Thursday 6 April 2017

11 Manfaat Vitamin C Anda Tak Sangka Terutamanya No.5

Siapa suka makan buah oren? Meh nak sepp sikit!

Untung sebenarnya yang suka makan buah Oren ni. Dulu ingat lagi abah selalu dapat berkotak-kotak buah oren, biasanya masa Chinese New Year la..hehe, kawan abah bagi. Masa tu bubuh semua buah tu dalam peti ais. Bila dah sejuk, uissssh sodapnya. Merecik air oren dalam mulut. 

Banyak khasiat buah Oren ni baik untuk kecantikan dan kesihatan. Nak kata power sangat sampai banyak produk yang ada dipasaran sekarang mesti masukkan Vitamin C jadi bahan utama.

Apa sebenarnya kepentingan Vitamin C ni pada tubuh badan kita sampai semua berebut-rebut nak amik Vitamin C?

1. Baik untuk imunisasi / daya tahan badan dan baik pulih luka

Dos yang betul bagi vitamin C menlindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan tubuh terpelihara daripada jangkitan bakteria, virus dan jangkitan.


Selain daripada dayah tahan penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. 
 
2. Berkesan mengurangkan simptom demam



Demam sangat tak best betol tak. Pengambilan vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan dengan MENGURANGKAN kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selesema dan kesakitan.

Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia membantu mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
 
3. Antioksida yang power

Ekceli tiap hari kita terdedah dengan radikal bebas. Kita je yang tak tahu. Vitamin C adalah antioksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan oksidatif atau "sel karat".


sian kan sel yang sihat jadi sakit :(

Haa pernah tengok kan besi karat? Camtu la sel kita bila terdedah dengan radikal bebas. Silent killer day by day.

Kesan dia? Sangat tak baik. Contoh seperti atherosclerosis iaitu penyebab penyakit jantung dan strok.
 
4. Saluran darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
 
5. Kurus

Haa..jangan main-main tau. Vitamin C pun boleh untuk kurus. Agak-agak macam mana tu? Ok, vitamin C ni membantu untuk menguruskan badan dan mengekalkan berat badan ideal. 

nice la camni kan..hehe
Amalan makan makanan yang kaya Vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak. Insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat.
   
6. Perlindungan dari matahari

Working environment sangat mempengaruhi tau. Andai kata kerja memerlukan kita berjemur sepanjang hari, kita akan terdedah dengan lebih banyak radikal bebas yang terhasil dari berjemur, pencemaran dan kesan rokok.

Antioksida dalam vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah pada cahaya matahari. Selain itu, ia turut mengurangkan kesan selaran matahari yang boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
 
7. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroyproline dan hydroxylysine iaitu dua elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. 

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tak bermaya. Selain itu, kulit akan jadi gebu dan warna tona pada muka sekata. Malah, ia melembapkan kulit dari dalam serta mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
  
8. Penyembuhan luka

Tubuh badan menggunakan vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan cepat. Luka yang lambat cepat adalah tanda kekurang vitamin C. Ia dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
 
9. Melindungi perubahan warna kulit

Penghasilan pyrimidine dimers, punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit) dapat dielakkan dengan pengambilan berterusan vitamin C. Ia bertindak melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit serta barah kulit.



Malah ia membantu untuk kelihatan lebih muda, mencerahkan kulit, masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan.
  
10.Memperbaiki tekstur kulit

Bila salurah darah dibawah lapisan kulit dalam keadaan baik, ia dapat membawa oksigen dan nutrien yang secukupnya untuk menghasilkan kulit yang sihat. Sebaliknya kulit akan menjadi kasar dan kering kerana nutrien yang tidak mencukupi. Krim yang mengandungi vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
 
11. Meningkatkan pertumbuhan rambut 

Ada rambut kering dan bercabang? Haa itulah adalah salah satu tanda kurangnya pengambilan vitamin C dalam diet harian. Nak ke rambut macam tu? Jadi kena amik vitamin C okay.

Sekian perkongsian dari Kak Jar. Jadi tolong makesure dalam diet harian kita ada vitamin C iya. Jika kau orang rasa payahnyer laa nak makan buah Kak Jar, tak sempat. Haa, ni penyelesaian untuk korang. Jeng jeng jeng. Perkenalkan (drum roll) :)

Vitamin C Sustained Release

  • vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.
  • Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
  • sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.
  • Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
  • Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Best kan Vitamin C ni? Best sangat tau.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Siti Hajar Mat Jam (Kak Jar)
♥ sms/whatsApp: 019-637 0570
♥ Emel : umibizshoppe@gmail.com
♥ Fb personal: www.facebook.com/hajarmj87
Fb Page : Kedai Vitamin Tangkak sila klik LIKE utk info terkini


No comments:

Post a Comment