Friday 27 September 2019

Detox Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan

Bismillah


Alhamdulillah terima kasih kerana sudi singgah blog Kak Jar :). Mungkin masih ada yang keliru lagi tentang detox ni. Haa takpe takpe. Hari ni kita santaiiii baca kisah peserta-peserta #JomDetoxJutawan ni.

Dah baca entry dulu? Klik baca sini : Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus

Ramai je yang kata detox ni untuk kurus semata. Walhal badan kita ni sentiasa berfungsi untuk menghilangkan toksin dan perkara yang tidak diingini daripada pelbagai sistemnya. Dari semasa ke semasa, tubuh badan mungkin dapat mengelak daripada pilihan makanan yang tidak sihat, alkohol, kafein, ubat, tekanan, dan toksin alam sekitar yang merupakan sebahagian daripada kehidupan zaman moden sekarang. 

Melalui detox Shaklee, banyak masalah kesihatan yang dapat di selesaikan. Ini kerana kita akan support our organ-organ penting untuk bekerja dengan lebih efisyen lagi dengan nutrisi dari produk Shaklee. Sebab itu saya katakan Detox is More daripada nak kurus semata. 

Ia adalah PELUANG KEEMASAN bagi tubuh badan anda berehat dan melakukan 'pembersihan' dan 'penyembuhan diri' dengan pemakanan yang betul, exercise regularly and suppliment wisely. Reset badan anda untuk menjadi lebih sihat, lebih bahagia dan lebih bersemangat!


Jadi, Apa Masalah Yang Detox Boleh Selesaikan?

Kak Jar nak share pengalaman peserta #JomDetoxJutawan yang lepas dengan anda. 

1. Mengurangi risiko masalah hormon. 



Biasanya masalah hormon ni banyak terdapat pada wanita. Hormon utama wanita iaitu estrogen , progesteron dan testosteron. Masalah hormon ini berkait rapat dengan berat badan atau obesiti, perasaan, penyakit, kecantikan serta tenaga.



Ini antara peserta yang mempunyai masalah hormon. Antara masalah hormon yang dihadapi adalah PCOS atau Sindrom Ovarium Polisistik (PCOS). Ia adalah gangguan hormon yang biasa berlaku di sistem reproduktif kalangan wanita. 

Wanita dengan PCOS mungkin mempunyai tempoh haid yang tidak kerap atau berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan. Akibatnya, agak sukar bagi seorang wanita untuk mendapatkan cahaya mata kerana ovarium dapat mengembangkan banyak kumpulan kecil cairan (folikel) dan gagal melepaskan telur secara teratur [1].


2. Meningkatkan Keyakinan Diri dan Kekuatan Diri


Kita mesti rasa kurenggg apabila orang main bedal je cakap PERUT KITA YANG CHUBBY tu ada anak. Panggg! Mau melayang barang kat tangan kan. Tetapi inilah pengalaman peserta Detox Jutawan, Along Munira Ramli. Beliau Memang patutla wei. Orang kata kat Along Munira Ramli. Beliau rupanya mengandung lelemaks bertahun-tahun sampaikan orang ingat dia yang masih solo menunggu kehadiran cahaya mata. Erkk.


Ceria je kan tuan badan dah bertukar saiz :)



Yang ni Master Ira, kira pangkat great great grandmother saya dalam Shaklee. Pangkat je tua, tapi orangnya muda gitu macam anak dara tauuu :) . Pernah jumpa masa Shaklee Convention Di Sunway. Dan orangnya memang kecil molek. Kita tengok berat 53kg macam dah kurus je kan. Oh no no. 


Oleh itu, beliau nekad untuk dapatkan inchloss dan hasilnya, beliau bertambah yakin dengan bertukar kepada saiz S daripada saiz L.


3. Meningkatkan Kualiti Hidup

Apabila ibu bapa kita meningkat usia emas, tidak ada yang lebih menggembirakan daripada nikmat kesihatan yang baik. Ini berlaku kepada peserta detox kami yang berusia 65 tahun. Bermula dengan melihat si ibu yang mempunyai macam macam penyakit membuatkan hatinya sedih lalu ingin mencuba detoks buat ibunya. 

Alhamdulillah, selepas seminggu detoks, ini respon pada badan si ibu.

" Sakit kepala makin kurang. Kalau dulu, dari tengah malam sampai ke pagi akan sakit. Dulu susahnyaaa nak membuang. Asyik sembelit. Sekarang sangat lancar. Hari hari membuang. Sakit dalam perut pun makin berkurang. Tangan selalu rasa kebas dan keras. Sekarang pun dah kurang. Dah boleh luruskan jari tanpa rasa sakit pun. Kaki ke pinggang pun dah tak sakit bila berjalan." 


Betapa kualiti kesihatannya makin bertambah. Si ibu tak rasa terlalu penat dah. Malah diri makin cergas.

Masyaallah. Banyaknya faedah detoks pada si ibu.  Banyak pahala si anak dapat kan bila ajak ibunya detoks.

Mak ayah anda ada masalah kesihatan? Jom cuba detoks :)


4. Simptom Gastrik Berkurangan


Pedih ulu hati adalah salah satu tanda anda mempunyai gastrik selain muntah-muntah. Ia merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam. Secara tidak langsung ia menyebabkan rasa seakan-akan terbakar di bahagian dada atau tekak. 

Syukur alhamdulillah detoks berjaya mengurangi tanda-tanda gastrik itu.


5. Kulit Wajah Bertambah Berseri dan Bersinar

Ingatkan dalam entry dahulu Kak Jar pernah info, kulit yang merupakan agen detoks terbesar anda akan mendapat perbezaan paling ketara? 



Nahh inilah antara bukti-buktinya :). Kulit kusam atau kulit yang mempunyai iritasi ni berpunca dari diet atau kotoran yang tidak sihat, bahan pencemar, dan bahan kimia yang terkumpul didalam kulit. Tu yang jadi breakout kulit muka. Huhu.


Berseri-serinya kulit dia :)


Sebenarnya, aabila anda detoks, secara tidak langsung kulit anda akan mengeluarkan kekotoran, bahan-bahan pencemar, dan sel kulit mati untuk membantu memperbaharui dan menghidupkan semula kulit anda. Syukurlah, anda telah berjaya untuk detoksifikasi kulit anda dari dalam iaitu dengan Detox Shaklee. Yeayy!


Jadi anda bersedia untuk selesaikan masalah kesihatan anda dengan detoks? Ini baru sebahagian sebenarnya tau :). Belum muncul lagi yang lain. Jom sertai kami hari ini juga. Preview Detoks pon ada disediakan untuk anda fahami lebih lanjut tentang program #JomDetox ni.

Hubungi saya di link ni www.wasap.my/60196370570.

Salam Jutawan,

Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam



Rujukan :
[1] https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/symptoms-causes/syc-20353439

No comments:

Post a Comment