Tuesday 25 April 2017

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA 👁👁

Bismillah. Semalam Kak Jar ada share tips mudah untuk kita follow. Hari-hari boleh buatkannnn.

Yang penting dapat kurangkan tekanan pada mata kita. Hari ni Kak Jar nak share antara petua lain serta makanan yang baik untuk mata.



4 Petua Kurangkan Rabun Paling Berkesan adalah::sunglasses:

1. Sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit lihat ke arah objek yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa saya yang jarak 3 meter, lebih baik tengok alam semulajadilah macam pokok. Pandang dalam 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika baca buku pun boleh ikut cara ini.

2. Jenis suka main permainan video seperti playstation, Xbox dan sebagainya. Cuba kurangkan had bermain seperti 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam, kemuadian kurangkan lagi kepada 1 minggu 1 kali sahaja. Permainan ini memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan mata. Alhamdulillah saya ni bukan. hihihi.


3. Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus samada jauh mahupun dekat. Contoh jangan tengok semua benda sambil mata melilau kiri kanan. Ini akan menyebabkan mata kita cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata. Tetapi jangan di paksa sehingga menyebabkan ketegangan mata yang tinggi.

4. Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali. Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat kita boleh tambah bilangan. Ini adalaha latihan hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

5. Amalkan pemakanan yang baik setiap hari untuk penjagaan mata adalah seperti berikut:


a. Sawi 
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu. Nanti boleh jadi kuat cam popeye..putt putt. Hihi

b. Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti.

Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

c. Teh

Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

d. Bawang Putih & Bawang Merah

Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

e. Kacang Walnut

Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.


f. Tomato

Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.


g. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering. (Haa..sebab tu dalam set kesihatan mata shaklee ada ESP. Hee)


h. Telur

Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.


i. Brokoli

Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.


Selamat mengamalkan

Boleh share nanti kutip saham pahala sama-sama. Kesian kawan kita yang ada rabun dan untuk penjagaan mata kita bersama.



Salam sayang,

Kak Jar
Yang suka makan brokoli. Hee

2 comments:

  1. Replies
    1. Hihi tenkiu sinar. Ade amik tak makanan tu. Tak amik kena cuba set kesihatan mata. Hihi

      Delete