Monday 30 September 2019

Incentive Trip Shaklee (Regional & International)

Bismillah

Siapa rasa dia tak suka melancong?

Haha jangan nak kata tak ye. Kak Jar suka jalan-jalan ni. Lagi-lagi yang free macam yang Shaklee bagi. Bayangkan anda pergi travel dan semuanya Shaklee sponsor. Haa besh kan kan. Ada 2 trip sebenarnya Regional, International / Umrah. Dan semuanya adalah beyond our imagination. Bukan trip biasa-biasa tau.

Atas cruise  ni tau. Bestnye!

Lawatan tahunan ni adalah antara salah satu pelan pampasan Shaklee untuk ahli-ahlinya yang berdedikasi serta bersungguh-sungguh menyebarkan kebaikan produk Shaklee. Malah Shaklee juga bagi peluang yang membolehkan anda dan ahli keluarga anda pergi ke destinasi hebat yang dianjurkan oleh Shaklee, tempatan dan di seluruh dunia. Best sangat kan!

Untuk insentif trip kali ini 2019/2020, International Trip Shaklee adalah di Switzerland dan Regional Trip di Korea.

Sebelum tu kita layan video trip Shaklee kali ni. Korea dan Swistzerland!




Percayalah, insentif trip Shaklee ni takkan sama dengan mana-mana trip MLM lain jadi memang kena fight untuk dapatkan trip percuma ni. Ramai yang nak tahukan apa yang bezanya peluang istimewa dari Shaklee ni bila sign up jadi ahli. Haa jom baca jap.


1. Semua Pengedar Ada PELUANG untuk trip PERCUMA

Ni pengalaman dengan MLM lain la. Masa tu mereka boleh 'beli' rank yang tinggi untuk join trip. Dah ada kena buat loan masa tu. Dari yang diceritakan, walaupun selepas itu performance mereka tidak bagus, mereka tetap boleh join trip disebabkan rank yang tinggi. Tak aci~ :(
Keluarga Jutawan

Tapi berbeza di Shaklee kerana ia begitu exclusive. Hanya yang memenuhi kriteria sahaja yang boleh ikuti trip mereka. Malah tiada rank 'seniority' kerana ia berdasarkan business performance. Dengan kata mudahnya,"Anda buat, anda dapat." Barulah adil. Betolkan semua :)


2. Dapat Free Trip Bersama Keluarga 

Uish kan ke seronok tu boleh bawak satu keluarga pergi trip sama-sama. Bonding time gitu~ PERCUMA pula tu! 

Bayangkan untuk kos seorang sahaja kita dah berkira-kira macam nak koyak kertas tulis angka. Hehe. Tu baru percutian bajet dalam negara. Mau ratus-ratus terbang. 

Trip Dubai & Umrah

Tetapi kalau trip Shaklee tak sah tak habis ribu riban seorang. Puluh ribu pon ada. Maunya dengan tiket kapal terbang lagi, penginapan 5 star lagi dan macam-macam lagi Shaklee suprise kan. Shaklee bukan sekadar business semata beyond pada tu. Its family business  too :). So work on it supaya dapat bawak satu family okey.


3. Travel Yang Sungguh-Sungguh

Trip Shaklee bagi yang international dan regional mesti lama. Kalau international trip biasanya 8 hari, manakala regional 4 hari. Pulak tu banyak tempat yang pergi. Kata suka mengembarakan, setiap hari itinerary atau jadual semua penuh. Biasa kita travel sendiri pun penat sebab banyak lagi perkara nak fikir step seterusnya. Kadang-kadang terpaksa skip-skip banyak tempat. 


4. Dapat Layanan VVIP dari Shaklee

Nak kata layanan tu memang TIPTOP Shaklee jaga. Selalu dijamukan makanan mewah-mewah, dan  selalunya balik bilik mesti dapat surprise gift atas katil bila balik hotel lepas penat berjalan-jalan atau beraktiviti. Suwiitt kan. Dah lah semua serbi ditanggung. Dapat elaun lagi tu! Kita ni pergi berlenggang je bwk barang. Kalau nak shopping je bawak duit sendiri. Lain lain semua semua takyah risau!

Umrah dapat duduk hotel depan masjid lagi


Tadaaa! Sepraisss :)

Pulak tu Shaklee ni hormat as ramai Malaysian punya leaders adalah muslim. Semua dia sediakan tempat untuk solat especially. Yelah bila travel kita nak solat mana tahu kan tempat orang. Curlass gitu.

Bukan namanya trip shaklee kalau layanan yang kita dapat bukan seperti VVIP atau tak keterlaluan kot kalau nak kata layanan mcm raja :).


5. Dapat Bonus Trip Overseas Bersama Spa TWB

Seperti yang Kak Jar mention tadi, trip shaklee setahun ada DUA (2) KALI. Satu international (boleh pilih nak umrah atau negara yang shaklee pilih untuk tahun tu) dan satu lagi regional trip. Means negara dekat-dekat. Tu yangg shaklee buat cruise ni dia pergi langkawi, penang, phuket thailand lepas tu bangkok, dan terbaru Korea.

Keluarga besar Spa TWB

Tapi bersama Projek Spa TWB, anda boleh pergi TIGA (3) KALI trip ke overseas! Haa jangan memain tau. Kat luar sana buat spa juga tapi tak dapat pun peluang nak pergi trip-trip mewah ni. 

Baca : Apa Itu Projek Spa The Walking Beauty (TWB)

Betulkannn dah alang-alang kita buat spa, tup-tup ada peluang dapat percutian mewah PERCUMA. Rugi kan tak grab.

Eksaited kan baca insentif gempak Shaklee ni. Jom sertai Spa TWB hari ini. 

Hubungi saya.


Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Saturday 28 September 2019

Pakej Pilihan Program Detox Jutawan

Bismillah


Alhamdulillah, Roket Jom Detox 15.0 dah berlepas haritu. Tak sabar nak tengok result semua peserta. Kita akan mulakan Jom Detox 16.0 pada 1 Oktober ni. Jadi anda masih berpeluang untuk mendaftar.



PROGRAM JOMDETOKS JUTAWAN yang terkini dan PALING sensasi abad ini. 


 APA YANG KAMI SEDIAKAN SEPANJANG 17 HARI PROGRAM KURUS TANPA SIKSA


⏩ Exclusive bimbingan intensif dari COACH berpengalaman
⏩ RESEPI sedap gila sepanjang program

⏩ Teknik SENAMAN semudah ABC

⏩ Langkah demi Langkah Info ilmu DETOKS sampai korang dapat berat ideal

⏩ COACH FEE serendah RM20 sahaja

⏩ Dalam program 17 HARI ini apa yang coach tahu semua peserta MESTI TURUN BERAT  BADAN dengan flow yang sangat cantik BUKAN DALAM KEADAAN PAKSAAN DAN MENYIKSAKAN. 




Anda hanya perlu memilih salah satu dari pakej dibawah untuk mendaftar program #JomDetoxJutawan.

TERBARU! BERMULA 1 OKTOBER 2019, akan ada Pakej Terbaru bagi #JomDetoxJutawan. 


Pakej #1 : Set Gold

Set Gold merangkumi produk Shaklee seperti Herblax, Alfalfa(S), Cinch Shake, DTX Complex dan Peppermint Ginger Plus 




Pakej #2: Set Platinum


Set Platinum pula merangkumi produk Shaklee seperti Herblax, Alfalfa (L), Cinch Shake, DTX Complex, Peppermint Ginger Plus dan tambahan Vivix.






Pakej #3: Set Diamond

Set Platinum pula merangkumi produk Shaklee seperti Herblax, Alfalfa (S), 2 Canister Cinch Shake (Choc/Vanilla), DTX Complex, Peppermint Ginger Plus dan Vivix.






Perbezaan Set Gold dan Set Platinum



Jika anda baca entry Kak Jar, Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus, selain penekanan kepada diet pemakanan, Detok Shaklee membantu organ penting anda untuk menjalankan tugasnya dengan lebih efisyen.


Nampakkan beza antara dua (2) set di atas ni. Set Platinum Detoks ni boleh selesaikan banyak masalah kesihatan anda berbanding Set Gold sebab kita ada Vivix! :). Tengok table di bawah ni polifenol yang ada dalam kandungan Vivix sangat penting untuk detoks secara holistik. Baca : Keistimewaan Vivix Shaklee




Yang Terlibat Tujuan Detoks Nutrisi Detoks
PEPARU
Mengeluarkan gas seperti karbon dioksida
Polifenol
SISTEM PENGHADAMAN
Kolon mengeluarkan bahan buangan dari badan melalui pergerakan usus
Peppermint (anti-microb, anti-virus, anti-inflamasi), Halia (gingerol), Daun senna
BUAH PINGGANG
Menapis kotoran dan air dari darah untuk membentuk air kencing
Polifenol,Dandelion (Antioksidan, beta carotene, zinc, zat besi etc)
KULIT
Mengeluarkan toksin berlebihan melalui peluh dan liang roma
Polifenol,Alfalfa(Vitamin K,A,E)
HATI Meneutralkan toksin dan menapis darah
Alfalfa(Klorofil),Milk Thistle(Flavonoid),Schizandra Chinensis,Cendawan Reishi(Antioksidan),Artichoke(Cyanarin,Slymarin),Kunyit(Anti Inflamasi,antioksidan),Dandelion(Antioksidan,beta-carotene,zink,zat besi, etc)




InsyaAllah korang pasti kurus sihat bila ikut betul-betul FORMULA program ini.

Jika berminat, jom sahut cabaran kurus dengan JOM DETOKS JUTAWAN.

Hubungi saya untuk dapatkan Set Detoks Shaklee anda.


Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Friday 27 September 2019

Detox Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan

Bismillah


Alhamdulillah terima kasih kerana sudi singgah blog Kak Jar :). Mungkin masih ada yang keliru lagi tentang detox ni. Haa takpe takpe. Hari ni kita santaiiii baca kisah peserta-peserta #JomDetoxJutawan ni.

Dah baca entry dulu? Klik baca sini : Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus

Ramai je yang kata detox ni untuk kurus semata. Walhal badan kita ni sentiasa berfungsi untuk menghilangkan toksin dan perkara yang tidak diingini daripada pelbagai sistemnya. Dari semasa ke semasa, tubuh badan mungkin dapat mengelak daripada pilihan makanan yang tidak sihat, alkohol, kafein, ubat, tekanan, dan toksin alam sekitar yang merupakan sebahagian daripada kehidupan zaman moden sekarang. 

Melalui detox Shaklee, banyak masalah kesihatan yang dapat di selesaikan. Ini kerana kita akan support our organ-organ penting untuk bekerja dengan lebih efisyen lagi dengan nutrisi dari produk Shaklee. Sebab itu saya katakan Detox is More daripada nak kurus semata. 

Ia adalah PELUANG KEEMASAN bagi tubuh badan anda berehat dan melakukan 'pembersihan' dan 'penyembuhan diri' dengan pemakanan yang betul, exercise regularly and suppliment wisely. Reset badan anda untuk menjadi lebih sihat, lebih bahagia dan lebih bersemangat!


Jadi, Apa Masalah Yang Detox Boleh Selesaikan?

Kak Jar nak share pengalaman peserta #JomDetoxJutawan yang lepas dengan anda. 

1. Mengurangi risiko masalah hormon. 



Biasanya masalah hormon ni banyak terdapat pada wanita. Hormon utama wanita iaitu estrogen , progesteron dan testosteron. Masalah hormon ini berkait rapat dengan berat badan atau obesiti, perasaan, penyakit, kecantikan serta tenaga.



Ini antara peserta yang mempunyai masalah hormon. Antara masalah hormon yang dihadapi adalah PCOS atau Sindrom Ovarium Polisistik (PCOS). Ia adalah gangguan hormon yang biasa berlaku di sistem reproduktif kalangan wanita. 

Wanita dengan PCOS mungkin mempunyai tempoh haid yang tidak kerap atau berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan. Akibatnya, agak sukar bagi seorang wanita untuk mendapatkan cahaya mata kerana ovarium dapat mengembangkan banyak kumpulan kecil cairan (folikel) dan gagal melepaskan telur secara teratur [1].


2. Meningkatkan Keyakinan Diri dan Kekuatan Diri


Kita mesti rasa kurenggg apabila orang main bedal je cakap PERUT KITA YANG CHUBBY tu ada anak. Panggg! Mau melayang barang kat tangan kan. Tetapi inilah pengalaman peserta Detox Jutawan, Along Munira Ramli. Beliau Memang patutla wei. Orang kata kat Along Munira Ramli. Beliau rupanya mengandung lelemaks bertahun-tahun sampaikan orang ingat dia yang masih solo menunggu kehadiran cahaya mata. Erkk.


Ceria je kan tuan badan dah bertukar saiz :)



Yang ni Master Ira, kira pangkat great great grandmother saya dalam Shaklee. Pangkat je tua, tapi orangnya muda gitu macam anak dara tauuu :) . Pernah jumpa masa Shaklee Convention Di Sunway. Dan orangnya memang kecil molek. Kita tengok berat 53kg macam dah kurus je kan. Oh no no. 


Oleh itu, beliau nekad untuk dapatkan inchloss dan hasilnya, beliau bertambah yakin dengan bertukar kepada saiz S daripada saiz L.


3. Meningkatkan Kualiti Hidup

Apabila ibu bapa kita meningkat usia emas, tidak ada yang lebih menggembirakan daripada nikmat kesihatan yang baik. Ini berlaku kepada peserta detox kami yang berusia 65 tahun. Bermula dengan melihat si ibu yang mempunyai macam macam penyakit membuatkan hatinya sedih lalu ingin mencuba detoks buat ibunya. 

Alhamdulillah, selepas seminggu detoks, ini respon pada badan si ibu.

" Sakit kepala makin kurang. Kalau dulu, dari tengah malam sampai ke pagi akan sakit. Dulu susahnyaaa nak membuang. Asyik sembelit. Sekarang sangat lancar. Hari hari membuang. Sakit dalam perut pun makin berkurang. Tangan selalu rasa kebas dan keras. Sekarang pun dah kurang. Dah boleh luruskan jari tanpa rasa sakit pun. Kaki ke pinggang pun dah tak sakit bila berjalan." 


Betapa kualiti kesihatannya makin bertambah. Si ibu tak rasa terlalu penat dah. Malah diri makin cergas.

Masyaallah. Banyaknya faedah detoks pada si ibu.  Banyak pahala si anak dapat kan bila ajak ibunya detoks.

Mak ayah anda ada masalah kesihatan? Jom cuba detoks :)


4. Simptom Gastrik Berkurangan


Pedih ulu hati adalah salah satu tanda anda mempunyai gastrik selain muntah-muntah. Ia merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam. Secara tidak langsung ia menyebabkan rasa seakan-akan terbakar di bahagian dada atau tekak. 

Syukur alhamdulillah detoks berjaya mengurangi tanda-tanda gastrik itu.


5. Kulit Wajah Bertambah Berseri dan Bersinar

Ingatkan dalam entry dahulu Kak Jar pernah info, kulit yang merupakan agen detoks terbesar anda akan mendapat perbezaan paling ketara? 



Nahh inilah antara bukti-buktinya :). Kulit kusam atau kulit yang mempunyai iritasi ni berpunca dari diet atau kotoran yang tidak sihat, bahan pencemar, dan bahan kimia yang terkumpul didalam kulit. Tu yang jadi breakout kulit muka. Huhu.


Berseri-serinya kulit dia :)


Sebenarnya, aabila anda detoks, secara tidak langsung kulit anda akan mengeluarkan kekotoran, bahan-bahan pencemar, dan sel kulit mati untuk membantu memperbaharui dan menghidupkan semula kulit anda. Syukurlah, anda telah berjaya untuk detoksifikasi kulit anda dari dalam iaitu dengan Detox Shaklee. Yeayy!


Jadi anda bersedia untuk selesaikan masalah kesihatan anda dengan detoks? Ini baru sebahagian sebenarnya tau :). Belum muncul lagi yang lain. Jom sertai kami hari ini juga. Preview Detoks pon ada disediakan untuk anda fahami lebih lanjut tentang program #JomDetox ni.

Hubungi saya di link ni www.wasap.my/60196370570.

Salam Jutawan,

Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam



Rujukan :
[1] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/symptoms-causes/syc-20353439

Thursday 26 September 2019

Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus


Bismillah


"Biarlah, nak buat macamana, suami saya memang susah nak kawal makan."

"Isteri, biasalah, dah beranak dan menyusu memang akan gemuk. Nak paksa suruh kurus, sian pulak. Gemuk pun saya tetap sayang dia."



Biasa dengar kan perbualan ala-ala macam diatas ni kan. Inilah dia sayang-sayang gemukkan. Lepas tu dapat penyakit tinggal-tinggalkan. ADUHH, janganla macam tu. Ni nak cerita sikit. Tahu pasal kolestrol tinggi tak?




If nak tahu sudah sekian lama, inilah antara salah satu penyakit tak berjangkit yang saban tahun meningkat statistik dengan jayanya. Tiada yang akan sedar dan mengaku dia tak sihat dan berada di ambang bahaya. Jangan ignore keadaan yang menyebabkan penyakit tak berjangkit ni, sebab sakit macam ni makan dalam tau! Kurus ke gemuk ke risiko nya tetap ada okay.


Detoks Perlu Untuk Hati Anda


Kolesterol adalah lemak yang diproduksi oleh hati dan sangat penting untuk fungsi tubuh. Ia secara semulajadi terdapat dalam dinding sel atau selaput di mana-mana di dalam tubuh, termasuk otak, saraf, otot, kulit, hati, usus, dan jantung. Namun, kolesterol tinggi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit. Bermula dengan pengambilan sugar dan carbs yang tinggi, seterusnya lebihan menjadi lemak didalam hati (Fatty Liver) yang menjadi precursor kepada penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi. 


Sebab itu bila ada yang kata tak perlu la detoks detoks bagai, dah kurus ni. Buat apa kan. Ini sama seperti analoginya sebuah kereta. Bayangkan, kereta anda kotor pada luar berhabuk..mana tak nya ada yang terpaksa lalu jalan kilang, kawasan pembinaan mestila tercemar betul. Anda pon hantar pergi carwash. Kasi kilat itu luar. Wax tayar semua.


Eh, bukak je pintu kereta uwekkk lipas merata-rata bawah lapik alas kaki. Dengan seat yang kotor anak buat tumpah air lagi masyammmm aih. Mesti tak sanggup nak naik. Apa action kita, ofkos la pergi cuci betul. Tu belom kira yang didalam enjin lagi :)


Hopefully analogi Kak Jar membantu anda untuk lebih memahami pentingnya detoksifikasi ni. Begitula ibarat badan kita hari-hari bagi mandian sabun, syampu supaya terjaga tapi kita bagi macam-macam pada badan kita yang kerja hari-hari tanpa henti untuk 


Detoks Untuk Yang Inginkan Wajah Sinar Berseri

Apabila anda memikirkan detoks, perkara-perkara pertama yang kita ingat adalah penurunan berat badan, dan mengeluarkan semua benda 'buruk' dari badan. Tetapi adakah anda tahu bahawa organ terbesar badan anda, iaitu KULIT anda, boleh mendapat manfaat fizikal yang ketara dari detoks?

Kulit kusam atau kulit yang mempunyai iritasi ni berpunca dari diet atau kotoran yang tidak sihat, bahan pencemar, dan bahan kimia yang terkumpul didalam kulit. Syukurlah, ada cara untuk detoksifikasi kulit anda dari dalam iaitu dengan Detox Shaklee. Wehuuu! Untuk sokongan dari luar pula, saya cadangkan Set Kecantikan Shaklee iaitu Youth.






Sebenarnya, aabila anda detoks, secara tidak langsung kulit anda akan mengeluarkan kekotoran, bahan-bahan pencemar, dan sel kulit mati untuk membantu memperbaharui dan menghidupkan semula kulit anda. Bagusnya, kulit anda boleh berfungsi dengan normal serta kelihatan dan berasa lebih baik. Malah, detoksifikasi kulit yang baik dapat membantu anda mengurangkan kemerahan, kekeringan, dan dari mengelupas tau! :)


Detoks Perlu Untuk Kesihatan Menyeluruh

Memetik artikel dari sumber Berita Harian, Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tang Sri Lam Thye, berkata depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga.

Tambahan lagi, kita sendiri tahu bahawa pelbagai gaya hidup dan keadaan persekitaran yang boleh menyebabkan atau tercetusnya tekanan keradangan, termasuk merokok, diet yang tinggi lemak, tinggi karbohidrat, obesiti, radiasi, dan juga pendedahan kepada toksin.


Dalam Detoks Shaklee, penekanan mealplan atau diet panduan pemakanan yang diberi bertujuan untuk MENGUBAH LIFESTYLE (GAYA HIDUP) anda kepada yang lebih sihat disamping tambahan nutrisi dari produk Detox Shaklee yang menyokong proses detoks badan.





Dengan menyokong sistem pencernaan anda melalui pemakanan diet seluruh makanan yang penuh dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda akan membantu mengurangkan keradangan atau inflammation yang boleh mendatangkan pelbagai masalah.


Ubah lifestyle, Detoks Dan Senaman

Nampak kan, bukan sekadar kurus je detoks ni. Mood pon bertambah baik bila kita 'flush out' semua 'racun' pada badan yang boleh selama ni menjejaskan fungsi otak. Keadaan mental dan emosi turut akan jadi lebih baik, pemikiran yang jelas dan tenaga juga bertambah. Melalui detoks juga sistem imun bada bertambah kuat.


Jadi mengerti iya abang dan kakak semua, itu la tujuan kita detox ni bukan sekadar kurus sahaja tetapi dapat mengembalikan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Dan kita sepatutnya tekankan untuk amalkan gaya hidup sihat supaya BILA KITA SIHAT KITA TERPAKSA KURUS. Iye kan kan kan. :)



Maka, ubah la lifestyle kita kepada kehidupan yg lebih sihat. Menjaga pemakanan , detoks dan melakukan senaman demi kesihatan.



Hubungi saya.


Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Tuesday 24 September 2019

Saya Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Bismillah

Ehe seronok nak sembang topik ni. Teringat lagu Tegar penyanyi cilik dari Indonesia.

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang 'ku disayang
Dulu, dulu, dulu 'ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu 'ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada Yang Mahakuasa
Memberi jalan untukku semua


Itu antara petikan lirik lagu dia kan. Bila baca lirik dia ada pesan bersyukur pada Yang Maha Kuasa, memberi jalan untuk ku semua.

Alhamdulillah syukur padaNya yang memberi jalan untuk saya menyertai Projek Spa The Walking Beauty (TWB) di bawah Master Ainul Shahrazad. Throwback gambar terima sijil uolss. Curlasss gitu. Haha abaikan kemontelan sebab pregnant anak ke-3 datang buat training spa.




Projek Spa TWB ni the moment bila kau nak perkenalkan tentang spa kau pada orang, praktikal pada orang lain, dapat customer lagi subhanallah. Its a BIG WOWWWW untuk saya. It has been so long kenanjumpa customer selalu ni. Last masa kerja property 4 tahun dulu, turun naik bangunan jumpa owner rumah, attend client la..dan macam-macam lagi kerja.

Seronok! TWB gives you macam SUPERNATURAL forces untuk you move ke depan.

It wouldn't be so easy to confront people, nak usik-usik muka dia lagi. Ada beran? Haha. By believing in yourself, what you gain dalam TWB, you can make anything happen. Magiknya Kak Jar menjadi lebih PERCAYA DIRI. AKU PASTI AKU BOLEH BUAT APA SAHAJA.

I am a proud housewife yang boleh buat apa saja.

Ya, cakap gitu pada diri sendiri tau. Senyum. So Kak jar nak share apa kelebihan Projek Spa TWB ni yang anda pon mesti join sama.

Kelebihan SPA The Walking Beauty

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, betul ke Spa TWB banyak sangat reward tak macam spa lain  kat luar sana. Baca : Spa Shaklee TWB

BIG YESS! Haa sangat berbeza. Inilah kelebihan bisnes Shaklee yang telah dijadikan sebagai main sistem Spa TWB. Selain daripada itu, banyak lagi kelebihan Projek Spa TWB ni.

Baca juga : Testimoni Alumni TWB_Hari-hari Buat Duit Dengan Spa 


Nak menjadi sebahagian dari team kami, hubungi saya tau :)

Salam Jutawan,


Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

Monday 23 September 2019

Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus Sihat

Bismillah

Alhamdulillah terima kasih kerana sudi singgah blog Kak Jar. Entry kali ni saya akan kongsikan mengenai kenapa anda perlu detox jika nak kurus. 


detoks shaklee, detox jutawan
Mungkin ada yang selesa dengan keadaan diri sekarang. Namun terdapat banyak risiko sekiranya anda mempunyai berat berlebihan atau overweight. 

Jadi macam mana nak tahu sama ada anda overweight atau obesity?




Anda boleh refer pada calculation dalam gambar ni. Ini kerana pelbagai masalah kesihatan yang akan datang sekiranya anda adalah memegang title tersebut. Antaranya penyakit jantung dan masalah kardiovaskular, Diabetes jenis 2, Osteoarthritis, lutut kronik dan kecederaan belakang dan lain-lain lagi.


Nauzubillahiminzalik. Moga kita semua dijauhkan dari mendapat penyakit-penyakit macam ni. Apa yang 'buruk' sanagat dalam berat badan kita ni sampai semua penyakit boleh hinggap? Itulah dia lebihan lemak dalam badan atau excess bodyfat yang selalu mendatangkan penyakit metabolic seperti di atas.


Selain daripada itu, setiap hari badan kita terdedah kepada pendedahan toksik yang semakin meningkat menyebabkan perubahan dalam tahap kesihatan tubuh badan kita. Sampaikan kita sendiri tidak sedar bahawa badan kita sebenarnya telah 'tercemar' dengan bendasing-bendasing sejak dari kecil. Ironinya, kita tidak dapat lari dari toksinn kerana ia boleh datang dari sumber bekalan makanan, sumber air minuman kami malah dari udara yang penuh dengan asap-asap.

Oleh kerana itu detox (cleansing) perlu jika anda ingin kurus sihat. Bukan kurus semata tau kerana diet detox adalah strategi diet yang popular untuk penghapusan toksin dan penurunan berat badan, serta mempromosikan kesihatan yang lebih baik.


Tapi adakah cukupkah dengan diet sahaja?

Sekiranya anda hanya berdiet sahaja, anda bukan sahaja mengurangkan kalori untuk mengecilkan badan, malah menjadikan toksin lebih tertumpu didalam badan anda. Bagi mengelakkan kerosakan jangka masa panjang kepada organ-organ dalaman, tubuh anda akan melindungi diri dengan menghasilkan lemak dan air untuk menutupi mereka. 

Ini kerana tubuh manusia tidak dilengkapi cara untuk berurusan dengan toksin. Apabila ia berlaku, tubuh anda akan mula menyimpan lebih banyak lemak badan dan air dan  inilah punca mengapa ramai orang berhenti kehilangan berat badan atau mendapat semula berat mereka dengan cepat (re-bound).

Bagaimana Pembersihan Melalui Detox Shaklee membantu?


Detox Shaklee bermula dengan mengoptimumkan pengunaan nutrien yang berfungsi di peringkat selular lagi. 



Kesan daripada toksin yang terus menerus masuk membebankan lagi organ-organ dalam untuk bekerja. Akibatnya, pengurusan detoks semulajadi badan menjadi semakin lemah kerana penuaan serta ia tidak disokong dengan nutrien penting.


Nutrisi Untuk Detoks



Nutrien-nutrien yang penting ini akan membanjiri badan dan membenarkan badan untuk memecahkan dan mengeluarkan toksin yang tidak sihat supaya dapat dikeluarkan dari tubuh secara semulajadi. Apabila toksin hilang, penyimpanan lemak dan air tidak diperlukan lagi maka ia boleh mengakibatkan penurunan berat badan yang cepat dan selamat.



Inilah rahsia Detoks Shaklee kerana kita menjalankan detoks holistik iaitu secara menyeluruh melibatkan semua organ-organ penting selain penekanan kepada senaman, suplimen yang betul dan pemakanan yang sihat untuk kesan yang lebih efisyen. 

Baca : Set Detoks Shaklee 

Ingatlah bila anda sihat apa pun aktiviti seharian anda akan menjadi mudah. InsyaAllah, SIHAT adalah keutamaan kita. Apabila misi anda untuk SIHAT terlaksana secara tak langsung berat badan anda mudah senang tuk diselia kawal dengan permakanan terbaik. Kurus itu adalah BONUS. Jadikan ia amalan gaya hidup sihat itu tujuannya.


Hubungi saya untuk dapatkan Set Detoks Shaklee anda.


Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

6 Risiko Anda Terpaksa Hadapi Jika Obesiti.

Bismillah

Actually banyak risiko yang terpaksa kita hadapi sekiranya berdepan dengan masalah berat berlebihan atau obesiti.


Antaranya [1]:


1. Penyakit jantung dan masalah kardiovaskular:

Obesiti boleh menjejaskan kesihatan jantung anda dalam pelbagai cara. Apabila ia datang kepada penyakit jantung koronari, risiko semakinbmeningkat apabila berat badan anda meningkat. Penyakit jantung koronari terjadi disebabkan pembentukan plak di dalam arteri koronari anda. 

Arteri ini penting untuk kesihatan kerana ia berfungsi membekalkan darah yang kaya dengan oksigen ke dalam hati anda. Obesiti juga dikaitkan secara langsung dengan kegagalan jantung, kerana jantung anda tidak dapat mengepam jumlah darah yang diperlukan oleh tubuh anda.

2. Diabetes jenis 2: 

Diabetes adalah keadaan kronik yang mengubah cara tubuh memproses darah, gula, atau glukosa. Diabetes jenis 2 adalah bentuk kencing manis yang paling biasa dan biasanya berlaku pada orang yang berlebihan berat badan. Sekiranya anda mempunyai diabetes jenis 2 tubuh anda tidak berupaya untuk memecahkan insulin dengan betul. Diabetes adalah salah satu sebab utama kematian awal, buta, dan strok.

3. Beberapa bentuk kanser 

Penyelidikan kanser dunia mengatakan bahawa kira-kira 20% kes kanser di Amerika Syarikat dikaitkan dengan berat badan, diet tidak sihat, penggunaan alkohol yang berlebihan, atau boleh dicegah. Berat badan berlebihan meningkatkan peluang untuk  kanser payudara, buah pinggang, pankreas, kolon dan rektum, esophagus, dan kanser endometrium.

4. Osteoarthritis

Osteoarthritis disebabkan oleh penuaan sendi dan obesiti. Pada asasnya, berat badan yang berlebihan meyebabkan lebih banyak ketegangan pada sendi anda. Malah fungsi rawan sendi anda juga semakin merosot jika anda mempunyai osteoartritis, 

5. Tidur Apnea

Keadaan ini berlaku jika kitaran pernafasan anda berubah semasa anda sedang tidur. Kebanyakan orang yang mempunyai keadaan ini akan mempunyai lebih banyak bunyi sementara mereka bernafas ketika tidur. Keadaan ini dikaitkan dengan obesiti kerana ia lebih biasa pada orang yang mempunyai lebih banyak lemak yang disimpan di leher mereka. Lebihan lemak menjadikan udara lebih sempit dan bernafas lebih sukar.

6. Lutut kronik dan kecederaan belakang

Oleh kerana berat badan yang berlebihan yang terdapat pada badan orang gemuk terdapat peningkatan ketegangan pada tulang, otot, ligamen, sendi, dan organ tubuh. Ini boleh menyebabkan banyak kesakitan dan kesakitan kronik di kawasan seperti belakang, lutut, dan lain-lain. Ini juga menjadi punca kepada sakit arthritis lutut, osteoporosis, cakera bulging, lordosis, patah tulang, dan sebagainya.


Sumber Rujukan :
[1] https://www.braceability.com/blogs/articles/overweight-obese-bmi-calculator

Saturday 21 September 2019

Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal


Bismillah

Tajuk posting kali ni macam auch sakitnya tu disini didalam hatiku..hihi. Kak Jar teringat posting dalam entry sebelum ni.




Baca : Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB

Ceritanya adik ni diberi elaun RM400 sebulan dan bekerja dari jam 10 pagi hinggalah jam 10 malam. Walaupun dia hanya membuat praktikal disana namun waktu bekerjanya adalah 12jam! Lebih beberapa jam daripada waktu bekerja biasa. Masa saya praktikal dulu pun elaun lebih kurang juga tapi takde la sampai kena kerja sampai ke malam. Duhh.

Iya, itulah realitinya. Mungkin ada diantara kita yang sebelum ini memang gaji rendah. Bila rendah dan banyak komitmen, rasa agak terbeban dengan gaji kecil. Bila nak berbelanja, makan sedap pun akan terpaksa tahan diri walau nakkk sangat. Sebab apa? sebab kita takut kurang duit dan sengkek di hujung bulan (sebab ada yang gaji awal bulan, keluar duit bayar sini sana dan sebagainya).

Pengalaman Kak Jar masa menetap di Shah Alam dulu tahun 2012-2015. Walaupun masa tu fresh graduate, kerja bidang Engineering dengan gaji sekitar RM2k - RM3k tak dapat nak menyimpan sangat. Kekeke. Tapi betulkan. Komitmen lain macam kereta, pinjaman belajar, belanja harian dan lain-lain.

Cuba kita tengok pada keadaan diri kita sekarang. Andainya kita bekerja, adakah gaji anda cukup setiap bulan untuk buat simpanan 20% dari gaji secara konsisten. Adakah simpanan kita mencecah RM50k selepas bekerja 5 tahun? Kalau ada Alhamdulillah. Kalau sebaliknya? Nak simpan macam mana kalau nak makan pun belum tentu cukup. Sampai orang KWSP cakap (Sumber MalaysiaKini ) :

1) "65% orang Malaysia cuma ada simpanan kurang RM50,000 bila umurnya 54 tahun". 
Maknanya, majority rakyat Malaysia nak simpan RM150 sebulan pun payah.

2) "70% habiskan duit pencen kurang drpd 30-hari". 
Agak-agak, bagaimana nak survive baki umurnya yang masih 10-30 tahun lepas tu?

Kos hidup yang semakin meningkat pada hari ini nampaknya sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Mana tidaknya, gaji RM3000 dan kebawah sudah dikira sebagai miskin bandar jika anda menetap di bandar raya. ( Sumber Sinar Harian : Gaji RM3,800 sebulan tidak cukup tampung kehidupan di bandar )


4 Sebab Kenapa Anda Kena Mulakan Bisnes Awal

Even there is no golden rule yang mengatakan bila perjalanan berbisnes ni namun terdapat kelebihan bagi yang bermula awal. Dari sumber sesawang Entrepreneur.com, terdapat EMPAT sebab mengapa anda harus memulakan perniagaan anda semasa anda masih muda.

1. Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya

Biasa dengarkan pepatah ni. Ya, memang anda mungkin akan gagal beberapa kali sebelum menang besar. Walaupun begitu, anda akan belajar dari kesilapan untuk langkah besar seterusnya. Teringat kisah seorang peraih sawit. Bermula dari pekerja biasa sekarang memiliki lori-lori sawit yang beberapa tan dan beliau juga nyaris disaman kerana tak mempunyai lesen pada awal perniagaannya.

2. Kurang Perkara Yang Dipertaruhkan

Bila memulakan perniagaan, kebanyakannya memerlukan modal kewangan yang besar. Berbeza apabila kita masih muda, umumnya kita mempunyai tanggungjawab yang lebih sedikit. Malah tiada desakan dari mana-mana pihak melainkan pengorbanan masa yang dituntut bagi menjaga perniagaannya.



3. Aset Jangka Masa Panjang

Sekiranya dilakukan dengan betul, perniagaan boleh menjadi salah satu aset jangka panjang terbaik yang boleh anda bina. Letakkan masa sekarang, untuk membuat pendapatan pasif untuk sepanjang hayat anda.

Jika anda mengenali Ikon Mohd Ali, CEO kepada Ally Group Of Companies, beliau berjaya mempunyai 200 buah hartanah pada usia 27 tahun. Muda kann. Dah tu banyak pulak properties. Namun, beliau bekerja sambilan seawal usia 10 tahun sebagai seorang pelayan restoran untuk mendapatkan duit poket tambahan. Oleh sebab itu anda perlu bermula seawal mungkin. Walaupun ia sukar, membina aset jangka panjang selalu bernilai.

4. Anda akan mendapat rasa "dunia nyata"

Memulakan perniagaan adalah cara terbaik untuk mendapatkan pendidikan "dunia sebenar" anda. Masa tu tiada guru atau pengurus yang memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda perlu membuat idea, rancangan pemasaran, matlamat penggalangan dana, menyewa pekerja dan banyak lagi. Apabila anda membuat kesilapan, tidak akan ada sesiapa pun untuk back-up anda. Pelajaran ini tidak ternilai, dan hanya boleh dipelajari dari pengalaman.


Bonus Tambahan!


Saya tahu ramai yang masih menyimpan hasrat nak jadi usahawan.

Ada yang nak tambah pendapatan, bantu suami, bantu ibu bapa, nak berdikari, nak selesaikan hutang, nak buat simpanan... dan lain-lain.

Saya nak offer pada anda..MULAKAN BERMULA BISNES DENGAN MODAL KECIL DAHULU IAITU RM65.


Anda akan nikmati:

✅ Layak terus menjual dengan keuntungan 25% (belum masuk bonus)
✅ Bimbingan tentang produk & copywriting serta marketing yang up to date.
✅ Support group yg membantu anda berjaya
✅ Kursus bisnes & pemasaran online percuma dari otai bisnes yg dah berjaya.
✅ Pasif Income Unlimited Reward 3C

Ya betul, hanya bermula dengan serendah RM65 sahaja.


Atau

Anda juga boleh memilih untuk bersama kami dalam Projek Spa Bergerak : The Walking Beauty dimana kami 100% menggunakan produk dari Shaklee yang diyakini SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. 

Baca : Kursus Spa Termurah Dipasaran dan Kelebihan Bisnes Spa TWB






Sejujurnya, tidak pernah terlambat untuk memulakan perniagaan malah seawal SPM sekali. Walau bagaimanapun, terdapat masa yang optimum - dan dalam masa muda anda. Jadi keluar dari sana dan dapatkan kerja!

Hubungi saya.


Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam