Monday 19 December 2016

Tip Elak Diserang Migrain



Bismillah. Apa kabar semua, sihat ke?

Alhamdulillah. Kepala ni haa, terasa berdenyut-denyut lagi. Ada jugala rasa macam tuala basah yang kena perah sekuat-kuat hati. Huhu. Kebetulan, baru-baru ni Kak Jar baru kena serang dengan migrain. Sebab tu kenyataan kat atas tu bukanla niat nak menakutkan sesiapa. Ada kajian dari pakar kesihatan dar National Headache Foundation Amerika mendapati jumlah wanita yang diserang 'penyakit' ni tiga kali ganda dari kaum lelaki tau! Dan penyakit tu adalah MIGRAIN. 

Sebab tu Kak Jar nak share info migrain ni supaya korang pon boleh bersedia. Prevention is better than cure kan. Cekidaut!

Apa itu Migrain?



Migrain ni bukanlah sakit kepala biasa. If somebody ada claim macam tu cakap memang dia tak pernah kena lah tu. Pakar kesihatan kini mendapati migrain adalah sejenis penyakit organik melibatkan sistem saraf atau neuro yang berlaku secara bersiri melalui serangan. Normally, akan terasa denyutan yang sangat sakit atau mencucuk pada sebelah bahagian kepala atau kedua-duanya. 

Antara simptom lain, perubahan pada penglihatan, rasa terganggu pada persekitaran, rasa sejuk atau berpeluh, kebas atau sakit leher, loya atau muntah serta sakit kulit kepala.

Jenis Migrain

Klasik 

- Bermula dengan amaran yang dikenali sebagai aura yang kebiasaannya melibatkan perubahan pada pandangan. Iaitu hanya nampak cahaya dan warna yang bercampur-baur. Malah, penglihatan turut berkurangan pada sesetengah arah baik sisi kiri atau kanan.

- Sesetengah bahagian badan akan terasa lemah otot, sakit yang mencucuk atau seperti terbakar. Selain daripada rasa tertekan, cepat marah dan letih malah turut menyebabkan sukar berkomunikasi. Aura akan berlanjutan selama lebih kurang 15 hingga 30 minit.

- Ia mungkin akan muncul sebelum atau selepas sakit kepala menyerang dan kadangkala kesakitan seiring dengan aura atau kesakitan tidak jadi menyerang. Migrain jenis klasik juga boleh muncul samada di sebelah bahagian kepala sahaja atau dikedua-dua bahagian.

Biasa 

- Tiada simptom aura. Ia bermula dengan kadar yang lebih perlahan daripada migrain klasik. Tempoh sakitnya lebih penjang dan kebiasaannya rasa sakit menyerang disebelah bahagian kepala sahaja.
    
Punca Migrain

Terdapat beberapa siri kajian mendapati migrain berpotensi diwarisi melalui ibubapa walaupun punca sebenar migrain belum diketahui. Namun terdapat faktor pencetus serangan ini. Jadi bolehla kenalpasti juga punca serangan migrain kepada korang ye. Antaranya ialah:
· Haid
· Merokok
· Keletihan, tekanan atau kecewa
· Puasa atau meninggalkan waktu makan
· Aktiviti yang memerah terlalu banyak tenaga
· Perubahan altitude (ketinggian)
· Perubahan tekanan barometer (tekanan udara)
· Kurang atau terlebih tidur atau perubahan corak waktu tidur
· Bau yang kuat dan tidak menyenangkan, cahaya yang terlalu terang
atau bunyi bising




Dalam hal ini punca wanita kerap didatangi migrain berbanding lelaki berikutan perubahan hormon estrogen sebelum dan selepas seseorang wanita mengalami haid. Hormon estrogen dipengaruhi oleh sejenis kimia bergelar serotonin. 

Apabila tahap serotonin dalam otak berkurangan, pengembangan salur darah dalam otak akan menimbulkan kesakitan kepada saraf yang berdekatan menyebabkan berlakunya migrain.

Wanita hamil juga turut terdedah kepada serangan migrain ini. Kes migrain kerap dilaporkan berpunca daripada tekanan emosi samada di tempat kerja mahupun dirumah. 

Bagaimana Atasi Serangan Migrain

Kebiasaanya, pesakit MIGRAIN akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit MIGRAIN yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Wanita hamil pula yang sering mengadu MIGRAIN dan pada masa yang sama mempunyai tekanan darah tinggi, ia perlu mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut kerana risiko yang boleh meragut nyawa ibu dan anak.

Untuk pengetahuan semua, pesakit MIGRAIN yang teruk boleh menyebabkan kerosakan dan kecacatan otak secara kekal jika tidak dirawat dengan segera. Ada beberapa lagi cara untuk elakkan anda dari serangan migrain.

1. Makanan dan diet

(sumber gambar google)

Makanan tertentu dijangka menyumbang 30% tau punca serangan migrain. Seeloknya elakkan makanan yang ada tulisan MSG, makanan proses atau ditinkan, minuman yang kandungan kafeinnya tinggi serta makanan yang mengandungi tiramina (sejenis asid amino yang terhasil secara semulajadi, kebiasaannya terdapat pada minuman beralkohol)

2. Ubat-ubatan
(sumber gambar google) 

Seeloknya jumpa dengan pakar perubatan daripada mengambil ubat over the counter. Sebelum amik apa-apa preskripsi, is better confirmkan dulu dengan kerana ubatan tersebut mungkin menjadi punca serangan migrain anda.

3. Simpan Diari Migrain


                                                                       (sumber gambar google) 

Ni penting juga sebab bila kita catat aktiviti dan makanan yang dinikmati setiap kali diserang migrain, dah boleh tahu apa faktor yang menjadi punca serangan migrain.

4. Amalkan Set Migrain Shaklee

Seperti yang kita tahu, pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan memudaratkan kesihatan tubuh badan untuk jangka masa panjang seperti penyakit strok dll. Sebagai alternative boleh amalkan set dibawah untuk mengatasi masalah migrain anda.

Set Migrain Terbaik Shaklee


1. B-Complex


- B-Complex memang dikenali sebagai vitamin saraf dan juga dikenali sebagai vitamin yang menenangkan, lengkap dengan 8 jenis vitamin yang sangat penting untuk membantu memelihara kesihatan dan melegakan tekanan harian


·     - Kehadiran ‘vitamin semangat’ ,Vitamin B1 (Thiamina) penting dalam mengubati kecelaruan mood malah membantu meringankan masalah sukar tidur.

·      - Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat MIGRAIN. Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress, strok dan depressi


- Vitamin B2 berperanan untuk membentuk sel darah merah, antibodi dalam tubuh dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Kekurangan tenaga juga dikatakan punca kepada MIGRAIN

- Ia berupaya merangsang pengeluaran hormon serotonin di bahagian otak atau dikenali sebagai ‘hormon gembira’. Hormon ini penting untuk melegakan stress orang yang sedang MIGRAIN

2. Ostematrix



- Terdiri dari Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mengecutkan otot dan membantu mengurangkan masalah tekanan dan kemurungan

- Kalsium dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala

- Magnesium dapat mengekalkan metabolisma Kalsium dan membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata dan membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang. Magnesium mengawal pergerakan di dalam salur darah, mengurangkan rasa sakit dan membantu melegakan sistem saraf yang stress yang merupakan punca MIGRAIN

- Vitamin D amat penting untuk penyerapan Kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh menjadi sisa/batu dalam ginjal atau pundi kencing



3. Omega Guard

·      - Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang membekalkan asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi

·     - Omega guard penting dalam mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher dan sakit kepala
·     - Ia juga bermanfaat untuk merawat penyakit sendi, gout, osteoathritis, rheumatoid athritis, asma, kanak-kanak autisme, mengurangkan level Homocysteine dikalangan pesakit kencing manis, menterbalikkan rintangan insulin, menghalang pembentukan batu karang dan sebagainya.


InshaaAllah pelaburan demi kesihatan. Kak Jar dah amalkan sendiri set migrain ni. Kak Jar kena pastikan diri sihat nak uruskan anak-anak dan rumah semua. Anda ceria, orang sekeliling semua hepiii :)
Salam sayang dari Kak Jar.
Rakan Shaklee Anda:
Hubungi Kak Ja untuk konsultansi
019-637 0570

Sunday 4 December 2016

Sambal Tempoyak Pahang




Assalamualaikum semua :)

Dah nak masuk tengahari, perut mesti dah berbunyi-bunyi lagu keroncong mintak diisik kann. hee. Nah CikJar nak bagi menu terbaik dari Pahang. Tengahari ni boleh la cari kedai ke cuba. Bagi penggemar durian harus rasa sambal ni tau. Nak masak kat umah pon sonanggg ajo. Yang penting ada TEMPOYAK la. hihi.

Cekidaut resipi ni. Ala CikJar pon belajar dari emak terchenta kat kampung. Lebiu <3

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai






Bahan-bahan:
- Ikan Bilis (dalam segenggam)
- 2 Biji Bawang besar
- 10-15 cili padi (nak lagi pedas boleh tambah lagi)
- 3 inci kunyit hidup
- Tempoyak
- Gula
- Garam

Cara-caranya:
1. Basuh dan goreng ikan bilis terlebih dahulu. CikJar suka goreng sebab nanti ikan bilis tu jadi chewy2 gitew. Tak nak goreng pon xpe.

2. Tumbuk kunyit bersama dengan cili padi kita tadi. Mak CikJar pesan kalau kita guna lesung batu kan, elok tumbuk kunyit dulu sebab kunyit ni berair sikit satgi pedih woo masuk mata. Ehe 



3. Haa. Dah siap semua, masuk dalam periuk ka, bekaih apa tak kisah semua bahan-bahan kita tadi termasuk petai. CikJar guna dua senduk tempoyak. Gaul dengan mesra semua tau. Buhla dua sudu gula, sikit garam naa.



4. Dah gaul sebati, tumis la ataih dapor masing-masing. Uish satgi makan dengan nasi panas tau, sedapppppp sangat! CikJar tak tipu, cubala dulu. Bye :)