun anda ada berat yang terlebih lebih macam saya ni. So sampai bila nak biarkan badan kita terseksa betul? 

Untuk bacaan lanjut boleh baca : Pakej Pilihan Program Jom Detox Jutawan.

Lepas baca tu kalau ada yang anda masih belum faham boleh je hubungi saya terus tau. InsyaAllah semoga journey kita nak sihat ni dipermudahkan. Amiin.




Yang Excited Berat Turun,

Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Wednesday, 9 October 2019

Malaysia Negara Paling Gemuk Di Asia. Tips Untuk Mengatasi Obesiti

Bismillah


Semalam Kak Jar ada pergi jalan-jalan di kawasan sekitar, dan masa ni keluar nak shopping sayur untuk detox. Masa tu tengok ramai yang bersilih ganti masuk ke sebuah kedai CD. Maaf, jika kenyataan saya ni membuatkan orang tak suka tetapi hampir semua yang saya nampak berbadan besar, kalau lelaki tak sah perut tak buncit manakala yang wanita berbadan gempal. Then, saya pandang diri sendiri, huuu sama je, berat berlebihan sangat. Sedihnya~

 
Berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berat badan dan obesiti di kalangan orang dewasa (18 tahun ke atas) masing-masing adalah 30.0% dan 17.7% pada 2015 (Kajiselidik Kesihatan & Morbiditi Nasional [NHMS] 2015) berbanding 16.6%  dan 4.4% masing-masing pada tahun 1996 (NHMS 1996). 
Berat badan berlebihan dan obesiti telah meningkat sebanyak 80.7% dan 302% dalam masa kurang dari dua dekad. Manakala pada kanak-kanak di bawah 18 tahun juga kurang menggalakkan, dengan obesiti 11.9% (NHMS 2015).
 Petikan dari : Star2.com 

Bacakan kat atas tu, berapa peratus meningkat dari asal. Sebab itulah, Malaysia kita dah menjadi negara yang "paling gemuk" di Asia, kerana hampir separuh daripada penduduk dewasa Malaysia kini  mempunyai berlebihan berat badan atau gemuk. 


Dan paling tak best, bersama-sama dengan obesiti ni adalah penyakit berkaitan obesiti seperti hati berlemak @ fatty liver. Selain daripada itu obesiti boleh menyebabkan keadaan serius dan berpotensi mengancam nyawa seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, strok, batu empedu, dan beberapa kanser seperti kanser payudara, rahim dan kolon.


Malah ia menjejaskan kualiti hidup dan menyebabkan perubahan fizikal seperti sesak nafas, berdengkur, apnea tidur, keletihan, kesukaran dengan aktiviti fizikal dan arthritis. Selain itu juga ia boleh membawa kepada keadaan psikologi seperti rendah diri dan kemurungan.

Jadi macam mana tu, sanggupkah kita berulang alik ke hospital hari-hari untuk dapatkan rawatan? Atau berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan kesihatan seperti sediakala?

Huu bagi yang golongan have have mungkin rasa tak kisah kerana pelbagai hospital yang boleh menjalankan rawatan tersebut. Jadi kita yang dapat gaji hujung bulan, esok nya dah habis ni macam mana? Tujuan saya bukanlah untuk merendahkan sesiapa kerana saya sendiri pun bekerja dari rumah. Namun penting untuk saya kongsikan di sini untuk kebaikan kita bersama.

Ini kerana ramai yang saya lihat menggunakan rejim yang ketat seperti tidak makan semata-mata untuk mengurangkan berat badan. Sedangkan yang sebenarnya, anda tidak perlu menderita untuk mengurangkan berat badan dan meningkatkan kesihatan anda. 

Tips daripada ini boleh membantu anda untuk melaksanakan tabiat yang sihat ke dalam rutin harian anda, mengubah gaya hidup anda, serta melawan obesiti dan mendapatkan kesihatan menyeluruh.

Senaman 


Biasa yang tidak bersenam ni yang cepat naik berat. Kita makan banyak, kalori masuk bertimbun-timbun tapi tidak dibakar. Jadi dia store dalam badan sebagai lebihan lemak. Macam itula apabila badan kita tanpa aktiviti fizikal, ia akan jadi tidak cekap & kurang berfungi dengan baik. 


Sumber google

Bersenam tidak semestinya wajib pergi gim tiap-tiap hari kan, banyak lagi cara untuk masukkan senaman ni dalam rutin harin. Antara yang saya buat untuk permulaan adalah jumping jack, lepas itu brisk walk dekat taman. Haa kalau yang bekerja tu boleh la ambil tangga instead of amik lif kan. 

Banyak sahaja sebenarnya. Contoh nak ke kedai kan, biasa senang naik motor teru s pecut. Haa, apakata berjalan pulak ke kedai berdekatan anda tu. Zumba di rumah pun boleh tau. 

Memang pada mulanya kita rasa macam penat sebab apa, sebab selama ni badan kita manja sangat pada senaman ni. Tidak kira apa yang anda lakukan selagi anda melakukan sesuatu, keluarkan peluh okay. Lepas itu, dah yakin stamina cukup boleh la pergi gim buat training atau hired personal coach untuk latihan lebih serius.

Diet Pemakanan Yang Sihat


Kebanyakan mereka yang ada obesiti ini adalah mereka yang suka makan amakan yang kurang sihat. Contoh macam saya sendiri, bergoreng, jajan, berlemak semua saya makan sebab saya memang pemakan orangnya. Tak memilih. Dan paling tak best bila berat tu naik tinggi macam gunung Everest. 


Sumber google

Jadi cadangan saya adalah anda harus memberi tumpuan lebih untuk meningkatkan diet anda melalui pemakanan yang sihat, seimbang. Its okay, sebagai permulaan, buat secara beransur-ansur untuk memperkenalkan tabiat yang lebih sihat. Anda boleh menggantikan beberapa bahan makanan yang anda makan dengan alternatif yang lebih sihat. Ia juga penting untuk tidak melewatkan sarapan, kerana ia adalah hidangan yang paling penting pada hari itu. Ia juga penting untuk melawan obesiti dan kehilangan berat badan.

Anda juga boleh mencari banyak resipi untuk makanan yang cepat, mudah dan sihat dalam talian. Bagi yang housewife, apabila sediakan makanan, anda mempunyai lebih banyak kawalan terhadap apa yang anda makan. Anda boleh memilih minyak yang sihat, buah-buahan dan sayuran organik, dan produk makanan bijirin.


Jika anda tidak yakin untuk melakukannya sendirian, anda boleh ikuti Program 17-Hari Detox bersama #JomDetoxJutawan. 



Program ini adalah program detok Shaklee yang bertujuan untuk membantu peserta membuang toksin berkurun dalam badan yang boleh sebabkan sakit kronik seperti obesiti dll. Bonusnya turun berat, kulit cantik dan badan sihat. Ia juga menyasarkan keseluruhan sistem detoksifikasi badan malah ianya lebih selamat, sihat kerana proses detoksifikasinya bermula pada tahap selular.

Baca juga : 10 Perbezaan Jom Detox Jutawan Berbanding Program Kurus Lain

Malah, apabila  anda join program #JomDetoxJutawan anda akan dapat; 
1) Support group yang aktif selama 17 hari. Pakat kurus ramai-ramai baru syok! Buat dengan gembira dan tak stress langsung.  
2) Dapat guide, info dan monitoring dari Detox Coach bertauliah. Ada masalah boleh tanya. Takde lah duk murung makan pisang sorang-sorang  
3) Ada detox meal plan oleh nutritionist bertauliah, approved by doctor. Ada reason di sebalik menu tiap hari. Program ni bantu ubah lifestyle kepada healthy lifestyle. Jadi rutin diri.  
4) Ada guide step by step setiap hari. Hanya ikut betul-betul setiap step. InsyaAllah banyak turun berat dan inchloss. 
5) Dapat guide senaman yang betul. Nak kecikkan bahagian mana? Haaa sila buat senaman yang dicadangkan. 
6) Bila turun berat automatik muka makin cantik & hensem, kulit glowing dan nampak makin muda. Ni paling best! 
Penyertaan untuk JomDetox 17.0 sudah dibuka. Nak join kena la book seat cecepat sebelum penuh tau!

Minum Air Secukupnya



Yang ini rata-rata ramai yang fail bab ni. Minum air kosong tidak mencukupi dengan kuantiti yang sepatutnya diambil. Antara alasannya adalah bila minum air banyak, kena kerap pergi tandas. Kira macam leceh nak kena bukak seluar kan. Hee~

Air putih kosong ni penting sebenarnya. Fungsi air ni membersihkan dan detoksifikasi kekotoran dalam badan kita. Untuk setiap individu, disyorkan untuk minum lapan atau sepuluh gelas sehari. Minum air yang mencukupi juga boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang. Akibatnya, anda akan makan kurang.


Cara paling mudah untuk tahu anda cukup ke tak cukup, mesti sentiasa ada sebotol air  dengan anda. Apabila anda dahaga, bukannya minum minuman manis, minum air kosong tadi yang anda bawa. Ingat tau, air tidak boleh mengandungi perasa atau apa-apa jenis jus atau gula. Tetapi nak mix dengan lemon okay. Amibil air lemon ni waktu pagi sebab ia boleh meningkatkan metabolisma anda dan membantu proses pembersihan. 

Dapatkan tidur yang mencukupi


Selain menjaga pemakanan yang sihat, merutinkan aktiviti fizikal adalah antara perkara penting untuk pencegahan, pengurusan, dan rawatan obesiti. Apa yang anda tidak tahu ialah tidur mempunyai peranan penting dalam pencegahan obesiti juga. Badan anda memerlukan 7-8 jam tidur untuk berfungsi dengan normal. Terdapat banyak risiko kesihatan yang berkaitan dengan kekurangan tidur. Ia boleh menyebabkan metabolisme yang lebih perlahan dan peningkatan berat badan yang cepat.



Konsepnya mudah sahaja, apabila anda berehat dengan baik, anda akan mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari. Anda akan menjadi lebih produktif dan fokus. Betul? Kurang tidur pula dikaitkan dengan kadar kemurungan dan tekanan yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika anda cukup tidur, anda akan berasa lebih baik, lebih bahagia, dan kurang tekanan. Jangan tak tahu, ia juga boleh meningkatkan sistem imun anda. So sleep well tau~


Penutup


Semua masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti boleh diterbalikkan atau dicegah dengan beberapa perubahan gaya hidup. Sama ada anda berlebihan berat badan atau tidak, dengan mengikuti petua ini, anda boleh mencegah masalah berat badan yang tidak sihat dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti, yang boleh meningkatkan kualiti hidup anda.

Sekiranya anda menghadapi cabaran berat badan anda sendiri, ini mungkin masanya untuk mempertimbangkan keseluruhan pembersihan badan melalui program #JomDetoxJutawan untuk membolehkan anda melihat dan merasai diri anda yang terbaik!


Hubungi saya,

Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam