Showing posts with label spa shaklee. Show all posts
Showing posts with label spa shaklee. Show all posts

Tuesday, 15 May 2018

Berbaloikah Kursus Spa TWB RM1,999

Bismillah

Alhamdulillah semalam Kak Jar ada facialkan seorang ibu tunggal ni di rumahnya. Orangnya dah berumur 40 tahun, kecil molek aje. Kak jar yang tak percaya umur dia dah 40-an. Haha. Kami pon banyak berborak-borak sambil sepanjang facial tu. Bayangkan sebagai ibu tunggal banyak betol kerja yang dia dah buat. Kerja kontrak, kerja kebun, kerja tukang masak semata untuk membesarkan tiga cahaya matanya. 

Bila dengar cerita tu rasa sedih pon ada dalam masa yang sama bersyukur sangat sebab ditemukan dengan Projek Spa TWB ni. Ramai yang turut serta dalam Projek SPA TWB ni mempunyai kisah mereka tersendiri. Masing-masing ada matlamat yang besar. Ikuti kisah mereka dibawah.

Kisah 1
---------
Nk share skit..hasil facial semlm...4 org customer. 2 pkej...2 facial biasa. Dapat RM450. Hsil sblm ni tpksa gn utk ank-anak dl...Rs macam nk nangis pn ada sbb tgk hsil kja yg d bt dpt sebyk tu dlm 1 hari. Penat tolak tepi...jnji cstmr puas ati. Kak su nega kdai mkn pn xdpt hsil sebyk tu 1 hr...tp ng TWB...alhmdllh...sgt2 mmbntu ksu dlm bbelanja utk anak-anak...sbb kaksu ibu tunggal...mmg perit sgt2...kalau hrpkn 1 kja...mmg xckup.- suhaila
Kisah 2
---------
Alhamdulillah, duit facial utk mggu lpas baru je mula promote mggu lepas. Lepas sebulan dpt sijil. sbb student busy dgn assignment smua. tp klau dpt duit byk ni as student utk shari dh rasa heaven sgt2 dah, xsgkaaa. Selalu tgok ahli twb lain dpt, alhamdulilah dpt gak merasa. mggu ni pun ada lagi 5 org booking utk facial lg. hehe. -nisa saadiyah:
Kisah 3
---------
Cikgu join TWB

Sejujurnya...tak cukup duit.

Gaji cikgu kalau kerja sampai 10 malam pun macan tu je. Tak de ot.

Gaji ngam-ngam je sampai nak jumpa gaji seterusnya. Kalau perfume abis beli yg rm10 tu. Hahaha.

Boleh je nak gaya high class. Hantar slip gaji kat bnk rakyat bagi tau berapa banyak nak. Pagi mohon petang duit masuk. Joli katak lepastu merana bayar hutang.

Suami akak tak suka macam tu. Sbb dia dh terbiasa dgn hidup susah jadi dia tak suka pinjam2. Sbb tu kami boleh menabung dan bayar deposit rumah dekat 30k tanpa pinjaman.

Akak minat spa. Suka pergi spa. Sbb tu bila nampak kak anisah iklan akak pun join. Tak tau pun spa shaklee. Tanya je terus paymen. Tak banyak songeh.

Bila join kan. Barang sampai baru tahu brg shaklee. Ha....masa ni mmg anti shaklee. Teruskan lah.

So buat spa. Dapat duit tau. Seronok nak buat dan bertambah seronok dapat cover dduit lauk. Dapat beli perfume. Dapat enjoy. Shaklee tak jual lagi ni. Baru income spa. Lepastu mak shaklee cucuk buat shaklee.

Bila buat lagi masyuk ada 2 income. Perfume paling mahal yg beli hasil duit spa rm570. Kiki.

Macam kerja gov gaji 25 mcm tu. Jadi 15 tu boleh dikatakan takat leher. Tapi belum lemas.

Bila ada bonus shaklee setiap 15hb tu penyelamat sangat lah. Bagai pelampung menyelamatkan mangsa.

Atas sebab inilah akak stay 3tahun bersama spa dan shaklee. - Cikgu Azura

Kisah 4
---------
Sapa cakap wanita yang bekerja tak boleh buat bisnes spa?

Sapa cakap wanita yang punya anak 2 tak boleh buat bisnes spa

Nahh!! Ini buktinya..saya seorang nurse yang cutinya tak menentu, yang shift nya kadang2 kerja pagi, petang, malam. Wanita yang kerjanya TRAVEL dari sg petani ke Penang setiap hari untuk bekerja. Setiap hari berbelanja rm35-rm40 untuk tol dan minyak kereta. Belum masuk perbelanjaan makanan. Terpaksa menempuh jem, tol, sesak. Lelah!

Tapi punyai masa untuk berbisnes. Tak kenal erti penat.Ya, saya wanita yang sangat suka kan kerjaya spa. Kenapa??

Sebab bisnes spa yang saya ceburi sangat menarik. Bisnes spa yg SANGAT FUN. Tak ada risiko untuk rugi. Awak rajin, dapatlah income. Kalau tak berhabuk lah income spa awak. Bisnes yang tak perlu awak nak sewa kedai, tak perlu ambil pekerja. 100% income terus ke poket awak. Saya cakap berdasarkan PROVEN RESULT. Zaman sekarang cakap tanpa bukti orang x berminat. So, saya dh buktikan! Bisnes spa tanpa kedai sangat untung. - Alyn Mohd Noor:

Setelah anda baca kisah diatas, berbaloikah Kursus Spa TWB yang berharga RM1,999 bila secara tak langsung dapat membantu ramai wanita diluar sana? 

 
Alhamdulillah bersyukur founder kami, Pn.Ainul Shahrazad mengasaskan Projek Spa TWB ni untuk membantu ramai lagi golongan wanita terutamanya yang PERLU wang harian menyara keluarga, mengisi duit poket ketika belajar dan lain-lain.

Itulah kelebihan yang ada pada Projek Spa TWB ni kerana secara tak langsung ia menyentuh kehidupan ramaiiiiii yang inginkan kebebasan kewangan dalam hidup mereka. 

Sekarang ni ada banyak kedai spa atau premis Spa yang menjalankan kursus Spa tetapi kenapa kami amay mengesyorkan anda untuk menjalankan kursus Spa dengan TWB? Malah, kenapa kami rasa sangat bangga untuk recommend kan TWB ini dengan yuran penyertaannya RM1,999. Berbaloikah?


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Ia Menawarkan Bimbingan dan Sokongan Berterusan

Setelah anda membuat pengesahan untuk menyertai Kursus Spa TWB, anda akan diaturkan untuk training Spa secara One-to-One dengan Trainer TWB. Disini anda akan belajar kemahiran dan teknik spa sampai pandai. Kemudian, anda akan dijemput ke dalam support group Mobile Spa TWB yang sangat happening, supportive dan sangat aktif.


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Mempunyai Sistem 5 Penjuru Income

5 Penjuru Income banyak tu tau! Kebiasaannya spa diluar sana hanya mampu menawarkan anda income daripada servis spa sahaja. Namun di TWB, anda akan mendapat 4 lagi penjuru income dan semua ini akan diterangkan dengan lebih lanjut ketika training ye.



Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Mempunyai Career Development Yang Luar Biasa

Haa jangan ingat TWB ni cikai-cikai ye. No no no. Yes we can provide you career development dengan TWB. Boleh baca lanjut disini Kerjaya Bersama TWB.


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Merupakan Kursus Spa Termurah Di Pasaran

Saya pernah up post di facebook tentang founder kami yang telah berhabis lebih dari dua ribu mengikuti pelbagai kursus sebelom come out dengan modul TWB dan seorang sahabat kami yang join kursus diluar. Semuanya hanya mempelajari teknik TANPA apa-apa produk dibekalkan. 



Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Fleksibel 

Ramai diantara peserta-peserta kursus spa TWB adalah dari golongan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Dan itu menjadikan sukar untuk meninggalkan anak-anak bersama penjaga atau pengasuh JIKA kursus berlansung selama 2-3 hari seperti kursus-kursus yang ada diluar sana. 

Jadi dalam masa sehari peserta tidak lagi perlu khuatir untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk belajar tentang kursus Home & Mobile Spa ini.

Bacaan lanjut di sini : Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Menawarkan 5 Treatment dan Marketing Course

Throughout this course peserta akan belajar teknik facial relaxing treatment, face massage, body scrub, sauna herbs, aroma milk bath dan foot & hand spa. Jika kursus diluar belanja menelan hampir RM5k itupun hanya dapat product sahaja dan bukan semua course diatas yang di offer. Semua courses ini dah complete untuk run Spa Pengantin. Mana nak cari lagi pakej murah macam ni. Ye dak?. Hee.



Next tak cukup kalau setakat belajar course tapi tak ada belajar macam mana nak market. Rugi tau. Sebab tu ada advanced course Bagaimana Untuk Setup & Run Mobile Spa. Disini peserta boleh memilih samada mereka mahukan Home @ Mobile Spa kerana dua-dua boleh buat. As simple as that. Semasa training peserta akan diajar satu persatu cara untuk marketkan Spa Diatas Nama Mereka Sendiri kepada pelanggan.
  

Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Disertakan Set Youth Skincare & Beauty Product Yang Terbaik

Disebabkan Spa TWB ini merupakan Spa Shaklee, kami mengguna produk TERBAIK dan PREMIUM dari Shaklee. Set Youth skincare ini merupakan hasil kajian selama 8 tahun tau dan merangkumi Cleanser, Toner, Moisturizer, Serum, Night Cream dan Radiance C+E. Ada 6 item semuanya dan ia berharga RM1.4k tau untuk FULL SET YOUTH ni.  


Malah, peserta juga akan diberikan beauty products seperti bahan-bahan untuk membuat masker, scrub dan sauna. Apa yang power sangat beauty products ni terbukti SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI kerana ia mempunyai Scientific Studies dan Clinical Tests. Hoih bukan cikai cikai punya products tau. Jadi korang jangan terkejut bila bahan scrub dengan masker ni selamat untuk dimakan 





Itulah dia kenapa saya mahu anda faham dan yakin bahawa walaupun yuran penyertaan kursus ini RM1,999 ia sangatlah berbaloi. Ya ini kerana apabila melibatkan wang ringgit kita akan mudah untuk berfikir seribu kali. Tetapi tidak di TWB, jaminan kami anda akan dapat pulang modal dalam tempoh sebulan kerana kami mempunyai bukti ia mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk anda.

Baca juga disini tentang Buat Duit Dengan Mobile Spa





Sebarang pertanyaan atau ingin menyertai kursus Spa TWB yang bermodalkan RM1,999 bolehla menghubungi saya di bawah.


Salam sayang,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty

Sunday, 13 May 2018

Testimoni Buat Duit Dengan Kursus Spa TWB

Bismillah

Hari-hari Kak Jar dok share dalam efbi tentang Projek Spa TWB. Saya yakin korang tahu mobile spa ni merupakan lubuk duit.


Sebab apa? Kerana ada demand yang ditinggi dikalangan wanita malah lelaki juga.

Korang berminat nak buat duit hari-hari dengan bisnes mobile spa? 

Jeng jeng jeng. Harini saya akan pecahkan rahsia dia. Hehe.

Bagaimana Boleh Buit Duit Dengan Spa?

1. Repeat Customer Yang Tersedia

Kebanyakan customer yang mengguna pakai khidmat servis Spa TWB mengatakan sangat berpuas hati dengan penggunaan produk daripada Shaklee iaitu Youth Skincare dan beauty products yang lain. Ia terbukti berkesan, selamat dan mesra alam.






2. Boleh Jalankan Bisnes Mobile Spa Bila-Bila Masa

Apa yang seronok tentang bisnes mobile spa adalah Anda Bos, Anda jugalah Pekerja. Jadi sebagai bos kepada Spa Bergerak sendiri, kita boleh menjalankan bisnes mobile spa pada bila-bila masa sahaja. 

Tak kirala waktu balik kampung, ketika bercuti, hujung minggu kerana ia boleh dijalankan dimana-mana tempat seperti rumah, hotel asalkan keselesaan dan privacy customer terjaga.




3. Terbukti Dapat Pulangan Modal Dalam Waktu Yang Singkat

Rata-rata ada yang juga yang tidak berani untuk melaburkan sejumlah wang untuk menyertai Kursus Sla TWB. Helo~ Ni kursus Spa Paling Termurah di pasaran ye.

Baca sini.Kursus Spa Termurah di Pasaran

Jika anda konsisten dalam memajukan bisnes spa anda, suntikan modal anda dalam Kursus Spa TWB pasti akan dapat semula dalam tempoh yang terdekat.




4. Tambah Nilai Melalui Pembelian Produk Shaklee


5. Semestinya Ilmu TWB Yang Powerful 




Jadi terbakor semua bila baca betapa mudahnyabbuat duit melalui kursus Spa TWB? Haa. Kalau ikotkan banyak tau testimoni terbaik dari beauticians kami. Sebab ini  adalah satu cara kami motivate diri supaya lebih bekerja keras untuk besarkan income masing-masing.

Kursus SPA TWB Ni Boleh Buat Duit Hari-hari?


"Untung siapa ambil kursus dengan TWB. Orang sekarang suka ambil pakej. Sebab tu untung belajar 5 treatment ni."

Ya,  itulah kelebihan teknik yang diajar untuk 5 courses dalam Kursus Spa TWB adalah sangat mudah dipraktikkan. Apakah 5 treatment itu?

Basically, dalam kursus Spa Bergerak TWB ini, kita menawarkan :
  • 5 courses (facial relaxing treatment, body scrub, sauna herbs, aroma milk bath, foot & hand spa)
  • 1 advanced course (how to setup & run mobile spa)
  • manual lengkap dan bercetak mengenai course yang akan diajar
  • beauty products & skincare Youth dari Shaklee
  • hands-on practical training
  • free membership 
  • sijil beautician
  • trial kit spa
  • teknik marketing
  • support group
  • berpeluang bersama-sama dengan ahli TWB dalam lawatan ke luar negara setiap tahun
Hanya dengan RM1,999 sahaja dah boleh memiliki semua diatas

Sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya seperti yang tertera di bawah :


Salam sayang,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty

Friday, 27 April 2018

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes SPA TWB

Bismillah

Hutang, hutang, hutang. Dimana sahaja kita pergi perkataan tu tak lepas dari corng telinga kita kerana hampir setiap orang berhutang. Namun, tahukah anda antara punca penghalang rezeki seseorang ialah HUTANG?

Hutang yang menyebabkan banyak rezeki kita tersangkut. Akan tetapi kenapa kita berhutang?

image result for kursus spa termurah the walking beauty project

Saya kongsikan terlebih dahulu kisah saya. Ketika awal saya bekerja sebagai Project Engineer di salah sebuah syarikat konsultan minyak & gas, saya memperoleh gaji asas sebanyak RM2,500. Alhamdulillah banyakkan bagi lepasan graduan macam saya ketika itu.

Saya juga berulang alik ke tempat kerja menaiki kereta Proton Saga keluaran tahun 1990 jika tak salah. Jadi dah boleh bayangkan tak keadaan kereta masa tu? Saya panggil kereta tu Porsche (Aktifkan kuasa bayanganmu, hehe). Porsche saya ni aircond dia rosak jadi agak kesukaran jika memandu ketika hujan lebat. Begitu juga motor wiper bermasalah. Walaupun saya keluarkan sebahagian amaun untuk membaikinya namun kewangan saya masih stabil kerana tidak perlu menanggung hutang yang banyak.

Namun apabila gaji yang diterima naik kepada RM3,000 sebulan, keadaan mula berubah. Saya membeli kereta baru. Hutang saya mula bertambah disebabkan ansuran kereta dan bayaran pinjaman pendidikan yang turut meningkat setiap bulan.

Jika dahulunya saya mampu untuk asing sejumlah wang yang tinggi untuk simpanan, ia mula berkurangan dan hampir tiada langsung kerana penggunaan kereta perlukan ia diservis berkala. Bersyukur juga ketika itu permohonan kad kredit saya tidak diluluskan oleh bank kerana tanggungan yang banyak.

"Jika Kita Tidak Menjadi Tuan Kepada Duit, Kita terpaksa Menjadi Hamba Kepada Hutang."

Kenapa Kita Berhutang?

Tidak dinafikan ada sebahagian daripada kita terpaksa berhutang demi keberlangsungan hidup. Berhutang menjadi harus andainya mereka tiada tempat perlindungan dari hujan panas atau makanan untuk mengelakkan mereka dari mati kelaparan. Syukur jika kita tidak termasuk dalam kumpulan ini. 

Namun kenapa kita berhutang? Adakah untuk memenuhi kehendak dan kemahuan?
Realitinya kita semua menginginkan sesuatu yang lebih baik, bernilai dan lebih daripada keperluan asas untuk memenuhi keinginan sanubari. Selain itu, banyak individu yang terperangkap disebabkan oleh tindakan membiarkan nafsu menentukan gaya hidup kita.
"Biar Papa Asal Bergaya."
Ada juga yang sanggup menggadaikan hidup mereka bagi menikmati gaya hidup mewah. Jiran upgrade kereta, kita pon sibuk nak upgrade juga. Sofa, TV, perhiasan rumah dan sebagainya semua mahu sentiasa lebih dari orang lain. Jika gaji hanya RM3,000 sebulan, tapi kita hidup dengan gaya hidup yang bernilai RM5,000 tidakkah namanya mabuk berbelanja? Dimana kita hendak mendapatkan RM2,000 lagi untuk menampung lebihan perbelanjaan ekstra itu? Pinjaman peribadi? Kad kredit?

Tidak semua hutang itu tidak baik kerana pada masa ini keadaan agak susah sekiranya hidup tanpa berhutang atau pinjaman. Walaupun begitu cukuplah sekadar menanggung hutang yang perlu sahaja seperti pinjaman pendidikan, rumah, dsb yang mampu memberikan lebihan wang keuntungan ataupun pulangan.

"Berhutang jadi beban sekiranya hutang lamamasih belum dilangsaikan. Jangan menambah hutang kerana kelak membinasakan diri sendiri. Kiralah duit di poket sendiri sebelum berbelanja."

Bagaimana Bebas Daripada Hutang?

Kita tidak perlu berputus asa kerana menanggung hutang yang banyak. Ingat, tanamkan di dasar hati,
"Tidak ada penyakit yang tiada penawarnya."
 Saya pernah utarakan dalam laman efbi saya. Ya, kita boleh mendapatkan pekerjaan kedua seandainya berkerja bagi menjana pendapatan tambahan iaitu melalui Bisnes SPA TWB (The Walking Beauty Project).

Bisnes SPA TWB ini diasaskan oleh Pn.Ainul Shahrazad (FB : Ainul Shahrazad ) yang membawakan konsep SPA BERGERAK TANPA KEDAI. Boleh picit disini untuk keterangan lebih lanjut Apa Itu Kursus Spa The Walking Beauty.

Halatuju projek ini menyasarkan SPA WANITA samada yang bekerjaya mahupun surirumah kerana kebanyakannya golongan ini mempunyai masa lapang selain gemar berbelanja bagi mengelakkan rasa bosan dan tertekan.

Ramai wanita yang menyertai bisnes SPA  TWB ini menunjukkan hasil yang positif sekali kepada golongan yang bekerja, pelajar malah surirumah bagi menjana pendapatan tambahan.

Boleh lihat disini Testimoni Mereka Yang Berbisnes SPA TWB

Malah ada juga yang memilih untuk berhenti kerja untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada bisnes SPA TWB dengan melakukannya sepenuh masa.

Antara kelainan yang dibawakan oleh bisnes SPA TWB ini adalah ia merupakan Kursus Spa Paling Termurah diantara pakej spa diluar sana. Yang terbaru, Ahli Bisnes SPA TWB ini ada yang berumur 18 Tahun! Nak katakan harga kursus pakej spa TWB ini MAMPU MILIK. Lihat disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Modal Minima Untuk Buka Spa.

Yang paling utama bisnes SPA TWB ini membawakan konsep SPA NATURAL. Itulah dia kelebihan produk-produk yang akan diterima sekaligus setelah berdaftar menjadi ahli bisnes SPA TWB. Mudah bukan? Produk dapat, peralatan juga dapat. Yang tinggal USAHA anda untuk menjadikannya REALITI.

Bisnes SPA TWB ini merupakan SPA SHAKLEE. Sperti yang kita ketahui, Shaklee telah bertapak di Malaysia sudah melebihi 30 tahun. Malah semua produknya SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Melepasi ujian klinikal yang ketat baik makanan tambahan mahupun Penjagaan Wajah.

Jadi tidak hairanlah ia mendapat sambutan yang begitu mengghairahkan dikalangan wanita khususnya para pengantin untuk mendapatkan khidmat SPA PENGANTIN dari kalangan Beautician SPA TWB ini.

Ini adalah kesan pengguna Youth Skin Care dalam SPA TWB. Boleh lihat video dibawah.



Cuba tanya diri anda, tidakkan seronok apabila kita sudah berjaya menyelesaikan hutang? Masa yang sama kita lebih tenang untuk beribadah kepada Allah swt malah dapat membelanjakan masa berkualiti dengan ahli keluarga tanpa memikirkan bebanan hutang lagi.

Kak Jar bukanlah orang terbaik untuk berkata tentang hutang namun alhamdulillah bisnes SPA TWB menjadi asbab untuk Kak Jar bebas dari hutang kerana ia mempunyai Pendapatan dari 5 PENJURU. Bayangkan dengan pendapatan bisnes SPA TWB juga ahli-ahli lain berpeluang untuk percutian ke luar negara.

Career Development in #TWB

➡️ Doing Service Spa (income RM 1k-3k)
➡️ Upgrade as Trainer (income RM 3k - RM 5k)
➡️ Become a Leader (income RM 5k - RM 50k)
➡️ Passive income through property, dividend & Shaklee business (RM 1 million & above)

🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛🔛

Ini beza bila anda join Kursus Mobile Spa TWB dgn Kursus Mobile Spa di luar sana.

TWB is beyond Mobile Spa semata-mata, TWB is beyond making money semata-mata, TWB is giving the VALUE in Life 😊


Jadi Kak Jar buka tawaran kepada anda jika anda benar-benar serius untuk keluar dari bebanan hutang yang anda tanggung sekarang. Didoakan kita semua dapat hidup aman damai tanpa hutang. Amiin.

Picit sini sekarang SAYA BERMINAT UNTUK JADI AHLI BISNES SPA TWB



Salam sayang,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty


 

Friday, 13 April 2018

Buat Duit Dengan Mobile Spa

Semalam ada berborak dengan seorang adik ni.

Dia diberi elaun RM400 sebulan dan bekerja dari jam 10 pagi hinggalah jam 10 malam. Walaupun dia hanya membuat praktikal disana namun waktu bekerjanya adalah 12jam! Lebih beberapa jam daripada waktu bekerja biasa.

Iya, itulah realitinya. Mungkin ada diantara kita yang sebelum ini memang gaji rendah. Bila rendah dan banyak komitmen, rasa agak terbeban dengan gaji kecil. Bila nak berbelanja, makan sedap pun akan terpaksa tahan diri walau nakkk sangat. Sebab apa? sebab kita takut kurang duit dan sengkek di hujung bulan (sebab ada yang gaji awal bulan, keluar duit bayar sini sana dan sebagainya).

Bila gaji rendah, duit siket, simpanan pun tak seberapa, kita selalu fikirkan masalah. Asyik tertekan je sebab duit. Bila ibu dari kampung call, rasa stress sebab rasa macam anak tak berguna sebab tak mampu nak bagi ibu ayah duit belanja yang banyak.

Pernah jadi macam tu pada anda?

Saya pernah dan saya taknak alaminya lagi.Masa bekerja di Shah Alam dahulu, gaki permulaan saya adalah RM2,500. Masuk kerja jam 8 pagi, balik tak tentu sebab consultant kita banyak attend client. Nak kata walaupun anda adalah graduan yang bergaji RM3,000 pun dah dikira miskin bandar. Kalau yang bergaji bawah lagi daripada tu?


Saya suka berniaga sebab saya tahu saya suka berbelanja dan semestinya nak berbelanja perlu guna duit, betol?

APA PEKERJAAN YANG SAYA DAH BUAT

Teringat lagi abis exam SPM kan cuti lama. Saya tanya pada diri sendiri, 

"Apa nak buat lepas SPM?"

Takkan nak duduk rumah je berbulan-bulan sampai keputusan kemasukan ke matrikulasi keluar? Pening jugak fikir time tu. Nak bisnes yang senang, flexible boleh ikot masa kiter dan pada masa yang sama masyuk.

Tapikan masa tu internet ape takde sebab tak ada henset. Jadi dunia luar kurang terdedah sangat dengan info bisnes. Cuma nak pakai sangat duit bila ikot mak gi pasaraya, wahhh teringin nya nak beli itu ini. Tapi guna duit mak? Hmmph, terus tak jadi beli kau. Beli makanan je macam biasa. Sian pulak mak bayar banyak-banyak.

Tahu apa yang saya buat? Suatu hari saya cakap dengan mak,
"Emak, saya nak menoreh getah kebun Chik (Arwah Atuk) dekat Sg.Rambai boleh? Tak de ape nak buat duduk di rumah."

Menjegil bijik mata mak. Kahkah. Atuk siap kata abissla pokok getah die tumpang kalau saya yang menoreh. Masa tu mak memang agak sukar nak lepaskan. Yelah anak-anak nak kerja kampungkan. Selama ni cuma tolong hantar dan ambil mak di kebun getah. Pastu tolong kutip getah barula dapat duit express. Hee.

Saya tak terfikir pon nak kerja pasaraya macam akak saya sebab leceh kena ulang alik ke bandar pada sayala. hihi. Lepas tamat belajar matrikulasi pon cuti lama. Saya ikot mak sedara kerja kantin sekolah rendah. Penat la tapi syok je janji masuk kaching kaching.

Bila dah kerja lagi la macam-macam kerja buatnya. Kahkah. Join pelaburan emas, forex dengan scammers. Habis duit simpanan kerja. Dropship baju, barang lain, jual kitab, haha.
Dah kata suka berniaga. Lesson learnt korang.
Rupenya Allah swt nak jodohkan saya dengan SPA SHAKLEE. Spa Shaklee ni founder nya dah ialah Pn.Ainul Shahrazad. Boleh intai wall fb die *Ainul Shahrazad*
Boleh kata kewangan kami suami isteri dah tenggelam. Sebab suami sahaja yang bekerja, kira-kira perbelanjaan semua yang tinggal negatif. Ha ha ha. Rupanya banyak woo yang nak kena maintain monthly. Tu belom masuk hutang masa belajar.

Saya kata sampai bila nak macam ni kan. Saving nak kena ada. Duit kecemasan kena asingkan. Tapi kalau yang ada tinggal negatif wang, nak korek bawah bantal? Uwaaa.

NAK KONGSI SEBAB APA IA BISNES MUDAH

Bila lompat-lompat bisneskan, yang saya nampak bila kau laburkan modal tinggi tapi tak menjanjikan pulangan semula samada cepat atau lambat, haa toksah la buat.
Bila saya buat kursus spa ni, ia buat saya teringat kenangan saya masa lepas tamat matrikulasi. Saya pergi ke rumah seorang kakak ni untuk facial wajah sahaja.
Ketika tu saya belom berkenalan dengan bisnes mobile spa. Tapi saya nampak bisnes spa ni bisnes mudah.

✔️Buat dekat dalam rumah je. Tunggu customer datang.
✔️Dalam umah kena makesure lengkap peralatan semua. Sebab customer datang secara promptu nak servis lain.
✔️Repeat & Add New Customer dan Free Marketing. Servis bagus customer akan ceritakan pada yang lain

Bezanya bisnes Mobile Spa yang buat saya tertarik hati ia

✔️ Praktikal. Semua orang boleh buat. Kalau tak tahu apa nak buat lepas SPM this is the right business for you.
✔️ Tak perlu tunggu customer datang, kita sendiri pergi kepada mereka. Ajak teros mak, adik, kakak, makcik buat sama-sama ambil servis dengan kita
✔️ Jana Instant Cash Setiap Hari
✔️ Flexible. Pelajar IPT Pon Boleh Dapat Cash juga nak tampung duit poket
✔️ Ibu Mengandung pon boleh join mobile spa. Sambil tunggu due,
✔️ Part time business yang masyuk

Clear kan uols :)










Tak seronok ke bila kita bantu orang cantik dengan servis kita at the same time duit poket terisi gumuks? Haha.

Tak seronok ke bila attend je kursus dah tersediakan peralatan spa dan produk kecantikan yang lengkap untuk perniagaan Home & Mobile Spa anda.

SERONOK KANNN 😉

Anda juga akan akan turut dilengkapkan dengan:-
✔ Pelajari Teknik "Facial & Face Massage" secara PERCUMA
✔ Barangan asas untuk memulakan SPA secara PERCUMA
✔ Bimbingan & Support Group yang berterusan secara PERCUMA
✔ Modul Latihan secara PERCUMA
✔ Sijil Penyertaan secara PERCUMA
Yang utama kita dapat Ukhuwah. New friends. BFF till jannah. Ececeh.

Jadi kalau ada modal sangat berbaloi di laburkan untuk menyertai natural home & mobile spa dibawah, THE WALKING BEAUTY PROJECT Kursus Spa termurah dan terhangat di pasaran. Saya tepek semula pakej Kursus Spa TWB ni untuk rujukan semua.

“Fast Action & Fast Result” dan dengan bermodalkan sekurang-kurangnya RM1,999 sahaja, anda sudah mampu untuk bermula dan memiliki "SPA Bergerak Tanpa Kedai" anda sendiri!

Jika anda berdaftar sekarang, anda boleh memiliki kesemua teknik-teknik, strategi pemasaran, cara pikat pelanggan, bagaimana menjana pendapatan agar duit masuk hari-hari dan paling penting. Malah jika anda berhasrat untuk berhenti kerja tetapi risau keadaan ekonomi keluarga yang masih belum stabil, jangan risau. Program Home Spa kami mampu merealisasikan impian anda.

Sebelom saya berundur, suka untuk saya ingatkan kita bersama. Kita join bisnes bukan maksud rezeki tak cukup tapi mencari yang lebih untuk lebih bahagia 😍😍😍. InsyaAllah. Tak gitewww. Auch bersemut! Hihi.

JADI SAMBAR TAWARAN SAYA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI dengan MODAL yang SANGAT KECIL WALAUPUN TIADA ASAS atau PENGALAMAN LANGSUNG.


Hubungi:
Puan Siti Hajar bt Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty & Spa 
h/p : +6019-6370570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty