Showing posts with label pengedar shaklee tangkak. Show all posts
Showing posts with label pengedar shaklee tangkak. Show all posts

Monday, 6 May 2019

Keracunan Makanan. First time kena baru tahu

Bismillah

Alhamdulillah lama doh bersawang blog Kak Jar nih. Masih diberi kesempatan untuk jari montel  ni menulis di keyboard.

Well well baru-baru ni ai kena keracunan makanan. Rupanya jadi asbab untuk dapat tahu ada sakit lain. 


Isu Kencing Berdarah

Sebelum kes keracunan makanan ni, perut  pernah je memulas, mula la cirit birit atau lebih sopannya diarrhea. Pelik juga, memikirnya ada salah makan ke apa. Mula-mula cerry biase, last-last keluar cerry air. Aasudah, selang pastu bila buang ayor, berdarah. Ya Allah, penyakit apa pulak yang aku dapat ni..masa tu ingatkan kurang air, so biase la kot air kencing kaler gitu.

Hati tu mula rasa tak besh memikir ke hal dalam tandas tadi. Sebelum pegi klinik, minum air banyak-banyak untuk hydrated semula. Bila jumpa doktor, cerita la dari A-Z apa yang berlaku. Doktor tu suruh bangun. Dia ketuk-ketuk bahagian pinggang belah belakang. Dia kata kalau sakit mungkin ada batu karang.

Lepas tu balik rumah kita buat cam beshe beshe je la, haha sebab dah hilang sakit kan.


Asbab Food Poisoning

Dah kena baru tahu. Camtu rupanya bila kau kena food poisoning. Lembik badan macam taufufa je. At first, Kj tak suspect la ada salah makan ke ape, bila dia jadi more worsed then mula la cuak beria.

Malam tu nak dijadikan cerita, my hubby ada bawak food from outside. Satu burger satu oblong. And mine was oblong.nPadahal Kj ade je memasak aritu tu. Ayam goreng kicap lagi. Haha. After all, we never knew kan mende nak jadi.

Kj pun dengan rasa suka suka suka nya, ngap la oblong tuh sorang-sorang. Anak makan burger tak pedas tu. Malam tu siap siap makan terus lelap, mengantuk selepas membaham oblong sensorang.


Hari Pertama

Next morning masa subuh, badan mula seram sejuk.

And start vomit. Muntah air. Cirit birit.

Ingatkan besye besye. Al maklomlah teka perut meragam macam sebelom sebelom ni. Jadi Kj buat tak tahu je.

Masa tu Kj minum air pergi bawak baring. Badan dah rasa tak sedap. Menggeletar macam nak demam. Tak lama lepas tu adalah empat lima kali muntah air lagi.

Arghhh perut pulak memulas, cramp belah kiri. Dia rasa macam orang pulas buah pinggang kau tau. Haha. But seriously memang sakit. Seharian terbaring dalam bilik pikir apelah nak buat. Next day tak tahan dengan perut makin sakit, ajak jugak husband pergi klinik.


Hari Kedua

Klinik pertama pergi TUTUP. Klinik kedua pergi BUKA. Alhamdulillah, masa tu Kj duk dalam kereta macam ape je. Badan tak leh nak tegak, sakit yakmatt.

Tunggu pas tunggu turn sampai. Dokter tu tanya,

Dah berapa hari muntah?
Ada demam demam?

Perghh sambil beri jawapan perut tambah sakit. Last-last die kasik injection kat belakang badan. Atas peha, haa tau la kat mana kan. Tunggu amik ubat kat luar tak surut juga sakit, huuu huuu. Dokter kate kalau Kj still tak baik esok, better gi hospital untuk drip air. Surat rujukan dia bagi. Masa tu la doc suspect food poisoning.

Malam tu berguling guling atas tilam, tahankan juga sakit makan sikit roti sekeping, kalau tak biskut sebab nak makan ubat tahan muntah lepas tu. Tak selera sungguh nak makan dengan perut sakit.


Hari Ketiga

Bangun pagi masa nak solat Kj minum air lagi, yelah asik muntah kan. Terasa lembik badan nih. Tak lama lepas tu dalam sejam terus muntah balik.

Arghh sakit nye perut. Masa ni apa yang Kj alami
- Muntah yang berterusan sampai tak tahu nak muntah apa lagi
- Cirit birit
- Urin aka ayaq kincing berdarah
- Perut cramp

Amik keputusan ajak suami pergi HOSPITAL TANGKAK bahagian kecemasan. Ya rabbi, tahan je sakit masa ni. Dengan tiga-tiga orang anak kami angkut ke hospital. Masa tunggu turn, anak-anak mula tak dok diam. Huu, what do you expect bila bawak budak-budak ke hospital. Mestila diorang nak main.

Bila Kj tengok diorang lari-lari dalam hospital nak tak nak Kj bagitau husband balik rumah dulu tak perlulah tunggu kat hospital. Adik baby yang setaun nak tidur lagi. Apa-apa Kj mesej aje.

Diorang pon balik. Huu, bila med ast tanya suami mana, Kj kate la tak de balik rumah. Saya sorang je.

Haha dia kate eh tak boleh la macam tu. Suwitt kan. Hihi. Kj jawab balik anak-anak tak duk diam kat hospital jadi kena bawa balik.

Masuk wad kecemasan, Kj kena wat blood test, urin test and lastly drip air. Ada la separuh hari duk di hospital sedut air. Alhamdulillah masa ni perut mula kurang memulas. Sebelum discharged tu dokter bagitau maybe suspect batu karang pulak pasai sakit pinggang kat belakang and urin berdarah tu.

Sepanjang duk hospital risau jugak anak-anak kat rumah memikir je dah makan ke belum. Ayelah Kj tak masak pun apa apa. Alhamdulillah suami kata masak nasi dengan goreng telur. Lega dengar bila dia mesej macam tu.

Alhamdulillah harini makin recover dari food poisoning. Selera makan ada semula. Kalau tak haritu dua hari tak masuk apa dalam badan melainkan air semata.

Ubat doktor pon amik along with my best suppliment #Shaklee :)

Alhamdulillah syukur keluar batuan-batuan tu dari badan. Ngeri bila teringat tau.

Moral of the story, mak Kj sempatla marah jugak sebab macam pelahap sangat semua nak makan. Hahaha. Bila jadi camni boleh nampakkan mudahnya virus / bakteria kena passed down pada kita. Scaryy. Pastu Kj cam trauma nak makan makanan luar. Tapi kejap je la..hehehe. Apa pun berhati-hati bila nak membeli sesuatu makanan tengok kondisi kebersihan kedai, sekadar berjaga-jaga itu lebih baik kannn.

Jumpa lagi korang~ :)
Wassalam.


Kj @ Kaja
Mak Anak 3
Tak pelahap pon okay

Tuesday, 15 May 2018

Berbaloikah Kursus Spa TWB RM1,999

Bismillah

Alhamdulillah semalam Kak Jar ada facialkan seorang ibu tunggal ni di rumahnya. Orangnya dah berumur 40 tahun, kecil molek aje. Kak jar yang tak percaya umur dia dah 40-an. Haha. Kami pon banyak berborak-borak sambil sepanjang facial tu. Bayangkan sebagai ibu tunggal banyak betol kerja yang dia dah buat. Kerja kontrak, kerja kebun, kerja tukang masak semata untuk membesarkan tiga cahaya matanya. 

Bila dengar cerita tu rasa sedih pon ada dalam masa yang sama bersyukur sangat sebab ditemukan dengan Projek Spa TWB ni. Ramai yang turut serta dalam Projek SPA TWB ni mempunyai kisah mereka tersendiri. Masing-masing ada matlamat yang besar. Ikuti kisah mereka dibawah.

Kisah 1
---------
Nk share skit..hasil facial semlm...4 org customer. 2 pkej...2 facial biasa. Dapat RM450. Hsil sblm ni tpksa gn utk ank-anak dl...Rs macam nk nangis pn ada sbb tgk hsil kja yg d bt dpt sebyk tu dlm 1 hari. Penat tolak tepi...jnji cstmr puas ati. Kak su nega kdai mkn pn xdpt hsil sebyk tu 1 hr...tp ng TWB...alhmdllh...sgt2 mmbntu ksu dlm bbelanja utk anak-anak...sbb kaksu ibu tunggal...mmg perit sgt2...kalau hrpkn 1 kja...mmg xckup.- suhaila
Kisah 2
---------
Alhamdulillah, duit facial utk mggu lpas baru je mula promote mggu lepas. Lepas sebulan dpt sijil. sbb student busy dgn assignment smua. tp klau dpt duit byk ni as student utk shari dh rasa heaven sgt2 dah, xsgkaaa. Selalu tgok ahli twb lain dpt, alhamdulilah dpt gak merasa. mggu ni pun ada lagi 5 org booking utk facial lg. hehe. -nisa saadiyah:
Kisah 3
---------
Cikgu join TWB

Sejujurnya...tak cukup duit.

Gaji cikgu kalau kerja sampai 10 malam pun macan tu je. Tak de ot.

Gaji ngam-ngam je sampai nak jumpa gaji seterusnya. Kalau perfume abis beli yg rm10 tu. Hahaha.

Boleh je nak gaya high class. Hantar slip gaji kat bnk rakyat bagi tau berapa banyak nak. Pagi mohon petang duit masuk. Joli katak lepastu merana bayar hutang.

Suami akak tak suka macam tu. Sbb dia dh terbiasa dgn hidup susah jadi dia tak suka pinjam2. Sbb tu kami boleh menabung dan bayar deposit rumah dekat 30k tanpa pinjaman.

Akak minat spa. Suka pergi spa. Sbb tu bila nampak kak anisah iklan akak pun join. Tak tau pun spa shaklee. Tanya je terus paymen. Tak banyak songeh.

Bila join kan. Barang sampai baru tahu brg shaklee. Ha....masa ni mmg anti shaklee. Teruskan lah.

So buat spa. Dapat duit tau. Seronok nak buat dan bertambah seronok dapat cover dduit lauk. Dapat beli perfume. Dapat enjoy. Shaklee tak jual lagi ni. Baru income spa. Lepastu mak shaklee cucuk buat shaklee.

Bila buat lagi masyuk ada 2 income. Perfume paling mahal yg beli hasil duit spa rm570. Kiki.

Macam kerja gov gaji 25 mcm tu. Jadi 15 tu boleh dikatakan takat leher. Tapi belum lemas.

Bila ada bonus shaklee setiap 15hb tu penyelamat sangat lah. Bagai pelampung menyelamatkan mangsa.

Atas sebab inilah akak stay 3tahun bersama spa dan shaklee. - Cikgu Azura

Kisah 4
---------
Sapa cakap wanita yang bekerja tak boleh buat bisnes spa?

Sapa cakap wanita yang punya anak 2 tak boleh buat bisnes spa

Nahh!! Ini buktinya..saya seorang nurse yang cutinya tak menentu, yang shift nya kadang2 kerja pagi, petang, malam. Wanita yang kerjanya TRAVEL dari sg petani ke Penang setiap hari untuk bekerja. Setiap hari berbelanja rm35-rm40 untuk tol dan minyak kereta. Belum masuk perbelanjaan makanan. Terpaksa menempuh jem, tol, sesak. Lelah!

Tapi punyai masa untuk berbisnes. Tak kenal erti penat.Ya, saya wanita yang sangat suka kan kerjaya spa. Kenapa??

Sebab bisnes spa yang saya ceburi sangat menarik. Bisnes spa yg SANGAT FUN. Tak ada risiko untuk rugi. Awak rajin, dapatlah income. Kalau tak berhabuk lah income spa awak. Bisnes yang tak perlu awak nak sewa kedai, tak perlu ambil pekerja. 100% income terus ke poket awak. Saya cakap berdasarkan PROVEN RESULT. Zaman sekarang cakap tanpa bukti orang x berminat. So, saya dh buktikan! Bisnes spa tanpa kedai sangat untung. - Alyn Mohd Noor:

Setelah anda baca kisah diatas, berbaloikah Kursus Spa TWB yang berharga RM1,999 bila secara tak langsung dapat membantu ramai wanita diluar sana? 

 
Alhamdulillah bersyukur founder kami, Pn.Ainul Shahrazad mengasaskan Projek Spa TWB ni untuk membantu ramai lagi golongan wanita terutamanya yang PERLU wang harian menyara keluarga, mengisi duit poket ketika belajar dan lain-lain.

Itulah kelebihan yang ada pada Projek Spa TWB ni kerana secara tak langsung ia menyentuh kehidupan ramaiiiiii yang inginkan kebebasan kewangan dalam hidup mereka. 

Sekarang ni ada banyak kedai spa atau premis Spa yang menjalankan kursus Spa tetapi kenapa kami amay mengesyorkan anda untuk menjalankan kursus Spa dengan TWB? Malah, kenapa kami rasa sangat bangga untuk recommend kan TWB ini dengan yuran penyertaannya RM1,999. Berbaloikah?


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Ia Menawarkan Bimbingan dan Sokongan Berterusan

Setelah anda membuat pengesahan untuk menyertai Kursus Spa TWB, anda akan diaturkan untuk training Spa secara One-to-One dengan Trainer TWB. Disini anda akan belajar kemahiran dan teknik spa sampai pandai. Kemudian, anda akan dijemput ke dalam support group Mobile Spa TWB yang sangat happening, supportive dan sangat aktif.


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Mempunyai Sistem 5 Penjuru Income

5 Penjuru Income banyak tu tau! Kebiasaannya spa diluar sana hanya mampu menawarkan anda income daripada servis spa sahaja. Namun di TWB, anda akan mendapat 4 lagi penjuru income dan semua ini akan diterangkan dengan lebih lanjut ketika training ye.



Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Mempunyai Career Development Yang Luar Biasa

Haa jangan ingat TWB ni cikai-cikai ye. No no no. Yes we can provide you career development dengan TWB. Boleh baca lanjut disini Kerjaya Bersama TWB.


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Merupakan Kursus Spa Termurah Di Pasaran

Saya pernah up post di facebook tentang founder kami yang telah berhabis lebih dari dua ribu mengikuti pelbagai kursus sebelom come out dengan modul TWB dan seorang sahabat kami yang join kursus diluar. Semuanya hanya mempelajari teknik TANPA apa-apa produk dibekalkan. 



Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Fleksibel 

Ramai diantara peserta-peserta kursus spa TWB adalah dari golongan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Dan itu menjadikan sukar untuk meninggalkan anak-anak bersama penjaga atau pengasuh JIKA kursus berlansung selama 2-3 hari seperti kursus-kursus yang ada diluar sana. 

Jadi dalam masa sehari peserta tidak lagi perlu khuatir untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk belajar tentang kursus Home & Mobile Spa ini.

Bacaan lanjut di sini : Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB


Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Menawarkan 5 Treatment dan Marketing Course

Throughout this course peserta akan belajar teknik facial relaxing treatment, face massage, body scrub, sauna herbs, aroma milk bath dan foot & hand spa. Jika kursus diluar belanja menelan hampir RM5k itupun hanya dapat product sahaja dan bukan semua course diatas yang di offer. Semua courses ini dah complete untuk run Spa Pengantin. Mana nak cari lagi pakej murah macam ni. Ye dak?. Hee.



Next tak cukup kalau setakat belajar course tapi tak ada belajar macam mana nak market. Rugi tau. Sebab tu ada advanced course Bagaimana Untuk Setup & Run Mobile Spa. Disini peserta boleh memilih samada mereka mahukan Home @ Mobile Spa kerana dua-dua boleh buat. As simple as that. Semasa training peserta akan diajar satu persatu cara untuk marketkan Spa Diatas Nama Mereka Sendiri kepada pelanggan.
  

Kursus SPA TWB Ini Sangat Berbaloi : Disertakan Set Youth Skincare & Beauty Product Yang Terbaik

Disebabkan Spa TWB ini merupakan Spa Shaklee, kami mengguna produk TERBAIK dan PREMIUM dari Shaklee. Set Youth skincare ini merupakan hasil kajian selama 8 tahun tau dan merangkumi Cleanser, Toner, Moisturizer, Serum, Night Cream dan Radiance C+E. Ada 6 item semuanya dan ia berharga RM1.4k tau untuk FULL SET YOUTH ni.  


Malah, peserta juga akan diberikan beauty products seperti bahan-bahan untuk membuat masker, scrub dan sauna. Apa yang power sangat beauty products ni terbukti SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI kerana ia mempunyai Scientific Studies dan Clinical Tests. Hoih bukan cikai cikai punya products tau. Jadi korang jangan terkejut bila bahan scrub dengan masker ni selamat untuk dimakan 





Itulah dia kenapa saya mahu anda faham dan yakin bahawa walaupun yuran penyertaan kursus ini RM1,999 ia sangatlah berbaloi. Ya ini kerana apabila melibatkan wang ringgit kita akan mudah untuk berfikir seribu kali. Tetapi tidak di TWB, jaminan kami anda akan dapat pulang modal dalam tempoh sebulan kerana kami mempunyai bukti ia mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk anda.

Baca juga disini tentang Buat Duit Dengan Mobile Spa





Sebarang pertanyaan atau ingin menyertai kursus Spa TWB yang bermodalkan RM1,999 bolehla menghubungi saya di bawah.


Salam sayang,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty

Sunday, 29 April 2018

Youth Shaklee Bersama SPA TWB


Bismillah

Hari tu Kak Jar pergi Youth Experience Party anjuran Shakleedi Bayview Hotel Melaka. Shaklee cukup hebat ada Nutritionist yang boleh present tentang product skin care. Apa yang menarik, Shaklee ni background Nutritions. Nutritions or Suppliment bila kita buat RnD, Clinical StudiesShaklee pastikan ia betul-betul selamat sebab nak masuk dalam mulut, dalambadan.

Dan Shaklee buat kerja gila bila Skin Care Regimen yang mereka develop pun mereka pastikan Selamat, Berkesan, Mesra Alam. Tu sebab ambil masa 8 tahunkerana Shaklee sangat teliti.

Slogan yang terpampang di Banner nak masuk bilik "Clinical Result withoutCompromise" - yang mana Youth ada bukti Klinikal 100% wanita kulit lebih muda dan 2/3 dari 100 orang subjek shifted their age a decade (10 tahun lebihmuda dari usia sebelum pakai Youth selepas 120 hari!), dan Youth tak masukkan1500 BAHAN KIMIA BAHAYA untuk cepatkan atau beri kesan cantik dan lebih muda.


Tercengang jap masa tu. Teruja nak tahu, hebat sangat tentang Youth Complex SkinCare ni? Tak nampak overclaim sangat ke bila kata 10 tahun lebih muda tu?

Jadi masa sesi dengan nutritionist hari tu, dia beritahu,

Sejenis test yang diberi nama SKIN AGE INDEX di jalankan oleh Pakar kulit (SkinExpert) buat test ke atas mereka yang nak guna Youth Skin Care ni. Jadi merekabuat test sebelum dan selepas guna.

Test Indeks Umur Kulit (Skin Age Index) ni mengukur penampilan tanda-tandautama penuaan dengan data klinikal fakta, antaranya :
+ kedut muka
+ tekstur kulit
+ saiz liang pori
+ hiperpigmentasi
+ Tona kulit
+ Seri wajah
+ keanjalan
+ kendur (sagging) 

Mereka kelaskan mengikut umur, katakan 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun danseterusnya. 

Selepas penggunaan Youth beberapa lama, 2/3 dari peserta kulit mereka lebihmuda 10tahun! wow sangat kan. Yang 50an, jadi macam 40an. Yang 40an jadi macam 30an. Pergh. Bestkan 

Barulah Kak Jar faham claim Shaklee :

"A Decade of Aging Erased " & "2/3 shifted their skin age toa younger decafe"

Ohhhhh. bukan overclaim. 

Ada clinical study. 100% wanita rasai kesan kulit lebih muda. 2/3 dari 100 orangskin aged jadi muda 10 tahun selepas pakai 3bulan.

Masa produk Youth dilancarkan di US pada bulan Ogos tahun lepas berebut semua pakat sambar. Walaweyh. Bila Shaklee bawa masuk ke Malaysia bulan Febuari 2018 masa Business Leader National Conference (BLNC) itu pon bedesupp semua nak cuba. Bayangkan bila open untuk semua 3000 set yang Shaklee bawak masuk LICIN! 

Terbaru bawak masuk 4000 set pulak. Sampai system jadi under maintenance nak order tak lepas. Hoih.

Inilah powernya setiap produk YOUTH kerana ia dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesanpenuaan. 

Antara bahan utama dalam 6 produk #YouthSkinCare ni.

✔LotusJaponicus & Ekstrak Buah Schisandra Chinensis. 

Lotus Japonicus digunakan Untuk menjana semula sel-sel untuk menghasilkan lebihbanyak kolagen dan menghasilkan kulit lebih anjal.
Ia digabungkan dengan Ekstrak Buah Schisandra Chinensis untuk memberi lebihbanyak nutrien dan tenaga pada kulit.

Kalau ada yang ingat, Buah Schisandra ni digunakan dalam DTX Complex untukbantu regenerate sel hati. So dalam Youth, semestinya bantu generate sel kulit.

✔MuscadineGrape


Semua tahu kan produk paling power Shaklee,Vivix! Dalam Vivix ada Muscadine Grape.
Kalini Shaklee masukkan dalam Youth! Gabungan polifenol anggur muscadine yang ditunggu-tunggu, didapati dalam setiapproduk Youth. 

Ia berfungsi membaiki DNA dalam kulit anda sambil menghalang kerosakan kolagendan elastin. Wow sangat!


✔VitalRepair® + Complex
Multi-paten Advanced Vital Repair + Complex menyediakan nutrien antioksidan danvitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merusak kulit danmenggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.


✔Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A
Mempercepatkan lagi penghasilan sel baru. Meremajakan kulit! Jadinya kulit lebih berseri Dan lembut.

Rangkaian Produk Youth SkinCare 



Kenapa Youth Complex digunakan dalam SPA TWB?
 
Kami perihatin tentang ANDA. Ya, ANDA. Yes, YOU!

Sedihnya bila umur bertambah, banyak sel rosak, sel mati termasuk sel kulit Kita.Collagen berkurangan, kulit kurang anjal, muncul garis-garis halus (itulah kedut!). Kalau Tak caya cuba cubit pipi anak. Lainkan keanjalan kulit depa dengan Kita. 

Seperti yang anda tahu, SPA TWB adalah SPA Shaklee. Bayangkan, produk yang mampu membuatkan anda muda sedekad menjadi pilihan kami di TWB. Ini kerana kami perihatin tentang kecantikan pelanggan SPA TWB so we bring out the BEST from Shaklee too.

Bersesuaian dengan konsep YOUTH.

Youth is about YOU.

Buat apa Shaklee susah payah invest dekat Rnd, clinical Study, untuk dapatkan the best ingredients to develop this Anti Aging Skin Care. 

Sebab kami nak biarlah tak retis pun janji orang biasa-biasa macam kita pakai, tapi dapat kesan hebat. Semua pengguna Youth SkinCare nampak awet muda.
Yes, You!
You pakai, You Cantik
YOUTH IS ABOUT YOU
Anda pernah dapatkan servis facial diluar sana, pernah tak anda terfikir untuk check apakah ingredients produk yang digunakan untuk diletakkan diwajah anda? Haa jangan terkejut jika produk tersebut mengandungi bahan chemicals yang berbahaya. 

KEPANA KITA TAK PERLU KORBANKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN UNTUK CANTIK?

YOUTH Shaklee Mempunyai Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi.



Semua produk-produk YOUTH direka tanpa bahan kimia berbahayadan bahan-bahan yang boleh dipersoalkan yang terdapat dalam banyak produk lain.Produk-produk YOUTH adalah 100% vegan, bebas kekejaman dan bebas gluten. Ia terbuktibebas daripada 2,500 bahan kimia yang berbahaya dan bahan yang bolehdipersoalkan yang anda tidak akan dapati dalam mana-mana produk YOUTH Shaklee.

Haa dah baca kan tu. Macam mana Kak Jar nak bagitahu yang saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada Spa TWB, Spa Shaklee. Tanpa perlu memikirkan tentang keselamatan dan kesihatan, Shaklee sememangnya mewakili produk yang berasaskan sains yang menghasilkan prestasi dan produk yang tiada tandingannya yang direka seiring dengan konsep Shaklee Harmoni dengan Nature® dengan kesucian dan standard keselamatan tertinggi.

Sudah ramai pengguna Youth SkinCare berpuas hati dengan kesan yang menakjubkan setelah konsisten dengannya kerana Youth Skincare adalah produk yang berasaskan alam, dan kita tahu produk natural dan chemical free serta proven clinically sukar untuk dijumpai dimana-mana.

Dan kami di Spa TWB semestinya Spa Natural kerana kami adalah sebahagian dari keluarga Shaklee yang mementingkan kecantikan dan kesihatan anda tanpa anda perlu memikirkan kesan sampingan lain. Namun dengan Youth Shaklee BERSAMA Spa TWB, anda bukan sahaja terpaksa menjadi CANTIK, malah semakin REMAJA because You is Youth. Andalah sumber inspirasi kecantikan kami di TWB.

Cecepat booking dengan Beautician TWB kami diseluruh Malaysia kerana di TWB kami menggunakan produk high class dan premium untuk Spa TWB.

Powerful Anti Aging Skincare yang merubah anda menjadi awet muda ~ Youth. 

Cekidaut Testimoni Facial Spa TWB bersama Youth Shaklee.



Beautician diperlukan!

Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut Kursus Spa Termurah The Walking Beauty Project

Lihat juga bagaimana untuk Jana Duit Tambahan Dengan Mobile Spa


Salam sayang,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty



Wednesday, 25 April 2018

Keistimewaan Vivix Shaklee

Bismillah

Vivix Shaklee merupakan produk Shaklee yang tinggi kandungan antioksidannya.

Ia terdiri daripada khasiat gabungan resveratrol dan polifenol yang terdapatdidalam ramuannya.

Cadangan pengambilannya adalah 1 sudu kecil setiap hari bagi melindungi dan melambatkankemusnahan sel-sel badan serta melindungi badan dari penyakit yang berpuncadari penuaan seperti diabetes, arthritis, kanser dan serangan jantung yangselalu berlaku pada orang yang berusia. 

Ini kerana setiap hari, sel andaterdedah kepada pelbagai faktor yang berkompromi dengan kesihatan kita termasuk:
- DietYang Salah
- Tekanan
- Radiasi UV
- Tidur yang tidak mencukupi
- Toksin alam sekitar

Sel yang sihat boleh melindungi dan memperbaiki kerosakan. Tetapi semakinmeningkat usia, fungsi pembaikan diri sel itu menurun. Dari masa ke semasakerosakan sel-sel ini semakin banyak kehilangan keupayaannya untuk memperbaikidiri merekaakibat kerosakan yang tidak dibaiki.

Daripadagambarajah di atas, apa beza biology age dengan chronology age?

Umur kita sama ada biology atau chronology. Umur chronology adalah umur angka.Cth tahun ni 28, tahun depan mesti 29, 30 dan seterusnya. Umur chronology, umuryang tak boleh diturunkan.

Umur biology adalah umur badan anda. Tidak semestinya setiap orang mempunyaiumur biology yang sama. Cara kita menjaga badan dan kesihatan kita yangmenentukan umur biology.

Kenapa Berlakunya Penuaan?

1.  Berlakunya Kemusnahan Sel

Radikalbebas boleh merosakkan sel DNA anda dan menyebabkan mutasi yang akhirnya membawakepada kerosakan sel dan akhirnya mati.

2.Tenaga Sel Berkurangan

mitokondriaadalah loji janakuasa di dalam sel-sel kita. Semakin meningkat umur, kuantitimitokondria menurun. Ini boleh menyebabkan keletihan dan lesu dan bolehmenyumbang kepada perkembangan masalah sendi, masalah jantung dan penyakitalzheimer

3.Pengumpulan AGE Protein

AGEProteins (Advanced Glycation End-Product Proteins) adalah sisa produk sel anda. Pembentukan AGE yang berlebihan boleh merosakkankerosakan sel dan menjejaskan jangkahayat sel. Ia boleh menyumbang kepadaintoleransi glukosa terutamanya diabetic

4. Kepanjangantelomere semakin pendek.

Maksudnya pemendekan telomere menjadi semakin cepat.

Apaitu tolemere.  Ia berada dihujungkromosom.  Kita panggil protective cap.Ia untuk melindungi DNA. Apabila proses penuaan semakin cepat, telomere menjadisemakin pendek.

Lebih lanjut disini 
4 Mekanisma Penuaan Sel 

Bagaimana Vivix Shaklee Melindungi Sel Untuk Memperlambatkan Proses Penuaan?

Gambungan polifenol dan resveratrol combinasi yang sangat bagus untuk tubuh badan kita.Ada juga resveratrol yang di jual di pasaran. Tetapi resveratrol sahaja tidakmencukupi. Sebenarnya kita perlu jugak ambil polyphenol. Kita perlu ambilkedua-duanya sekali bagi membantu kesan yang lebih untuk bantu melindungisel-sel didalam tubuh badan kita.


Vivix Shakleemengandungi sumber resveratrol dan polifenol yang tinggi hasil daripadagabungan muscadine grape, purple carrot, european eldeberry dan polygonumcuspidatum.

Bila badan anda cukup polyphenol yang di perlukan, ia membantu melindungi danmembaiki sel-sel didalam badan anda. Bila sel dilindungi dalam masa yang samaDNA anda akan di lindungi. Jadi setiap hari kerosakan sel akan semakin berkurangan.Maksudnya kerosakan sel tidak sebanyak berbanding dengan kita ambil polifenol.


Cara kedua untuk melindungi sel adalah meningkatkan lagi prestasi sel tersebut.Iaitu kita kaitkan dengan penghasilan AGE protein. Bila sel dilindungi olehpolifenol tadi, penghasilan AGE protein boleh di kurangkan. Jadi pengumpulanAGE Protein tadi boleh di kurangkan dalam sel tubuh badan kita.


Jika anda lihat pada graf di atas, yang biru tu merupakan ingredients yang adadalam vivix iaitu polifenol blend. Polifenol blend jika di ambil oleh individusecara consistant ia dapat mengahalang pengumpulan atau penghasilan AGE Proteinsebanyak hampir 90% pada sel tubuh badan kita.

Jika kita lihat pada normal resveratrol, ia mampu menghalang sebanyak 30%. Jikaambil resveratrol saja pun dah banyak manfaat tapi jika kita ambil resveratroldan polifenol fungsi akan lagi bagus.

Research telah di buat pada graft yang saya tunjuk di atas. Bila dapat mengurangkanpenghasilan AGE Protein, secara tidak langsung penyakit2 yang di sebab kan penuaanpun dapat dikurangkan.

Cara ketiga adalah dengan meningkatkan tenaga pada sel badan kita. Macam manasel badan kita dapat tenaga yang lebih. Sel badan kita dapat tenaga yang lebihdengan menambahkan bilangan mitochondrial dalam badan kita.

Penghasilan polyphenol dan resveratrol sebenarnya bantu meningkatkan lagi bilangan mitrochondrial. Jadi secara tak langsung sel kita akan lebihbertenaga, leboh energetic untuk membuat kerja.

Jika lihat pada gambarajah di atas. Jika anda lihat di bahagian yang palingkiri sekali, control. yang merah adalah sel badan kita dan yang hijau adalah mitochondrial. Jika kita tambah resveratrol bilangan mitochondria akanbertambah tapi jika campuran resveratrol dan polyphenol, mitrochondrial makin bertambah lagi.

Jadi campuran yang tepat untuk bantu tingkatkan tenaga sel. Biasanya orangcakap orang muda je ada tenaga, tapi sebenarnya orang tua pun boleh ada tenagabila mitrochondrial dalam badan kita cukup.

Cara keempat, bagaimana sel kita dilindungi ialah dengan meningkatkan lagikesihatan telomere. Telomere ni kita semakin lama semakin pendek. Tapi kitaboleh melambatkan proses pemendekan telomere iaitu dengan pengambilan nutrienpolyphenol dan resveratrol. Ia bantu pemendekan telomere.


Refer pada slide di atas, orang Shaklee yang ambil vivix secara 5 tahunpemendekan telomere mereka menjadi lambat iaitu 40% pemendekan telomere menjadilambat. Jadi dapat protect proses penuaan semakin cepat, jadi tak cepat kurangtenaga, tingkatkan kesuburan, tingkatkan kecantikan, keremajaan, mengurangkan risiko untuk dapat penyakit yang kaitan dengan usia.

Sebab itu pentingnya melindungi sel badan. Bila kita lindungi sel badan, kalau dari segi kecantikan kita juga boleh kekalkan kolagen dan kurangkan kerosakan kolagen pada tubuh badan kita.

Ni la Vivix yang saya duk cerita tadi. 
Produk ini sangat bagus sebab telah di patent kan

Natural sebab daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi

Hanya exclusive pada Shaklee sahaja

Banyak kajian klinikal terhadap ingredients tersebut

Telah terbukti vivix adalah 10 kali lebih bagus mengambil vivix daripadaresveratrol sahaja.

Mampu membantu melindungi sel jadi lebih muda dan sihat dan juga bantu mencegahdaripada penyakit berbahaya. Nak vivix kontek saya tau. 


Happy reading.
Sekian~ ^_^ 

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty