Monday 29 May 2017

Sembuh Katarak Tanpa Pembedahan Untuk Mata Kiri

Bismillah

Pengalaman Kak Jar dengan katarak ni adalah dengan arwah atuk. Sedih bila teringatkan arwah atuk yang sangat Kak Jar sayangi. Kak Jar cerita disini supaya kita yang masih ada lebih menghargai orang disekeliling kita. Terutamanya kesihatan mereka.

Kak Jar suka bertandang umah arwah atuk Kak Jar ni..sebelah rumah je pon kan tapi die selalu bagi nasihat. Kadang-kadang arwah akan menyarung cermin mata untuk mengaji. Walaupun masih juga nampak kabur, arwah mesti cari port yang terang. Biasanya tepi pintu, takpun dekat tingkap. Biasanya tahap penglihatan kita semakin merosot seiring peningkatan usia.

Rupanya makin lama kabur mata arwah atuk semakin teruk. Atas sebab faktor usia, doktor sarankan atuk menjalani pembedahan untuk menbuang selaput pada matanya. Kos rawatan lebih kurang RM3,000. Alhamdulillah, berjalan lancar tapi atuk terpaksa berulang alik ke Bentong dari Raub untuk pemerhatian doktor.

Punca Mata Berselaput

Mata adalah organ yang sangat berharga. Apabila mata mengalami tekanan, ia berisiko untuk mendapat kerosakan mata. Antara punca kanta mata semulajadi berselaput dan berkabus adalah disebabkan kerosakan mata yang dipanggil katarak

Cahaya tidak dapat menembusi kanta mata akibat keadaan yang berkeruh lalu bakal menyebabkan rabun dan mungkin paling teruk mata anda lama-kelamaan menjadi buta sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. 

Bagaimana Katarak Terbentuk?

Sebenarnya kanta mata kita terdiri dari daripada air dan protein. Bentuk dan susunan struktur protein adalah penting untuk memastikan kanta semulajadi mata kita dapat melihat dengan sejelas mungkin. Sekiranya terdapat gangguan kepada susunan protein tersebut, kanta mata akan mula menjadi kabur.

  


Secara umumnya, katarak akan menyebabkan gangguan pancaran cahaya dan imej yang tepat pada saraf mata (retina). Gejala yang terjadi adalah
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Penglihatan menjadi kurang pada waktu malam
  • Seringkali menukar kaca mata
  • Warna kelihatan tidak cerah 
  • Silau kepada cahaya yang terang

Faktor Terjadinya Katarak

Kebiasaannya golongan berusia yang kerap mengalami katarak namun terdapat juga kes katarak di kalangan orang muda kerana katarak menyerang sesiapa sahaja malah kanak-kanak turut berisiko mempunyai katarak disebabkan punca dibawah. Antara faktor penyumbang kepada katarak selain daripada peningkatan usia ialah;

1. Terdedah kepada cahaya (UV) yang tinggi. Contohnya seperti matahari, dan gajet-gajet.
2. Berlaku kecederaan pada mata
3. Mempunyai sejarah kencing manis
4. Pengambilan ubat-ubatan tertentu
5. Faktor genetik
6. Pengambilan rokok dan alkohol (bagi non-muslim)

Bagaimana Mengurangkan Risiko Katarak

Adakalanya masalah katarak tidak dapat dibetulkan dengan cermin mata sahaja dan perlu menjalani pembedahan untuk menggantikan katarak dengan kanta tiruan bagi kes kritikal untuk memulihkan penglihatan. Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata:

- Tidak menggosok mata menggunakan tangan sebaiknya gunakan kain bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.
- Jaga jarak penglihatan anda. Sebaiknya 50 cm dari skrin komputer atau televisyen.
- Rehatkan mata dan jangan memaksa mata anda untuk menghadap komputer atau skrin komputer terlalu lama.
- Memakai alat pelindung mata yang lengkap dengan pelindung UV.
- Melakukan pemeriksaan mata jika mata menunjukkan sebarang masalah. Dapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya anda merasakan kelainan pada penglihatan anda.


Shaklee Dan Masalah Katarak

Walaupun dikatakan tiada ubatan dan senaman khas yang mampu membaikpulih katarak, namun saya percaya kita boleh mencegahnya dari awal iaitu dengan membekalkan nutrien yang secukupnya yang diperlukan untuk kesihatan mata. Ikuti kisah dibawah untuk mengetahui bagaimana kataraknya sembuh tanpa memerlukan pembedahan susulan untuk mata kirinya.

[DAH TAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN MEGADOSE DAN CAROTOMAX]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.
.
Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. 
.
Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.
.
Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.
.
Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.
.
Terima kasih

Sumber : SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 : TESTIMONI 44

Semoga perkongsian dari Kak Jar bermanfaat buat semua. Cuma adakala orang yang kita sayang disekeliling kita ada masalah ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Kak Jar di 019-637 0570.


Salam sayang,
Kak Jar
Yang baru sedar mata pon nikmat berharga

No comments:

Post a Comment