Wednesday 24 September 2014

Petua Hilangkan Sakit Belakang


Assalamu'alaikum semua :)

Dah baca entry saya sebelum ni? Suka tak? Ehe..

Excited nak share kisah supplemen ala-ala magik nih. Hihi. mane tak nye sebab TERBUKTI berkesan dekat diri sendiri okeyh. :D

Petua hilangkan sakit belakang? Haa..mesti ramai yang dah dok cari kenapa dan pasai apa jadi camtu kan? Haha..nak dijadikan cerita saya ni memang kena buat kerja kampung. Yelah, adik beradik ramai perempuan, yang lelaki dah takde kat rumah (-_-)". Habis tu siapa lagi nak tolong mak ayah kan?

Kami adik beradik kerah tenaga tolong mak dekat kebun getah (ofis emakku :D ) angkat baldi getah tu. Perghh memang sakit pinggang, nak nak bila kena tunduk nak kutip dalam cawan getah tu..ala-ala macam dalam gambar kat bawah ni..hihi

                                                            

Satu lagi yang buat saya  sakit pinggang masa memandu. Walaupun dah mengamalkan pemanduan berhemah, cewahh..tetap sakit pinggang. Time study dekat UTP, saya kena drive sensorang je k dari Raub, pahang --> Tronoh, Perak ikut Jalan Kuala Kubu yang macam ular tu.

Alhamdulillah dah kahwin, tup-tup disahkan preggy :D. Sakit pinggang lagi..hihi. Ini memang normal bagi wanita mengandungkan coz kali ni bawak baby sekali..jadi akan ku gagahi jua :D

Salah tidur pun main faktor juga. Tilam yang jenis lembut sangat pun boleh buat sakit pinggang..Saya amalkan makan Ostematrix #shaklee :D. Cara makan senang je, 4 tabs sebelum tidur. Fuhh in shaa Allah bangun pagi tu hilang semua lenguh-lenguh badan tu. Alhamdulillah, memang senyum lebar pagi :D

                                 

Nak maintain kurangkan sakit pinggang memang kena banyak makan sayur, minum susu, dan exercise la okeyh. Untuk saya, pengamalan makan Ostematrix memang sangat membantu~coz kurang g exercise..ekekeke :D

Pelaburan untuk kesihatan berpanjangan..aamiin


Wassalam! :)

Monday 22 September 2014

Kampung Kaya Ikan

Yeay! Balik kampung!

Ehe..

Alhamdulillah balik kampung suami minggu baru ni..semalam sampai (21/9/14) dalam pukul 4 ke Tangkak.
Perjalanan berjalan lancar tak ada sangat 'jem' walhal semalam berakhirnya cuti sekolah. Kita pun sedia maklumkan musim cuti sekolah je memang jalan jem. Baik jalan pi utara, selatan, timur.. :) barat? tak sure..hihi

Dah jadi orang JDT maka ku banyak juga snap pic2 yang menarik dekat kampung. First time datang ke endau-mersing ni, sangatla happy nya..perjalanan mula-mula macam biasa hutan2, perumahan, sekolah..lalu rompin..mersing..tup2 sampai ke jeti ...fulamakkk..eh subhanallah :)

Suke tengok..pemandangan memang indah lebih-lebih lagi dekat jeti marina Tg.Gemuk sempadan Endau.


Cam signboard ni?
Alhamdulillah, hadiah dari pak dan mak mertua. Ikan ada, udang ada..ikan merah pun ada.

                                   

Wednesday 17 September 2014

Kelebihan Shaklee Collagen Powder

Assalamu'alaikum semua :)

Inginkan KULIT CANTIK, GEBU, FLAWLESS DAN BEBAS DARIPADA CELA?

Tau tak, dah berapa kali juga Shaklee buat offer #CollagenPowder ni. Memang luar biasa sambutannya. Sesiapa yang ada budget lebih and yang willing to spend untuk kecantikan diri, in shaa Allah, shaklee collagen powder is the best for you skin! Especially those yang sudah over 30's.

Semakin bertambah umur, kulit kita akan berkedut + nampak garis-garis halus kerana penghasilan kolagen di tahap yang rendah.Pemakanan TINGGI PROTEIN diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen.

Banyak juga sahabat merangkap pengguna setia collagen powder ni memang berebut-rebut nak membeli. Lagi-lagi yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan..of course nak nampak gorgeous time tu kan.

Rahsia Kecantikan Wanita







Antara KELEBIHAN UTAMA Collagen Powder :
  • Membantu menguatkan rambut dan meransang pertumbuhan semula rambut
  • Mengekalkan kesihatan kuku
  • Membantu mengurangkan parut jerawat, jeragat, chicken pox, dan parut luka lain termasuk parut jenis berlubang
  •  Menghilangkan tanda penuaan
  • Menguatkan tulang
  • Membantu mengurangkan kesakitan & geseran antara sendi
  • Membaiki tahap kesihatan
  • Memastikan otak sentiasa sihat 

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder
  • dihasilkan daripada sisik ikan merah dari laut dalam yang bebas dari pencemaran air
  • Sisik ikan merah (Red Snapper Scale - RSS) merupakan sumber TERBAIK collagen kerana ia adalah collagen tahan lasak.
  • Bersifat tahan lasak kerana sifat yang ada pada ikan itu sendiri yang mampu berada jauh didasar laut dengan tekanan serta elastisiti yang begitu tinggi. Subhanallah!
  • Ciri-ciri RSS : Sangat lasak. Mampu menahan tekanan berkapasiti 60 pound, sangat elastik, kadar kelembapan tinggi serta molekulnya yang halus dan mudah diserap oleh tubuh.
Just a sachet before your breakfast and see a NEW you in just a week! <3

p/s: Teringat masa mula-mula dulu pelik tahu ini collagen tahan lasak. Now i know why :)

Your trusted Shaklee Distributor,
Siti Hajar
ID 1144497
019-6370570
FB : Hajarmj87
Instagram : SITIHAJARMJ
COD : Ledang, Muar & Bukit Gambir serta pos di seluruh Malaysia termasuh Brunei





Monday 15 September 2014

Aqiqah Sepupu Nu'man


Sabtu baru ni 13 sept ada majlis kesyukuran sempena aqiqah anak perempuan abang long ku.

Majlis diadakan di Batu Muda, Bt Caves rumah ibu mertuanya.

Hihi..kami bertolak dari Tangkak, Johor dan perjalanan ke KL tu sepatutnya cuma 2 jam sahaja..nak dijadikan cerita, kami terlupa awal minggu ni permulaan cuti sekolah.

Perjalanan selama 2 jam jadi dekat 5 jam. Yang penting kita manfaatkan masa berzikir, inshaaAllah.



Secara tak langsung pahala pun dapat tak gitu? Kadang-kadang kita akan dapat mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam apabila kita berjaulah dengannya.

Elakkan berdiam diri ketika bersama okay :). My 2 cents.

Ilal liqa' <3

******

Thanks for reading!

Follow saya di instagram : SITIHAJARMJ
FB : Hajarmj87

Wednesday 10 September 2014

Oh anakku..

 Bila..

Anak selalu sakit, kita jadi geram
Anak tak score, pun kita pening juga
Anak tak makan, kita naik risau
Anak sakit, kita terpaksa juga hantar taska
Anak sakit lagi, sumbat dengan macam-macam ubat..Anak  nak mainan, kita beli
Anak punya supplimen, kita tak beli?

In shaa Allah kita sama-sama cuba cara alternatif supplimen semulajadi untuk rawat anak kita. Sekiranya kita boleh menghabiskan wang kita untuk bergaya, hanya sedikit sahaja dari simpanan itu untuk membekalkan anak-anak kita dengan nutrisi yang terbaik untuk badan dan minda mereka.

Meal Shakes keluarga sihat ceria


Wahai ibu bapa yang prihatin, tahukah anda di dalam ‪#‎MealShakes‬ terdapat pelbagai vitamin dan mineral yang penting?

Meal Shakes bukan sahaja mengandungi 19 vitamin dan mineral yang penting, malah kaya dengan sumber protin yang tinggi dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh badan.
Ini akan membantu anak-anak anda mendapatkan nutrisi yang lengkap untuk badan mereka.

Antara kepentingan Meal Shakes :
1. Menguatkan sistem imun badan - tidak mudah jatuh sakit
2. Zat yg mencukupi
3. Penggalak selera makan anak-anak
4. Bantu tambah berat badan
5. Mengatasi masalah sembelit

Pelaburan untuk anak-anak tersayang demi kesihatan mereka. Istimewa bagi peminat Vanilla flavour.

Tips/konsultansi boleh hubungi saya di:
Siti Hajar
019 6370570
Pengedar Sah Shaklee Anda
ID 1144497
www.myhealthycandy.blogspot.com

Tuesday 9 September 2014

Jurnal kesyukuranku

Bismillah

Alhamdulillah..sekali lagi menjejakkan kaki ke dunia blogging.

Sebenarnya berbalik kepada niat kita dalam dunia penulisan..apa yang saya sharekan disini mudahan beroleh manfaat untuk semua yang membaca, in shaa Allah :)

Since 1st entry jadi tak berapa nak ada idea sangat..hikhikhik. maafkan daku ye.

Nu'man 6 bulan