Friday 13 April 2018

Buat Duit Dengan Mobile Spa

Semalam ada berborak dengan seorang adik ni.

Dia diberi elaun RM400 sebulan dan bekerja dari jam 10 pagi hinggalah jam 10 malam. Walaupun dia hanya membuat praktikal disana namun waktu bekerjanya adalah 12jam! Lebih beberapa jam daripada waktu bekerja biasa.

Iya, itulah realitinya. Mungkin ada diantara kita yang sebelum ini memang gaji rendah. Bila rendah dan banyak komitmen, rasa agak terbeban dengan gaji kecil. Bila nak berbelanja, makan sedap pun akan terpaksa tahan diri walau nakkk sangat. Sebab apa? sebab kita takut kurang duit dan sengkek di hujung bulan (sebab ada yang gaji awal bulan, keluar duit bayar sini sana dan sebagainya).

Bila gaji rendah, duit siket, simpanan pun tak seberapa, kita selalu fikirkan masalah. Asyik tertekan je sebab duit. Bila ibu dari kampung call, rasa stress sebab rasa macam anak tak berguna sebab tak mampu nak bagi ibu ayah duit belanja yang banyak.

Pernah jadi macam tu pada anda?

Saya pernah dan saya taknak alaminya lagi.Masa bekerja di Shah Alam dahulu, gaki permulaan saya adalah RM2,500. Masuk kerja jam 8 pagi, balik tak tentu sebab consultant kita banyak attend client. Nak kata walaupun anda adalah graduan yang bergaji RM3,000 pun dah dikira miskin bandar. Kalau yang bergaji bawah lagi daripada tu?


Saya suka berniaga sebab saya tahu saya suka berbelanja dan semestinya nak berbelanja perlu guna duit, betol?

APA PEKERJAAN YANG SAYA DAH BUAT

Teringat lagi abis exam SPM kan cuti lama. Saya tanya pada diri sendiri, 

"Apa nak buat lepas SPM?"

Takkan nak duduk rumah je berbulan-bulan sampai keputusan kemasukan ke matrikulasi keluar? Pening jugak fikir time tu. Nak bisnes yang senang, flexible boleh ikot masa kiter dan pada masa yang sama masyuk.

Tapikan masa tu internet ape takde sebab tak ada henset. Jadi dunia luar kurang terdedah sangat dengan info bisnes. Cuma nak pakai sangat duit bila ikot mak gi pasaraya, wahhh teringin nya nak beli itu ini. Tapi guna duit mak? Hmmph, terus tak jadi beli kau. Beli makanan je macam biasa. Sian pulak mak bayar banyak-banyak.

Tahu apa yang saya buat? Suatu hari saya cakap dengan mak,
"Emak, saya nak menoreh getah kebun Chik (Arwah Atuk) dekat Sg.Rambai boleh? Tak de ape nak buat duduk di rumah."

Menjegil bijik mata mak. Kahkah. Atuk siap kata abissla pokok getah die tumpang kalau saya yang menoreh. Masa tu mak memang agak sukar nak lepaskan. Yelah anak-anak nak kerja kampungkan. Selama ni cuma tolong hantar dan ambil mak di kebun getah. Pastu tolong kutip getah barula dapat duit express. Hee.

Saya tak terfikir pon nak kerja pasaraya macam akak saya sebab leceh kena ulang alik ke bandar pada sayala. hihi. Lepas tamat belajar matrikulasi pon cuti lama. Saya ikot mak sedara kerja kantin sekolah rendah. Penat la tapi syok je janji masuk kaching kaching.

Bila dah kerja lagi la macam-macam kerja buatnya. Kahkah. Join pelaburan emas, forex dengan scammers. Habis duit simpanan kerja. Dropship baju, barang lain, jual kitab, haha.
Dah kata suka berniaga. Lesson learnt korang.
Rupenya Allah swt nak jodohkan saya dengan SPA SHAKLEE. Spa Shaklee ni founder nya dah ialah Pn.Ainul Shahrazad. Boleh intai wall fb die *Ainul Shahrazad*
Boleh kata kewangan kami suami isteri dah tenggelam. Sebab suami sahaja yang bekerja, kira-kira perbelanjaan semua yang tinggal negatif. Ha ha ha. Rupanya banyak woo yang nak kena maintain monthly. Tu belom masuk hutang masa belajar.

Saya kata sampai bila nak macam ni kan. Saving nak kena ada. Duit kecemasan kena asingkan. Tapi kalau yang ada tinggal negatif wang, nak korek bawah bantal? Uwaaa.

NAK KONGSI SEBAB APA IA BISNES MUDAH

Bila lompat-lompat bisneskan, yang saya nampak bila kau laburkan modal tinggi tapi tak menjanjikan pulangan semula samada cepat atau lambat, haa toksah la buat.
Bila saya buat kursus spa ni, ia buat saya teringat kenangan saya masa lepas tamat matrikulasi. Saya pergi ke rumah seorang kakak ni untuk facial wajah sahaja.
Ketika tu saya belom berkenalan dengan bisnes mobile spa. Tapi saya nampak bisnes spa ni bisnes mudah.

✔️Buat dekat dalam rumah je. Tunggu customer datang.
✔️Dalam umah kena makesure lengkap peralatan semua. Sebab customer datang secara promptu nak servis lain.
✔️Repeat & Add New Customer dan Free Marketing. Servis bagus customer akan ceritakan pada yang lain

Bezanya bisnes Mobile Spa yang buat saya tertarik hati ia

✔️ Praktikal. Semua orang boleh buat. Kalau tak tahu apa nak buat lepas SPM this is the right business for you.
✔️ Tak perlu tunggu customer datang, kita sendiri pergi kepada mereka. Ajak teros mak, adik, kakak, makcik buat sama-sama ambil servis dengan kita
✔️ Jana Instant Cash Setiap Hari
✔️ Flexible. Pelajar IPT Pon Boleh Dapat Cash juga nak tampung duit poket
✔️ Ibu Mengandung pon boleh join mobile spa. Sambil tunggu due,
✔️ Part time business yang masyuk

Clear kan uols :)










Tak seronok ke bila kita bantu orang cantik dengan servis kita at the same time duit poket terisi gumuks? Haha.

Tak seronok ke bila attend je kursus dah tersediakan peralatan spa dan produk kecantikan yang lengkap untuk perniagaan Home & Mobile Spa anda.

SERONOK KANNN 😉

Anda juga akan akan turut dilengkapkan dengan:-
✔ Pelajari Teknik "Facial & Face Massage" secara PERCUMA
✔ Barangan asas untuk memulakan SPA secara PERCUMA
✔ Bimbingan & Support Group yang berterusan secara PERCUMA
✔ Modul Latihan secara PERCUMA
✔ Sijil Penyertaan secara PERCUMA
Yang utama kita dapat Ukhuwah. New friends. BFF till jannah. Ececeh.

Jadi kalau ada modal sangat berbaloi di laburkan untuk menyertai natural home & mobile spa dibawah, THE WALKING BEAUTY PROJECT Kursus Spa termurah dan terhangat di pasaran. Saya tepek semula pakej Kursus Spa TWB ni untuk rujukan semua.

“Fast Action & Fast Result” dan dengan bermodalkan sekurang-kurangnya RM1,999 sahaja, anda sudah mampu untuk bermula dan memiliki "SPA Bergerak Tanpa Kedai" anda sendiri!

Jika anda berdaftar sekarang, anda boleh memiliki kesemua teknik-teknik, strategi pemasaran, cara pikat pelanggan, bagaimana menjana pendapatan agar duit masuk hari-hari dan paling penting. Malah jika anda berhasrat untuk berhenti kerja tetapi risau keadaan ekonomi keluarga yang masih belum stabil, jangan risau. Program Home Spa kami mampu merealisasikan impian anda.

Sebelom saya berundur, suka untuk saya ingatkan kita bersama. Kita join bisnes bukan maksud rezeki tak cukup tapi mencari yang lebih untuk lebih bahagia 😍😍😍. InsyaAllah. Tak gitewww. Auch bersemut! Hihi.

JADI SAMBAR TAWARAN SAYA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SPA TANPA KEDAI dengan MODAL yang SANGAT KECIL WALAUPUN TIADA ASAS atau PENGALAMAN LANGSUNG.


Hubungi:
Puan Siti Hajar bt Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty & Spa 
h/p : +6019-6370570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty

2 comments:

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi hai ain. salam perkenalan juga. meh tepek link blog ain, i followwww ~ ^_^

      Delete