Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Sunday, 4 December 2016

Sambal Tempoyak Pahang




Assalamualaikum semua :)

Dah nak masuk tengahari, perut mesti dah berbunyi-bunyi lagu keroncong mintak diisik kann. hee. Nah CikJar nak bagi menu terbaik dari Pahang. Tengahari ni boleh la cari kedai ke cuba. Bagi penggemar durian harus rasa sambal ni tau. Nak masak kat umah pon sonanggg ajo. Yang penting ada TEMPOYAK la. hihi.

Cekidaut resipi ni. Ala CikJar pon belajar dari emak terchenta kat kampung. Lebiu <3

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis dengan Petai






Bahan-bahan:
- Ikan Bilis (dalam segenggam)
- 2 Biji Bawang besar
- 10-15 cili padi (nak lagi pedas boleh tambah lagi)
- 3 inci kunyit hidup
- Tempoyak
- Gula
- Garam

Cara-caranya:
1. Basuh dan goreng ikan bilis terlebih dahulu. CikJar suka goreng sebab nanti ikan bilis tu jadi chewy2 gitew. Tak nak goreng pon xpe.

2. Tumbuk kunyit bersama dengan cili padi kita tadi. Mak CikJar pesan kalau kita guna lesung batu kan, elok tumbuk kunyit dulu sebab kunyit ni berair sikit satgi pedih woo masuk mata. Ehe 



3. Haa. Dah siap semua, masuk dalam periuk ka, bekaih apa tak kisah semua bahan-bahan kita tadi termasuk petai. CikJar guna dua senduk tempoyak. Gaul dengan mesra semua tau. Buhla dua sudu gula, sikit garam naa.



4. Dah gaul sebati, tumis la ataih dapor masing-masing. Uish satgi makan dengan nasi panas tau, sedapppppp sangat! CikJar tak tipu, cubala dulu. Bye :) 

Wednesday, 5 November 2014

Hanya Yang Tebaik Untukmu




Ehem..ehem~sakit tekak pulak tengahari ni. Nak mintak di isi la tu..

Korang ada kawan baik yang selalu kongsi cerita sama-sama? Best kan..:D. Seriously dari sekolah rendah sampai la ni kami still contact lagi. Bukan apa..Teringat kisah saya dan kawan. Kami sama sama berazam untuk menyusukan anak kami apabila lahir.

Dari awal kehamilan sehingga la sekarang kami masih bersama. Saling menyokong satu sama lain agar tidak mudah putus asa dalam menjayakan misi kami. Bezanya saya dengan dia adalah saya mengambil suplemen tambahan iaitu ESP, Alfafa, Ostematrik, B Complex, Vitamin C dan juga Vitalea. Ia adalahn untuk membantu saya untuk kekal cergas dan bertenaga, susuibu pekat dan tidur yang lena.

hamil, shaklee, susu meriah


Suatu hari, ketika kami sama sama melakukan rutin mengepam, dia dengan malu malu bertanya kenapa saya masih kekal aktif, bertenaga dan tidak langsung kelihatan penat berbeza dengan apa yg dia alami.
Jadi saya cadangkan dia mengambil suplemen seperti saya. Dan hari hari yang dilalui kawan saya berbeza dari sebelum ini. Datang ke pejabat dengan wajah ceria, sentiasa aktif dan kekal cergas sepanjang di pejabat. Paling saya terkejut, dia juga mampu meneruskan kembali minatnya dalam mengambil tempahan kek dan pastri. Menjahit pun iye~ hihi. aktif orangnye..

Ini lah kegembiran yang tidak terhingga bila mampu membantu kawan yang ada masalah di samping menyokong usahanya untuk memberikan yang terbaik untuk si manja beliau.

Tahu tak apa misi saya?

Skema kan? hihi. Misi saya adalah membantu lebih ramai ibu menjayakan misi menyusukan anak mereka dengan susuibu dan membantu mereka untuk kekal cergas dan bertenaga.

Jika anda ada masalah yang sama, tolong la hubungi 019-6370570 dan bantuan dan khidmat nasihat yang terbaik dari saya untuk anda