Monday 20 February 2017

"Ni je? Bahaya awak ni, Hb awak low sesangat. Jumpa doktor sekarang!"


Terkejut Kak Jar masa tu. Masa ni pregnant anak kedua.

Pandang bacaan pada alat test darah, 5gm%?

Tak percaya test sekali lagi. Bacaan naik pulak dekat 6gm%. Kalau paras Hb bawah pada tujuh (<7.0) means kita berada di tahap teruk.

"Aduh, aku ada anemia ke? Alamak, biar betul akak nurse ni."

Anemia semasa hamil ni berlaku apabila sel darah merah atau hemoglobin (HB) kurang darpada 11gm% 

Buat pengetahuan semua, masalah Hb(Hemoglobin) atau kurang sel darah merah ni adalah sesuatu yang biasa berlaku. Mana taknya menurut WHO, ASEAN merupakan antara negara tertinggi yang ada masalah ni.

Lepas ucap terima kasih pada nurse di klinik desa, Kak Jar capai kunci kereta terus bergegas ke Klinik Kesihatan. Dalam kepala macam-macam pikir. Mau tak risau kan. Seingat Kak Jar takde pulak rasa simptom cam ni:
  • Cepat penat
  • Pucat
  • Pening
  • Pitam
  • Ulser 
Ibu-ibu jangan pandang rendah tau masalah kurang darah merah ni masa preggy, sel darah merah ni sangat pentingggg. Masa preggy sel darah merah n membekalkan oksigen pada seluruh tubuh ibu dan janin tau. Bukan tu sahaja, membantu pembentukan dan pertumbuhan organ-organ penting, tisu-tisu badan janin dan membantu kenaikan berat badan serta ketinggian normal janin. 

Kak Jar ada teringat memang pernah terbaca dalam satu artikel. Ada beberapa faktor yang menyebabkan si ibu mengalami anemia;

1. Kurang makan makanan yang kaya zat besi, asid folik, vitamin B12 dan vitamin C yang tinggi (penting untuk binaan sel darah merah).

2. Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi

3. Chronic blood loss. Perkara ni disebabkan ibu yang mengalami keguguran dan mengandung semula dalam jangka masa yang singkat, gusi berdarah, ulser dah kerap hamil (jarak kelahiran kurang dua tahun)

Komplikasinya pula pada ibu dan anak
  • Keguguran
  • Mati dalam kandungan
  • Kehilangan banyak darah
  • Mudah dapat infeksi seperti demam dan batuk 
  • Pertumbuhan janin terbantut serta kurang berat (<2.5kg)
  • Risiko bayi lahir pramatang dan lemas dalam kandungan 
Sampai klinik, Kak Jar tengok banyak juga kereta. Lamala ni nampak gayanye. Sebaik buka pintu Kak Jar terus bagi buku keramat merah pada nurse. Nurse tu sengih lagi ada. Haha.  

"Tunggu jap ye."

Kak Jar ni takleh duk diam tangan mesti nak pegang sesuatu. Terus cari risalah klinik nak baca. Kak Jar nampak satu risalah pasal anemia. Hah! Macam tau-tau je kan. 

Dalam risalah tu ada tulis faktor yang membantu penyerapan zat besi iaitu pengambilan buah-buahan yang tinggi Vitamin C macam jambu batu, limau, oren, mangga dan buah kiwi. 


Kerapkan makan sumber zat besi haiwan dan tumbuhan. Kalau perlu ambil pil hematik (pil tambah darah) mengikut dos yang disarankan. Kak Jar geleng kepala dah. Pasainya banyaknye nak kena makan. Hee. Tiba-tiba,

"Siti Hajar".

Haa dah panggil pun. Nurse terus bagi arahan gi tandas, amik urin buat blood test pastu dah siap datang sini semula.

Kak Jar pon buat semua tu cecepat. Mau tak suspen tengok darah rendah camtu. Sekali dah siap test, Kak Jar tanya pada staff nurse yang buat test.

"Cik, hb saya okey ke?". Sambil tu dup dap dup dap juga.

"Eh, okey je puan. 12%gm ni. Bagusla tu."

Haa. Ternganga jap. Senyum. Pasaipa nurse klinik desa kata lain? 

Bukan apa, Kak Jar ni yakin sebenarnya tak ada masalah pon hb tu. Hihi. Rahsia Kak Jar nak tau apa? Ni haa kat bawah ni. Alhamdulillah yang bestnya kan, Hb okey, stretchmark pon kurang, mak bertenaga.

SET HAMIL TERBAIK SHAKLEE


Esoknya, Kak Jar pon drive balik semula ke Klinik Desa nak pulang buku salinan klinik. Semalam tak larat. Seelok sampai terus Kak Jar jumpa nurse.

"Kak, ni haa test darah saya. okay je ni kak."   

Nak tahu kak nurse kata apa

"Maafla dik, semalam alat tu rosak rupanya. Ni baru calibrate."
"Haa, ok la Hb awak tu rupenya."

Hahahahaha

Aduihai suspen aje akak tu. So, ibu semua take note. Makan makanan yang seimbang dan lebihkan makanan yang tinggi dan kaya dengan zat besi. Kalau agak-agak tak tahu nak buat, ha boleh cuba set hamil shaklee bebas stretchmark. Lengkap. Selamat dan berkesan. Hihi.

Hubungi aje Kak Jar 019-6370570 kalau nak tahu rahsia setiap satu vitamin tu.

Akak tunggu tau. Tengs :) 




   

No comments:

Post a Comment