Monday 14 October 2019

Jana Side income RM2000 sebulan Bersama Shaklee

Bismillah

Haa ni topik yang semua tertunggu-tunggu betul? Hari ini saya akan kongsikan bagaimana untuk jana income RM2000 daripada bisnes Shaklee.

#1 - Melalui Program #JomDetoxJutawan

Macam yang saya pernah kongsikan dalam entry sebelum ini semua orang perlu detox terutamanya jika anda berbadan besar mahupun berbadan kurus.


Jadi sekarang anda betul-betul ingin menurunkan berat badan anda dengan sihat. Anda segera bertanya kepada saya bagaimana cara join detok Shaklee ni. Haa, sebagai permulaan, anda boleh sertai program #JomDetoxJutawan melalui 3 Pakej dibawah;

1. Set Gold



2. Set Platinum



3. Set Diamond



Apabila anda mendaftar untuk program ini, secara automatiknya anda juga telah menyahut cabaran program khas daripada Shaklee iaitu Prove It, Live It and Share It. Malah anda juga layak untuk menerima bonus tambahan lain iaitu sebanyak RM25 bagi setiap individu yang juga berdaftar untuk program detox di bawah anda.


Katakan anda mempunyai tiga ahli berdaftar untuk sertai #JomDetoxJutawan. Seterusnya, anda minta tiga ahli berdaftar tadi untuk ajak tiga lagi sahabat-sahabat atau keluarga yang juga ingin menambahbaik kesihatan mereka melalui program detox. Nah, dari situ Shaklee tahu anda telah menyebarkan kebaikan Shaklee kepada ramai orang jadi anda layak terima bonus RM2000 tadi.

Selain itu, anda bukan sahaja memperoleh jumlah RM75 secara cash oleh Shaklee malah Shaklee tambah lagi RM75 untuk pendaftaran dalam tempoh sebulan. Seronokkan, kita bantu orang sihat sambil jana pendapatan. 


Kenapa Perlu Pilih Program Jom Detox Jutawan? Semuanya telah saya terangkan dalam entry ini : Perbezaan Program Jom Detox Jutawan berbanding program lain. Yang jelas ianya TERBUKTI BERKESAN dan EFEKTIF.




Jadi anda tidak perlu risau lagi bagaimana nak tambah side income dari pendapatan asal anda jika bekerja atau sebaliknya.

Semuanya bermula pada diri kita. Hubungi saya untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai program ini.



Salam Jutawan,
Kak Jar


Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam




Mentor Bisnes Saya


Bismillah


Kak Jar suka share tentang entry kali ini dalam bentuk penceritaan supaya mudah kita ingat. Bayangkang kita tengah drive untuk ke sesuatu tempat tiba-tiba anda terperangkap dalam jem ataupun signboarg ke destinasi anda tu hilang. So what to do?



Kalau jem biasanya kak Jar akan buka maps untuk cari short cut atau alternatif jalan lain. Dan for sure anda akan berhentikan kenderaan untuk bertanyakan pada sekitar arah yang tepat. Supaya apa? Supaya kita sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat.



Same also goes in business. Mentor atau Upline anda yang digelar mami dan lain-lain semua nya adalah untuk short cut dalam business supaya kita tidak perlu melalui apa yang mereka lalui sebelum berjaya.



Saya percaya bahawa semua 10 Orang Avengers dalam Team Paskal #Jutawan adalah the best mentor ever. Baca : Apa Yang Best Join Team Jutawan



Mentor Bisnes Saya adalah...



Walaubagaimanapun, melihat usaha beliau yang tidak berputus asa untuk sama-sama memastikan kami anak cucu nya berjaya sepertinya membuatkan saya cemburu kerana kecekalan beliau. Saya ingin jadi seperti beliau. Walaupun bermula dari tiada apa-apa, beliau tidak sesekali berputus asa kerana percaya beliau pasti berjaya dalam bisnes Shaklee.



Apabila beliau pernah menceritakan kepada kami betapa bersyukurnya beliau ditemukan dengan bisnes Shaklee seolah dalam mimpi kerana kelebihan bisnes Shaklee ianya hanya buat 100% dari rumah, secara online pula tu.



Beliau selalu berpesan kepada kami bahawa semua bisnes pun ada susah senangnya, namun sesusah susah Shaklee hanya perlu buat dari rumah dengan menulis blog, share di FB, pm orang, belajar pasal nutrisi dll.



Siapa sangka dengan bermula dari RM75 beliau telah mencapai TIME FREEDOM, TRAVEL FREEDOM dan FINANCIAL FREEDOM!


Malah dengan Shaklee, beliau dapat menunaikan impian ibu dan bapanya termasuk melangsaikan hutang, beri mereka bercuti ke luar negara, naik flight dsb.

Sampai ibu saya pernah cakap..

"Syurga tempat mu, Ainul"

Inilah kebahagiaan yg sgt2 tidak ternilai beliau dapat melalui Shaklee.

.
.
.
.
.
.

Beliau adalah Master Ainul Shahrazad




Kerjaya Bersama TWB


Beliau adalah PROVEN RESULT dan PROVEN SUCCESS untuk saya meneruskan kerjaya bersama Spa TWB. Menjadi sebahagian daripada TWB membantu menjana income dari Enam Penjuru. TWB atau The Walking Beauty adalah projek Spa Bergerak yang kini mendapat sambutan dikalangan wanita.

Jadi tidak ada alasan untuk mengatakan 'tidak boleh, tak free, dan sebagainya'.


Nak berjaya kena usaha. Kena berkorban untuk dapat apa yang kita nak. Sebab tak ada yang PERCUMA. Nak masuk tandas pun bayar 50sen kan?

Cuba bayang kalau kita sesak, takde duit, ada ke orang nak hulur duit kat kita saja-saja? Sebelum kita tebalkan muka gi meminta hutang dengan orang, baik tebalkan muka buat bisnes. 

Titik tolaknya adalah diri kita sendiri. Sebagaimana mentor saya percaya semuanya adalah POSSIBLE kerana kita umat Islam ada Allah swt yang mengabulkan doa setiap hambaNya. Kuncinya SABAR, ISTIQAMAH, KONSISTEN, BUAT dan TERUS BUAT.

InsyaAllah, you'll see an amazing results at the end!


Terima kasih Master Ainul, atas tunjuk ajar selama ini :). Didoakan juga Master Ainul dan keluarga sentiasa diberkahi serta dilindungi Allah swt dari segala fitnah. Amiin.

Salam sayang,


Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

BIG WHY Saya Buat Shaklee

Bismillah

Alhamdulillah topik agak berat untuk kak Jar kerana agak ianya agak deep buat saya. Tetapi saya sukakannya supaya sentiasa ingat akan BIG WHY saya ini.

Agaknya kenapa perlu ada Big Why ni? Supaya kita lebih JELAS dan SPECIFIC tentang apa yang mahu dicapai. 

Saya tidak pernah mempunyai Big Why sebelum ini. Kira I'll just go with the flow :( . Cuma ketika itu saya hanya membuat mengikut apa yang saya catatkan dalam planner. Saya suka sangat membaca kisah Master Ainul. 

Salahkah ber IMPIAN untuk kaya?? 
Meh saya share kisah hidup saya. Saya datang dari keluarga yg susah. Susah sangat. Sepanjang saya dibesarkan, saya saksikan keperitan yg ditanggung oleh ibu ayah saya. Kami pernah hidup kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.  
Ibu saya pernah dihina, diherdik, dicaci oleh orang yg dtg minta hutang. Kami pernah tinggal di rumah kedai akibat dihalau oleh tuan rumah yang kami sewa.  
Kami pernah hidup tanpa elektrik, akibat x bayar bil2. Bergelap rumah, buat homework guna lilin. Tido mlm kepanasan. 
Kami pernah makan lauk sayur pucuk ubi sahaja yg dipetik di belakang rumah. Bila kami datang beraya ke rumah orang2 kaya, ada yg memandang sinis, yerlah anak berderet mcm keretapi, selekeh pula tu, naik van buruk.  
Bagaimana perasaan saya tika itu?? Sakit sangat , sahabat! Teramat sakit. Saya lihat kesusahan ibu, tetapi saya tak mampu nak hapuskan kesusahan itu. Saya lihat air mata ibu setiap malam, tapi saya x mampu padamkan air mata itu! - Master Ainul

Atas asbab itu, beliau bersungguh sungguh membuktikan beliau adalah PROVEN RESULTS kepada semua anak cucu beliau dan juga wanita-wanita diluar sana.

Big Why Saya Dalam Shaklee

Saya juga mempunyai Big Why saya iaitu untuk keluarga, anak-anak dan juga ummah.

Big Why #1 : Bawak Ibu Ayah Bercuti Di Langkawi


Alhamdulillah syukur Allah swt masih izinkan mereka bersama saya. Walaupun baru-baru ini ayah baru sahaja menjalani operation untuk membuang sebahagian jari kakinya akibat diabetes. Mereka tidak pernah meminta apa-apa dari kami anak-anak. Itu yang membuatkan saya sedih sangat. 

Saya menyimpan hasrat untuk membawa keluarga ke Langkawi pada bulan March 2020 kerana ibu suka shopping di Langkawi. Saya membayangkan apa sahaja yang ibu saya beli, saya yang keluarkan belanjanya. 

Malah, saya ingin menghantar ibu untuk operation matanya yang berselaput kerana katarak.Dan kosnya saya pernah tanyakan pada klinik iaitu antara RM3000-RM5000 mengikut kondisi ibu. 

Inilah big why saya yang terbesar. Saya ingin membawa keluarga bercuti ke Langkawi March 2020 dan memberi mereka elaun sekurangnya RM500 sebulan.


Big Why #2 : Kemudahan Untuk Anak-Anak


Sebagai seorang ibu, saya mudah tersentuh hati apabila ada kemahuan anak-anak yang tidak mampu untuk saya berikan. 

Pernah suatu hari anak-anak berkata nak main salji. Nak bawak pergi main salji tiruan di iCity pun belum tentu dapat lagi kerana kekangan masa.

Dan impian saya untuk anak-anak sangat banyak :

  • Saya ingin pastikan mereka belajar swimming, art class dan membuat aktiviti yang mereka suka tanpa perlu ada sekatan.
  • Membawa mereka melancong ke luar negara setahun sekali. Bawak pergi main salji :)
  • Sediakan kemudahan pembelajaran, besarkan bilik mereka, dan makan apa yang mereka mahu.

Dan pastinya, saya ingin berzakat dan bersedekah tanpa had. Saya sedar banyak lagi yang harus saya tingkatkan dan mesti kena bersungguh sungguh supaya dapat mencapai impian saya. Amiin.



Salam Jutawan,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam