Monday 14 October 2019

Berjaya turunkan 4.8 kg dalam hanya sekali detox


Bismillah



Alhamdulillah syukur sangat bila dapat Kak Jar berjaya turunkan berat badan baru-baru ini melalui program detox 16.0. Untuk kali ini, berat saya turun sebanyak 4.8kg dan 13.5 inchloss. Inchloss tu melebihi target tau. Kak Jar ikut sertai dalam program #JomDetoxJutawan untuk ambilan 16.0 pada 1hb Oktober sampai 17hb Oktober. 




Pada masa itu niat saya untuk detox adalah untuk kesihatan keseluruhan kerana tak larat badan rasa berat je bila buat kerja. Huhu. Nak kena servis dah badan ni cakap pada diri.




Masa tu, terus Kak Jar dapatkan Set Platinum untuk sertai program detox ini.




Program Jom Detox Jutawan ini adalah program detox Shaklee dan apa yang membezakannya dengan program lain kerana ia bukan program diet. Ia adalah untuk membantu badan untuk membuang sisa-sisa toksik yang tersimpan lama didalam badan kita. Disamping mencapai penurunan berat badan yang sihat.




Kak Jar bermula dengan berat 93.6 kg tau. Dah tahap obesiti. So scaryyy. And honestly Kak Jar nak menua dengan badan macam tu. I want to be fit and energetic. Baru umur 32 tahun dah macam orang tua. Sedangkan ada je lagi orang tua yang sihat dari kita. Malu la kan.




InsyaAllah Kak Jar niat untuk re-join semula program detox ini sehinggalan dapat capai berat ideal iols. Pesanan saya, ingatlah kita nak pakai badan lama dengan izinNya. Sampai bila kita nak biarkan kesihatan kita ditahap bawah kerana kita asyik suappp makanan-makanan yang kurang berkhasiat.




Kak Jar fikir masa tu saya nak sihat, senang saya nak jagakan anak-anak, keluarga, buat kerja. Badan pun tak rasa mengah. Kan ke best macam tu. Kak Jar belajar, sebelum kita hargai orang lain mula-mulanya, sayangi dan hargai diri kita terlebih dahulu. :)



Salam Jutawan,
Kak Jar


Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam




No comments:

Post a Comment