Jika anda
sedang hamil atau merancang untuk hamil, Tahniahhhhh!
Inilah antara
moment yang palingggg menarik dalam
hidup anda. Jadi nikmatinya setiap saat okeyh. Sebab tu anda kena baca entry ni
sampai habis. Cekidaut!
.
Hee..perasan
tak bila once kawan-kawan atau family dah tau anda pregnant, diorang mesti
seronok sangat untuk korangkan. Yelah tak lamer lagi perut anda akan membesar
membesar dan membesar! Hee. Sangat specialkan. Korang akan merasakan rebut
soalan dari semua. Whooshh! Pening jap eh. Chill okay. Hihi. Momen yang sangat
istimewa seharusnya dikongsi bersama semua cuma part yang tak selesa atau
menganggu masa pregnant tu jarang la orang tanya.
Tak
dinafikan bila badan mula menerima kehadiran ‘orang baru’, maka bersiap
sedialah untuk merasai KETIDAKSELESAAN sepanjang kehamilan . Antaranya; morning
sickness, sakit abdomen, sakit belakang, ketidakselesaan payudara, sukar
bernafas, sembelit, kontraksi , cystitis (Jangkitan Pundi Kencing) dan ada juga
ibu yang jadi lebih sensitif pada bauan. Walaupun terpaksa menghadam pengalaman
yang tak selesa tersebut hal utama yang MESTI dijaga ialah kesihatan tubuh dan
janin.
Masa saya mengandungkan anak sulung,
badan sangat lemah. Sepanjang hari boleh dikatakan zero energy. Nak berbaring
je..asyik pening dah muntah. Bila kerja tu buat-buat gagah cam Hulk. Uhuk.
Makan pun tak terjaga sebab tak larat. Sebab tu bila orang perempuan ni
pregnant, dia memerlukan jumlah energi yang lebih besar dari yang tak pregnant.
Bagi yang bekerja pon, biasanya dikurangkan workload. Bila berjumpa dengan
doctor, doctor sarankan jaga pemakanan sihat untuk ibu dan pengambilan vitamin
sepanjang kehamilan seperti kalsium, zink, asid folik, bcomplex dan zat besi.
Bila saya
ditanya tentang macam mana sihat dikala hamil ni? Jawapan saya, IBU atau Wanita
Hamil tu mesti dalam kondisi sihat. Kalau tak tu jadi macam saya kat atas. Dahla
berat badan tak berapa ideal, tu belom cek nutrisi seimbang atau tak. Olahraga?
Hmm..Sengih korang eh. Terasa ler tu. Ehe. Sebab tu nak kongsi informasi
lengkap 7 tanda kehamilan wanita yang normal dah sihat.
1. Tekanan
darah dan kadar gula ibu hamil
Petunjuk
utama yang tahap kehamilan yang sihat , tekanan darah dan gula yang perlu
dipantau dari minit yang pertama anda membuat keputusan untuk hamil serta pergi
‘menyerah diri’ atau lebih tepat untuk buat buku merah. Mungkin masa check up
tekanan darah ataupun bacaan kadar gula ada meningkat sedikit masih boleh
dikatakan normal. Yang jadi suspen bila ada perubahan drastik pada dua hal ni kerana
ia boleh membawa pada preeklampsia yang menyebabkan kelahiran awal atau
prematang. Jadi jangan amik mudah okay ibu semua.
2. Rahim dan
plasenta
Masalah dalam rahim dan plasenta mungkin membawa kepada
keguguran dalam beberapa kes tertentu. Untuk mengekalkan janin dalam rahim,
hinggalah ke saat akhir kehamilan, rahim dan plasenta ibu perlu berada dalam
kondisi yang sihat. Plasenta perlu juga melekat pada dinding rahim, kerana
apabila terjadi pelepasan terhadap plasenta, ia boleh membawa kepada keguguran
yang serius.
3. Pertumbuhan janin
Sebagai ibu
hamil, anda wajib merajinkan diri dan teratur memantau kondisi bayi yang ada
didalam perut anda. Ia boleh disemak dengan memeriksa berat badan ibu
yang hamil atau semasa ujian ultrasound. Apabila terdapat tanda-tanda
kekurangan oksigen didalam rahim, hal ini harus diawasi kerana ia boleh
menyebabkan gangguan dalam fungsi plasenta dan kesihatan ibu serta janin akan
turut terganggu.
4. Berat
badan ibu hamil
Seorang doktor biasanya akan mengesyorkan peningkatan
sebanyak 13 hingga 15 kilogram selama wanita itu sedang hamil. Walau
bagaimanapun, jika perempuan itu sudah mempunyai berat badan berlebihan , maka
doktor mempunyai anjuran tersendiri pada masa kehamilan dan akan dipantau dari
masa ke semasa.
5. Kadar
hormon
Hormon pregesteron wanita hamil boleh mencapai hampir
400mg jika dibandingkan dengan wanita tidak hamil yang sihat yang menghasilkan
sekitar 20 mg progesteron. Fungsi hormon ini untuk menjaga ibu hamil dari kitar
haid lagi. Hormon estrogen pula memainkan peranan penting dalam
membentuk jaring rahim bag menampung janin yang akan membesar 3 kali ganda di separuh
akhir kehamilan.
6. Perut
yang membesar
Normally, doktor akan mengambil ukuran biasa dari perut
ibu untuk memastikan bahawa pertumbuhan serta perkembangan bayi adalah dalam keadaan
yang baik dan sihat.
7.
Pergerakan janin
Selain dari
memeriksa ukuran perut, doktor akan minta ibu hamil untuk
mengira pergerakan janin semasa mengandung antara 6 hingga minggu ke-10
kehamilan. Ini sebagai satu cara lain untuk mengesan kesihatan kehamilan anda.
Biasa dalam buku merah akan diajar untuk kira pergerakan ni. Jadi jangan risau
ye. Pergerakan janin dapat memastikan bayi itu menerima oksigen yang mencukupi
dan bahawa bayi itu berada dalam keadaan baik.
Nahh..saya
dah share artikel dari Health Me Up ni untuk ibu semua. Jadi dah tau kan top 7
tanda kehamilan yang normal dan sihat. Haa lepas ni ada rasa-rasa tak best ke,
cecepat pergi jumpa doctor untuk dapatkan konsultansi ye. Lefchiuols mummy.
Happy pregnancy :)