Monday 29 May 2017

Sembuh Katarak Tanpa Pembedahan Untuk Mata Kiri

Bismillah

Pengalaman Kak Jar dengan katarak ni adalah dengan arwah atuk. Sedih bila teringatkan arwah atuk yang sangat Kak Jar sayangi. Kak Jar cerita disini supaya kita yang masih ada lebih menghargai orang disekeliling kita. Terutamanya kesihatan mereka.

Kak Jar suka bertandang umah arwah atuk Kak Jar ni..sebelah rumah je pon kan tapi die selalu bagi nasihat. Kadang-kadang arwah akan menyarung cermin mata untuk mengaji. Walaupun masih juga nampak kabur, arwah mesti cari port yang terang. Biasanya tepi pintu, takpun dekat tingkap. Biasanya tahap penglihatan kita semakin merosot seiring peningkatan usia.

Rupanya makin lama kabur mata arwah atuk semakin teruk. Atas sebab faktor usia, doktor sarankan atuk menjalani pembedahan untuk menbuang selaput pada matanya. Kos rawatan lebih kurang RM3,000. Alhamdulillah, berjalan lancar tapi atuk terpaksa berulang alik ke Bentong dari Raub untuk pemerhatian doktor.

Punca Mata Berselaput

Mata adalah organ yang sangat berharga. Apabila mata mengalami tekanan, ia berisiko untuk mendapat kerosakan mata. Antara punca kanta mata semulajadi berselaput dan berkabus adalah disebabkan kerosakan mata yang dipanggil katarak

Cahaya tidak dapat menembusi kanta mata akibat keadaan yang berkeruh lalu bakal menyebabkan rabun dan mungkin paling teruk mata anda lama-kelamaan menjadi buta sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. 

Bagaimana Katarak Terbentuk?

Sebenarnya kanta mata kita terdiri dari daripada air dan protein. Bentuk dan susunan struktur protein adalah penting untuk memastikan kanta semulajadi mata kita dapat melihat dengan sejelas mungkin. Sekiranya terdapat gangguan kepada susunan protein tersebut, kanta mata akan mula menjadi kabur.

  


Secara umumnya, katarak akan menyebabkan gangguan pancaran cahaya dan imej yang tepat pada saraf mata (retina). Gejala yang terjadi adalah
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Penglihatan menjadi kurang pada waktu malam
  • Seringkali menukar kaca mata
  • Warna kelihatan tidak cerah 
  • Silau kepada cahaya yang terang

Faktor Terjadinya Katarak

Kebiasaannya golongan berusia yang kerap mengalami katarak namun terdapat juga kes katarak di kalangan orang muda kerana katarak menyerang sesiapa sahaja malah kanak-kanak turut berisiko mempunyai katarak disebabkan punca dibawah. Antara faktor penyumbang kepada katarak selain daripada peningkatan usia ialah;

1. Terdedah kepada cahaya (UV) yang tinggi. Contohnya seperti matahari, dan gajet-gajet.
2. Berlaku kecederaan pada mata
3. Mempunyai sejarah kencing manis
4. Pengambilan ubat-ubatan tertentu
5. Faktor genetik
6. Pengambilan rokok dan alkohol (bagi non-muslim)

Bagaimana Mengurangkan Risiko Katarak

Adakalanya masalah katarak tidak dapat dibetulkan dengan cermin mata sahaja dan perlu menjalani pembedahan untuk menggantikan katarak dengan kanta tiruan bagi kes kritikal untuk memulihkan penglihatan. Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata:

- Tidak menggosok mata menggunakan tangan sebaiknya gunakan kain bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.
- Jaga jarak penglihatan anda. Sebaiknya 50 cm dari skrin komputer atau televisyen.
- Rehatkan mata dan jangan memaksa mata anda untuk menghadap komputer atau skrin komputer terlalu lama.
- Memakai alat pelindung mata yang lengkap dengan pelindung UV.
- Melakukan pemeriksaan mata jika mata menunjukkan sebarang masalah. Dapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya anda merasakan kelainan pada penglihatan anda.


Shaklee Dan Masalah Katarak

Walaupun dikatakan tiada ubatan dan senaman khas yang mampu membaikpulih katarak, namun saya percaya kita boleh mencegahnya dari awal iaitu dengan membekalkan nutrien yang secukupnya yang diperlukan untuk kesihatan mata. Ikuti kisah dibawah untuk mengetahui bagaimana kataraknya sembuh tanpa memerlukan pembedahan susulan untuk mata kirinya.

[DAH TAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN MEGADOSE DAN CAROTOMAX]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.
.
Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. 
.
Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.
.
Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.
.
Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.
.
Terima kasih

Sumber : SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 : TESTIMONI 44

Semoga perkongsian dari Kak Jar bermanfaat buat semua. Cuma adakala orang yang kita sayang disekeliling kita ada masalah ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Kak Jar di 019-637 0570.


Salam sayang,
Kak Jar
Yang baru sedar mata pon nikmat berharga

Friday 12 May 2017

MATI DI USIA 34 TAHUN AKIBAT KANSER

Baru ni salah seorang kenalan saya dikampung meninggal dunia akibat kanser payudara. Sedih. Usianya dalam lingkungan 50-an, sepuluh tahun muda dari usia emak saya.
Kemudian saya terbaca kisah ini. Ingin saya kongsikan dengan anda. Penyakit zaman sekarang tidak lagi memilih usia. Ikuti kisah ini.

                                   

Bob berusia 34 tahun. Dia miliki kerja yang bagus, miliki keluarga bahagia dengan isteri yang cantik dan juga 2 orang anak yang hebat! Ayahnya meninggal dunia akibat penyakit jantung. Jadi, Bob cuba untuk turunkan berat badannya, kawal kolestrolnya, juga sentiasa senam aerobic. Sebab dia tidak mahu mati akibat sakit jantung seperti ayahnya.

Hanya selepas perayaan krismas yang sungguh meriah baginya, bob rasakan ada sesuatu perbezaan berlaku apabila dia ke tandas. Sebenarnya 2 tahun lepas ia telah berlaku. Namun, ia sudah dirawat. Cuma kali ini ia lebih teruk. Pendarahan berlaku setiap kali dia membuang air besar.

Akibat sibuk, dia cuma mengabaikannya. Dia tidak berjumpa doktor dan juga tidak mendapatkan apa-apa rawatan. Selepas 3 bulan, pendarahan yang makin banyak berlaku setiap kali dia membuang air besar. Dia mendapat cirit birit yang luar biasa. Terus bob dapatkan nasihat doktor. Dan segera pembedahan dilakukan selepas pemeriksaan rapi dibuat.

Rupa-rupanya...bob miliki kanser. Dan ia telah merebak dari tempat asalnya. Sebulan kemudian, bob dibenarkan pulang dari hospital. Dan seminggu kemudian, bob meninggal dunia.

Bob meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Tragik? Ye.

Boleh dielak? Ye jika tahu dari awal. Insyaallah. Kerana itu kita perlu tahu bagaimana untuk elak kanser ini berlaku.

The National Cancer Institute menjangkakan 50% dari kanser yang berlaku ini boleh dielakkan dengan apa yang kita makan dan apa yang kita tidak makan. Apa yang kita makan...itu hasil yang akan kita dapat. Sampai ada satu buku tu kata, garbage in garbage out.

Kita kena kenalpasti apa yang boleh bantu kita jauhi dari kanser dan apa yang boleh menyebabkan berlaku kanser pada kita.

17 PETANDA KANSER YANG BIASA BERLAKU

Penyakit kanser miliki kos yang tinggi untuk diubati. Setuju? Ia menyakitkan. Dan miliki potensi untuk pesakitnya meninggal dunia.

Di sini saya kongsikan 17 tanda amaran yang kita sedang hadapi kanser. Ia mungkin sesuatu yang biasa buat kita, tapi lebih baik terus berjaga-jaga dan jangan ambil remeh.

Pastikan terus rujuk kepada doktor yang lebih pakar dalam hal ini.
1. Pendarahan atau terkeluar sesuatu yang tidak normal
2. Sakit perut atau senak perut yang kerap
3. Sakit seperti menusuk masuk ke pankreas
4. Perut kejang dan sakit perut berterusan
5. "Asid perut" penuh atau rasa perut penuh walau makan yang sedikit
6. Kehilangan berat badan yang banyak walau tidak aktif
7. Jaundis atau demam kuning. Air kencing gelap dari biasa dan bukan disebabkan dehisrasi
8. Sesak nafas, sakit dada, dan darah keluar bersama air ludah
9. Batuk yang kronik
10. Kerap demam dan terkena jangkitan
11. Bengkak muka
12. Lebam teruk
13. Sembelit, cirit birit, perubahan najis dari biasa tanpa apa-apa sebab
14. Masalah ereksi
15. Sukar buang air kecil
16. Kerap kali sukar untuk menelan dan menghadam
17. Ada ketulan di satu-satu bahagian

Bila kita tahu tanda diatas ada pada kita, please rush untuk jumpa pakar perubatan. Bertangguh bahayakan diri kita sendiri, boleh iya.


PUNCA TERKENA KANSER

Secara peribadi, saya rasa, jika kita dapat kesan awal kanser ia bagus untuk diketahui. Namun, pastinya saya lebih memilih untuk tidak terkena langsung. Pencegahan sentiasa lebih baik daripada mengubati.

Ini antara punca berlakunya apa-apa kanser;

1. Sebarang asap
2. Diet dalam lemak yang tinggi
3. Lebih berat badan
4. Diet rendah serat
5. Ketagih pada alkohol
6. Jumlah vitamin dan mineral yang kurang dalam badan
7. Terlebih terdedah kepada matahari
8. Sejarah keluarga yang miliki kanser
9. Usia melebihi 50 tahun
10. Terlalu banyak tekanan dalam diri 
11. Terlalu banyak radiasi diperolehi dari pelbagai X-ray
12. Sesetengah Pekerjaan yang terdedah kepada berpotensi perolehi kanser


Kebanyakan dari faktor atau punca di atas kita boleh kawal kan? Dan kita perlu untuk cegahnya dari berlaku.


KANSER DAN DIET

Ramai pakar yang percaya bahawa 50% atau lebih kanser disebabkan oleh apa yang kita makan dan tidak makan. Ini bermakna, life style kita dalam pemilihan makanan yang perlu diambil dan tidak diambil.

Ada kajian dibuat yang salah satu faktor berlakunya kanser adalah kekurangan nutrien yang sepatutnya badan perlukan seperti vitamin A,C,E, dan beta carotene, mineral kalsium, zink dan selenium serta resveratrol

Dalam Shaklee, kami sediakan semua suplimen ini untuk bantu cegah kanser dari berlaku.
Juga bantu untuk bantutkan perkembangan sel kanser menjadi lebih parah.
Setiap suplimen ini miliki fungsi yang berbeza

                                       

Vitamin c - bantu dalam melindungi sel daripada segala jenis pencemaran yang boleh akibatkan toksin yang boleh berlakunya kanser

Vitamin E - bantu dalam meneutralkan pencemaran yang boleh merosakkan paru-paru. Juga mengelakkan terbentuknya radikal bebas yang boleh mengakibatkan perkembangan sel kanser

Vitamin A dan beta carotine - bantu dalam membantutkan perkembangan sel kanser

Resveratrol - Terdapat banyak kajian mendapati Resveratrol dapat berupaya menghalang pertumbuhan sel kanser. Vivix mengandungi Resveratrol dan membantu mengurangkan risiko terjadinya kanser.

Ini set istimewa dalam bantu untuk cegah dan jauhi dari kanser semakin parah.
Hubungi Kak Jar untuk sebarang pertanyaan.

Salam sayang,
Kak Jar 
019-637 0570
Yang sayang korang selalu