Wednesday 22 February 2017

Ambil Tahu 3 Penyakit Ini Semasa Hamil



Kebiasaannya, kebanyakan kehamilan tidak mempunyai masalah namun terdapat beberapa keadaan yang memerlukan bakal ibu lebih prihatin.

Pengalaman Kak Jar sepanjang kehamilan alhamdulillah dipermudahkan. Cuma Kak Jar dapat kencing kotor dan nyaris dapat kencing manis. Pregnant pertama kena induced sebab overdue dan kurang air. Hee.

Okay, jom kita selongkar sama maklumat Kak Jar share ni ye. Jadi ibu semua ambl peduli agar anda dan kandungan selamat dari sebarang masalah.

1. PRA-EKLAMPSIA

Keadaan ini berlaku sekitar 10 minggu kehamilan dan boleh timbul sektar minggu ke 20 kehamilan. Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan uri yang menyebabkan kekurangan darah. Fungs uri adalah untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada bayi. Jika ia tidak dikesan dan menjadi eklampsia, ia boleh meragut nyawa anda dan bayi.

Golongan yang berisiko tinggi

i.   Ibu hamil dan mempunyai berat badan berlebihan
ii.  Berusia lebih dari 40 tahun
iii. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap praeklampsia, tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit buah pinggang.
iv. Mempunyai sejarah praeklampsia pada kehamilan lalu

Simptom

Ekceli, wanita yang mengalami praeklampsia tidak akan sedar langsung simptom dan disebabkan itu pemeriksaan antenatal sangat penting. Kak Jar sampai kena kejar dengan nurse, bukan tak pergi..terlupa. Hihi.

Antara simptom praeklampsia adalah peningkatan tekanan darah, protein didalam air kencing dan bengkak. Kesakitan dibahagian abdomen atas, muntah, sakit kepala yang teruk dan gangguan penglihatan juga merupakan antara petunjuk praeklampsia.

Kesan

Boleh menyebabkan uri gagal berfungsi dengan baik lalu memberi kesan kepada perkembangan bayi. Dalam kes yang teruk, ibu mungkin dinasihatkan doktor untuk melahirkan bayi caesaran.



2. PLACENTA ABRUPTION


Hal ini berlaku apabila uri terpisah secara keseluruhan atau sebahagian daripada dinding rahim.

Golongan yang berisiko tinggi

i.  Mempunyai tekanan darah tinggi
ii. Berusia melebihi 35 tahun
iii. Mengalami trauma di bahagian abdomen seperti kecederaan akibat kemalangan
iv. Merokok, minum alkohol dan penyalahgunaan dadah

Simptom

Lebih 80 peratus wanita hamil yang mengalami keadaan ini akan berisiko mengalami pendarahan. Melalui ujian imbasan yang dilakukan doktor membolehkan ibu mengetahui kawasan pendarahan.

Rawatan 

Bayi dalam kandungan perlu dilahirkan secepat mungkin melalui pembedahan dalam kebanyakan kes yang serius. Bergantung kepada tahap lekangan, samada pemisahan sebahagian atau yang kecil.


3. GESTATIONAL DIABETES (GDM)

Ia adalah diabetes yang dialami ketika hamil. Tubuh yang biasanya menghasilkan hormon insulin yang mengawal glukosa agar kekal di dalam darah kadangkala terganggu disebabkan oleh hormon kehamilan.

Golongan yang berisiko tinggi

i.   Ibu hamil yang lebih berusia
ii.  Mempunyai indeks jisim tubuh yang tinggi
iii. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes

Simptom

Antaranya adalah dahaga yang keterlaluan, kerap membuang air kecil dan mudah letih. Ujian toleransi glukosa akan dilakukan sekiranya ada gula di dalam air kencing yang dapat dikesan. Ibu hamil akan diberi minum air gula lagi bagi minggu yang ditetapkan untuk mengesahkan ibu mengalami diabetes.

Rawatan

Kebanyakan ibu hamil mengawal diabetes dengan menjaga pemakanan dan senaman. Doktor akan sentiasa memantau tahap gula dalam darah adalah normal. Malah ada ibu yang perlu mengambil suntikan insulin. Walaupun keadaan ini biasanya kembali normal selepas bayi dilahirkan tetapi pemeriksaan susulan perlu dilakukan.



>>>Saya adalah pengedar Sah Shaklee (ID 1144497)
>>>Cash On Delivery untuk customer sekitar Tangkak, Sagil, Jasin, Muar dan sekitarnya.
>>>Penghantaran terus ke depan pintu rumah anda melalui City Link, Pos Laju dan Gedex
>>>Anda boleh hubungi saya melalui:- 019-637 0570

 

No comments:

Post a Comment