Showing posts with label set resdung shaklee. Show all posts
Showing posts with label set resdung shaklee. Show all posts

Friday, 21 April 2017

Sihat Dengan Set Resdung Shaklee

Aritu Kak Jar ada share 9 Punce Resdung kan. Hari ni nak share apa simptom dia. Haa bagaimana kita nak tahu kita ni ada resdung atau tak?

Kenapa nak kena tahu?

Yelah...

Nak kena tahulah kan...supaya kita boleh rawat masalah resdung kita sebelum ia parah.

Dan semoga dengan cara kita jaga kesihatan selepas itu boleh elak kita dari terkena resdung secara berulang.

Di sini saya kongsikan dengan kawan-kawan mengenai simptom resdung ye.

Cuba cek. Ada ke simptom ini? Atau ada ke orang sekeliling ada simptom ini?



         10 SIMPTOM RESDUNG YANG KITA PERLU TAHU         

1. Hidung selalu tersumbat
2. Hidung selalu meleleh macam air paip
3. Lendir dari hidung dan tekak
4. Sakit atau rasa berat muka terutamanya kawasan antara mata
5. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
6. Demam atau rasa tak sedap badan yang berpanjangan
7. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung, dan sebagainya.
8. Jerawat yang banyak bukan hanya di muka tapi juga di belakang badan
9. Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
10. Kerap sakit kepala. Berdenyut-denyut dan lagi teruk dirasai apabila sujud.

Haaa. Ada salah satu simptom di atas?

Kemungkinan besar kita alami resdung. Bantu untuk baik pulihnya sebelum ia parah.


Ini kerana resdung ni jika tidak dirawat dengan cepat akan memberi impak serius sama ada pesakit itu kanak-kanak atau dewasa tau. Kalau

a. Kanak-kanak

Kesan resdung kepada kanak-kanak ia boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah.

Kes paling teruk, boleh menyebabkan buta.

b. Dewasa

Resdung kronik boleh mengakibatkan nanah bertakung dalam ruang sinus frontal.

Jika nanah tidak dikeluarkan, ia akan dipenuhi kuman.

Akibatnya, bakteria boleh memasuki otak dan mengakibatkan jangkitan pada otak atau meningitis.

Jika dibiarkan boleh membawa MAUT.


TIPS CEGAH DAN BAIKPULIH RESDUNG

Haaa dah banyakk yang saya kongsi mengenai resdung kan. Antaranya adalah;

1. Hindari daripada memelihara haiwan berbulu

2. Elakkan guna sarung bantal, cadar dan selimut berasaskan bulu binatang.

3. Kerap  bersihkan permaidani

4. Pakai penutup hidung semasa berkemas rumah

5. Minum air dalam kuantiti banyak sama ada air suam atau mineral

6. Lap muka dengan tuala basah dan air suam dengan kerap

7. Kurangkan atau hindarkan dari makanan laut seperti udang, kerang dan sotong.

8. Makan makanan yang nutrisi lengkap.


Seperti yang kita tahu...PUNCA UTAMA resdung ni berlaku juga disebabkan imun sistem yang RENDAH.



Kadang-kadang segala item di atas kita tak boleh kawal semua. Lagi-lagi orang yang sangat sukakan haiwan. Juga orang yang sangat suka makan makanan laut tau.



Jadi kita kena tingkatkan sistem imunisasi kita tau.



Bagaimana cara nak tingkatkan imun sistem kita?



Caranya adalah dengan lengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Iaitu dengan Set Resdung Shaklee.



Dan Shaklee insyaallah mampu membantu lengkapkan nutrisi mereka yang hadapi masalah resdung ni.

Tapi apa fungsi suplimen ini ye? Saya kongsikan kat sini khas untuk bantu atasi resdung.

1. Vivix: antioksida yang tinggi. Bantu baik pulih sel sehingga ke tahap yang sangat kecil dan mendalam.

2. Vitamin C: bantu dalam meningkatkan imun sistem badan.

3. Garlic: sebagai antibiotik semulajadi.

4. B compleks: untuk membantu dalam lengkapkan keperluan vitamin B lengkap untuk kuatkan lagi imun sistem apabila digabung dengan vitamin C.

5. Alfalfa: bantu dalam bekalkan zat galian yang banyak dan lengkap untuk badan.

6. Nutriferon: "kejut" semua "askar" (antibodi) apabila terdapat sebarang bakteria, virus, atau sebarang bendasing ke dalam badan. "Askar" ramai dan lengkap bersenjata tapi kalau tidur pon tak guna. Jadi nutriferon bantu "kejutkan" askar-askar ini.


Haaa nampak? Semua ini berfungsi dengan cara yang berbeza dan saling melengkapkan satu sama lain.

Nak dapatkan kesan yang cepat dan superb?

Set lengkap ini jawapannya. Dengan ambilnya set lengkap ini...terus dapat diskaun 20% tau.

Sebab apa?

Sebab dapat FREE MEMBERSHIP dan juga BONUS pulangan dalam bentuk CASH tauπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰.

Best ke best?

Nak ni terus sekarang untuk bantu baik pulih masalah resdung anda sekarang?

Dapatkan set ini hari ini.

Istimewa untuk anda. Didatangkan sekali pakej produk berkualiti branding antarabangsa yang telah lalui pelbagai ujian klinikal DEMI berikan yang TERBAIK buat penggunanyaπŸ˜€



Mahukan perubahan dan BEBAS dari resdung kan?

Boleh. Hubungi saya untuk saya bantu anda untuk dapatkan Set Resdung Shaklee. πŸ˜€


TESTIMONI RESDUNG

Saya ingin kongsikan Kisah Ummi Zainab Yang Kulit Muka Teruk Terjejas Akibat Resdung Dan Jerawat.

~~~~~~


Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai).

Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee. Tak pernah tahu dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet.



Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doktor.

Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !

Ok dipendekkan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya.

So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.

Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Alhamdulilah memang menakjubkan!!! kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330biji <<join ahli lagi banyak untung!!>>. 😱😱😱

Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.πŸ˜‰πŸ˜‰


Ok Settle masalah resdung & keputihan. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat). πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ

Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya.

Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.

Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba.

Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua.

~~~~~~

Ini perkongsian kisah benar mengenai pengguna set resdung dan kecantikan kulit.

Jika ambil set lengkap untuk resdung itu...memang dah combine BONUS makin cantik jelita jugaπŸ˜€

Here is the Shaklee Effect.

Nak juga dalam kesan Shaklee?

#LATTeam


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Siti Hajar Mat Jam (Kak Jar)
♥ sms/whatsApp: 019-637 0570
♥ Emel : umibizshoppe@gmail.com
♥ Fb personal: www.facebook.com/hajarmj87
Fb Page : Kedai Vitamin Tangkak sila klik LIKE utk info terkini

Thursday, 20 April 2017

9 PUNCA RESDUNG ANDA HARUS TAHU

Resdung adalah satu masalah global tau.


Bukan kat Malaysia je.
Bukan kat negeri kita je.
Bukan kat kampung kita je.
Bukan kat rumah kita je tau.






Tapi global. Satu dunia!

Menurut satu kajian... jika kita memilih 10 orang secara rawak untuk mengesan penyakit resdung kan.


Kita akan dapati 8 orang daripada 10 orang itu adalah pesakit resdung ringan yang tak memerlukan rawatan.


Jelas, masalah ini dihadapi oleh kebanyakan orang. Tapi, kita tak boleh pandang ringan tau.


Di Malaysia sendiri, dalam 60 hingga ke 65 peratus warganya diancam oleh penyakit resdung ini tau.


Namun, peratusan ini berkurangan sebanyak 50% apabila pesakit mendapatkan rawatan.

Masalah utama adalah ramai orang menganggap ini adalah masalah selesema yang biasa-biasa.


Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan berlakunya resdung ni tau.

Namun, punca ini berbeza bagi orang tertentu. Tak semestinya si A mendapat resdung punca dari yang sama macam si B alami tau.

Ia bergantung pada kadar kekuatan imun sistem dan tahap elergik seseorang.

Okes, meh Kak Jar kongsikan dengan anda mengenai 9 Punca Utama yang sering kali berlaku.


1. Virus

Biasanya semasa selsema hadir...antibodi lemah kan.

Dari situ bermula jangkitan "sinus".

Apabila seseorang terkena virus selsema, dia akan alami selsema.

Dan secara umumnya...ia menyebabkan tisu dalam rongga hidung membengkak.

Dan kemudiannya ia akan menutup rongga hidung sehingga tersumbat tau.

Bila hidung tersumbat, ia menyebabkan cecair "sinus" tidak dapat dikeluarkan dan ia akhirnya menyebabkan terjadinya resdung.


2. Alergik

Ada sesetengah orang kan...bila ia alergik pada sesuatu...muka dan rongga "sinus" mula membengkak!

Dan akibatnya, hidung tersumbat dan disertai dengan simptom resdung yang lain.

Wah! Dapat rasakan seksanya orang tu. Kesian dia.

Menurut kajian kan...mereka yang mempunyai alergik lebih mudah untuk mendapat resdung berbanding mereka yang normal.

Kita kena pastikan apakah perkara yang membuatkan kita alergik.

Kerana penentunya kita. Kalau pergi jumpa doktor pon...doktor akan diagnos (korek banyak-banyak) apa yang kita makan, kita buat dan sebagainya.

Contoh biasa yang orang sering kali alergik adalah debu, bulu binatang, makanan laut, lipas dan banyak lagi

Kenal pasti apa yang menyebabkan kita alami simptom resdung ini macam hidung berair, gatal-gatal, bersin.

Bila tahu punca...mudahlah kita nak atasi masalah tu kanπŸ˜‰


3. Bakteria

Seandainya selsema tidak sembuh dalam tempoh 10 hingga 15 hari...kemungkinan besar bakteria telah bergabung dengan virus untuk melawan imun sistem badan kita.

Jarang berlaku jangkitan bakteria yang menyebabkan masalah pada "sinus".

Melainkan bakteria akan menambahburuk jangkitan sedia ada yang telah dilakukan oleh virus.


4.  Udara Tercemar dan Bahan Kimia

Tiap hari kita bernafas kan?

Tahukah kita yang dalam udara yang kita sedut masuk dalam badan kita kini miliki pencemaran.

Zaman dulu tak seteruk kini. Makin canggih zaman kita...makin banyak pencemaran berlaku.

Hidu udara yang kurang bersih boleh menyebabkan batuk, tak selesa pada rongga hidung dan menyebabkan keradangan. Dari sinilah bermulanya masalah resdung pulak.

Lagi pulak sekarang ni...jarang sangat orang yang tak pakai minyak wangi (walau duk rumahπŸ˜‰).

Juga pencuci-pencuci kita yang harum semerbak tu ye...

Ia adalah bahan kimia walau wangi tau. Memang akan berikan kesan pada badan kita sebenarnya.


5. Mandi Di Kolam Renang

Suka mandi manda di kolam renang? Bestnya kan...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Tapi... yang mudah terdedah dengan jangkitan ‘sinus’...ia tak best sangatπŸ˜†

Ini kenyataan yang perlu diketahui.

Kalau nak tahu... Kandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’.

Kat kolam renang kan macam-macam aksi termasuk menyelam kan?πŸ˜€

Apabila kita menyelam...tekanan air akan bertambah dengan kedalaman air yang diselam. Betol kan?

Tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja.

Haa maksudnya masuk hidung kita secara automatik.

Kandungan klorin di dalam air akan menyebabkan keradangan pada tisu-tisu di dinding ‘sinus’.


6. Jangkitan Kulat (Fungi)

Dr Hueston kongsikan bahawa jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku.

Wowww!! tapi..

Apabila sistem pertahanan diri rendah, kulat boleh hidup dan membesar lebih-lebih lagi di kawasan yang gelap dan lembab seperti di rongga ‘sinus’.

Erkkkk!!!

Kulat yang sering dikaitkan dengan resdung adalah Aspergillus tau.

Ada orang yang resdungnya boleh menjadi kronik akibat tindak balas alergik terhadap kulat tau. Haa jangan main-main dengan kulat ni.


7. Merokok

Rokok ni kan...bila ambil, ia rosakkan kita.

Asapnya sendiri boleh buat udara tercemar tau.

Pernah terhidu asap rokok? Perit kan baunya?

Asap rokok ni boleh akibatkan keradangan pada hidung.

Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’.

Orang yang merokok sebenarnya dengan sengaja telah merosakkan sistem pembersihan hidung semula jadi dengan asap rokok yang disedutnya.

Kesian tau. Satu tambahan ilmu pulak untuk kita hari ni kan pasal ni. πŸ˜‰
“Kotoran” dan “sampah” dari asap rokok akan terkumpul di dinding ‘sinus’ yang turut menyumbang kepada pembengkakkan dan penyumbatan saluran hidung terutamanya ketika selsema.

Aihhh. Dah-dahla merokok. Takde manfaat pon tau. 😎


8.  Kekurangan Air atau Udara Yang Kering

Apabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat.

Aiyooo😱😱😱

Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.

Sebab itulah kita disarankan minum air dengan cukup tau. 8 gelas sehari minimum.

Tujuannya adalah untuk mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.

Morale of the story..hee


1. tinggalkan dekati rokok dan even asap rokok tau. (Asap rokok pon kita nak lari jauh-jauh. Ini kan pulak rokok kan?πŸ˜€πŸ˜€)

2. Banyakkan lagi minum air okeiπŸ˜€. Air kosong. Bukan air manis tau youπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


9. Struktur Hidung yang Berbeza

Hidung juga main peranan tau dalam menjadi salah satu punca berlakunya resdung. Yang ni memang sesuatu yang lain dari yang lainlah.



Kes seperti ini jarang berlaku namun ada.

Risiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.

Menurut Dr Hueston, saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus.

Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’.

Dalam kes sebegini, pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.

 

****************
Itu saja 9 punca resdung buat semua. Semoga mendapat manfaat tau.

Mana satu 1-9 ni menjadi punca bagi diri kita?

Cuba cek dan cuba kawal. Kita mampu membaik pulihnya tau.

Jika nak tahu lanjut, boleh tanya sayaπŸ˜€


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Siti Hajar Mat Jam (Kak Jar)
♥ sms/whatsApp: 019-637 0570
♥ Emel : umibizshoppe@gmail.com
♥ Fb personal: www.facebook.com/hajarmj87
Fb Page : Kedai Vitamin Tangkak sila klik LIKE utk info terkini