Thursday 20 April 2017

BERSYUKURLAH WANITA HAID ANDA TERATUR

Masa hit puberty ekceli Kak Jar tak amik port sangat sal ni.


Well normal la kan bila dah jadi wanita ni kan hehe mestila wajib ada visitor merah tiap bulan.


"Aku dah dewasa woih!". Hahaha



Secantik kuih talam. Hihi




Suka kemain. Tapi tak rupanya..




Yang paling Kak Jar tak sangka itu beri kesan besar dalam hidup.


Masa sekolah menengah dulu biasa geng gegurl sekolah cam segan-segan la bla mai bendera merah ni sebab takot bocor kan especially bila heavy flow hari pertama sampai ketiga camtu.


Masuk alam universiti okay la dia mai cunn. Melambai-lambai suh topup pad lagi. Kalau gi pasaraya asik shopping tuh pehal kan. Hah.


Once dah bekerja, my lifestyle start to change. Sangat tak teratur. Masuk kerja on time tapi breakfast memang heavy dan kolestrol tinggi. Ape tak nye semua bedal yang berminyak. Tiap-tiap hari. Bersenam sekali skala. Still takde yang berubah sangat sebab bersenam sorang-sorang. Sedihhh.


Dah kerja sampai ke malam. Kadang-kadang kena stay lewat malam nak siapkan documentation tender nak kena submit. Balik rumah sewa kat seksyen 7 kepala ting tong. Masa ni kerja kat bukit Jelutong je. Perot menyanyi rancak dalam perjalanan mintak disumbat.


Habes! Fast food yang dicari. Makan lewat malam selalu.



KESAN?



Berat naik melantun-lantun. Haid mula tak teratur. Dulu selalu jot down pada kalendar. Amekawwww. Dekat setaun tak peod weh!



Menurut Majalah Pa & Ma,  12 punca haid yang tidak teratur adalah:


1. KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. (penyebab utama. Jaga berat korang tau)


2. KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. (Time tu mana kawen lagi kottt)
 

3. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
 

4. TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
 

5. MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
 

6. MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
 

7. PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
 

8. TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.(kerja tak betol memang kena marah la kan)
 

9. PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
 

10. TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
 

11. MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
 

12. UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.(masa ni amik teh kurus kunun nak diet sekal mencirit tak sudah. Nyesal!)


***********************************

Yang Kak Jar kaler BIRU tu semua kena pada ai. Cemaner tahu? Buat checkup. Tak senang hati. Masa tu la dah nak kawen. Doktor bagitau Kak Jar ada PCOS. Sedih rasanya. Nanti Kak Jar cerita pasal penyakit ni lagi. But nak bagitau penyakit ni risiko dia, wanita tu akan mengalami kesukaran nak hamil.

Jadi para wanita di luar sana, hargai momen red lady visitor setiap bulan tu yea. Ada sebabnya kenapa Allah ciptakn wanita tu sangat istimewa.  Penting untuk mempunyai kitaran haid yang teratur & lancar kerana ia adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. 

alhamdulillah dah 2 orang anak pon. San anak Kak Jar. Hihi

Especially bagi seorang wanita yang telah berkahwin, kitaran haid yang teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum.

InsyaAllah lain kali Kak Jar sambung cerita dengan semua, alhamdulllah dengan izin Allah swt akak berjaya ikhtiar hamil lepas berkahwin dengan penyakit PCOS :)



Salam sayang,

Kak Jar

Ingat Shaklee, Ingat akak tau. Hihi 

  


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Siti Hajar Mat Jam (Kak Jar)
♥ sms/whatsApp: 019-637 0570
♥ Emel : umibizshoppe@gmail.com
♥ Fb personal: www.facebook.com/hajarmj87 Fb Page : Kedai Vitamin Tangkak sila klik LIKE utk info terkini










No comments:

Post a Comment