Thursday 26 September 2019

Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus


Bismillah


"Biarlah, nak buat macamana, suami saya memang susah nak kawal makan."

"Isteri, biasalah, dah beranak dan menyusu memang akan gemuk. Nak paksa suruh kurus, sian pulak. Gemuk pun saya tetap sayang dia."



Biasa dengar kan perbualan ala-ala macam diatas ni kan. Inilah dia sayang-sayang gemukkan. Lepas tu dapat penyakit tinggal-tinggalkan. ADUHH, janganla macam tu. Ni nak cerita sikit. Tahu pasal kolestrol tinggi tak?




If nak tahu sudah sekian lama, inilah antara salah satu penyakit tak berjangkit yang saban tahun meningkat statistik dengan jayanya. Tiada yang akan sedar dan mengaku dia tak sihat dan berada di ambang bahaya. Jangan ignore keadaan yang menyebabkan penyakit tak berjangkit ni, sebab sakit macam ni makan dalam tau! Kurus ke gemuk ke risiko nya tetap ada okay.


Detoks Perlu Untuk Hati Anda


Kolesterol adalah lemak yang diproduksi oleh hati dan sangat penting untuk fungsi tubuh. Ia secara semulajadi terdapat dalam dinding sel atau selaput di mana-mana di dalam tubuh, termasuk otak, saraf, otot, kulit, hati, usus, dan jantung. Namun, kolesterol tinggi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit. Bermula dengan pengambilan sugar dan carbs yang tinggi, seterusnya lebihan menjadi lemak didalam hati (Fatty Liver) yang menjadi precursor kepada penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi. 


Sebab itu bila ada yang kata tak perlu la detoks detoks bagai, dah kurus ni. Buat apa kan. Ini sama seperti analoginya sebuah kereta. Bayangkan, kereta anda kotor pada luar berhabuk..mana tak nya ada yang terpaksa lalu jalan kilang, kawasan pembinaan mestila tercemar betul. Anda pon hantar pergi carwash. Kasi kilat itu luar. Wax tayar semua.


Eh, bukak je pintu kereta uwekkk lipas merata-rata bawah lapik alas kaki. Dengan seat yang kotor anak buat tumpah air lagi masyammmm aih. Mesti tak sanggup nak naik. Apa action kita, ofkos la pergi cuci betul. Tu belom kira yang didalam enjin lagi :)


Hopefully analogi Kak Jar membantu anda untuk lebih memahami pentingnya detoksifikasi ni. Begitula ibarat badan kita hari-hari bagi mandian sabun, syampu supaya terjaga tapi kita bagi macam-macam pada badan kita yang kerja hari-hari tanpa henti untuk 


Detoks Untuk Yang Inginkan Wajah Sinar Berseri

Apabila anda memikirkan detoks, perkara-perkara pertama yang kita ingat adalah penurunan berat badan, dan mengeluarkan semua benda 'buruk' dari badan. Tetapi adakah anda tahu bahawa organ terbesar badan anda, iaitu KULIT anda, boleh mendapat manfaat fizikal yang ketara dari detoks?

Kulit kusam atau kulit yang mempunyai iritasi ni berpunca dari diet atau kotoran yang tidak sihat, bahan pencemar, dan bahan kimia yang terkumpul didalam kulit. Syukurlah, ada cara untuk detoksifikasi kulit anda dari dalam iaitu dengan Detox Shaklee. Wehuuu! Untuk sokongan dari luar pula, saya cadangkan Set Kecantikan Shaklee iaitu Youth.






Sebenarnya, aabila anda detoks, secara tidak langsung kulit anda akan mengeluarkan kekotoran, bahan-bahan pencemar, dan sel kulit mati untuk membantu memperbaharui dan menghidupkan semula kulit anda. Bagusnya, kulit anda boleh berfungsi dengan normal serta kelihatan dan berasa lebih baik. Malah, detoksifikasi kulit yang baik dapat membantu anda mengurangkan kemerahan, kekeringan, dan dari mengelupas tau! :)


Detoks Perlu Untuk Kesihatan Menyeluruh

Memetik artikel dari sumber Berita Harian, Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia, Tang Sri Lam Thye, berkata depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga.

Tambahan lagi, kita sendiri tahu bahawa pelbagai gaya hidup dan keadaan persekitaran yang boleh menyebabkan atau tercetusnya tekanan keradangan, termasuk merokok, diet yang tinggi lemak, tinggi karbohidrat, obesiti, radiasi, dan juga pendedahan kepada toksin.


Dalam Detoks Shaklee, penekanan mealplan atau diet panduan pemakanan yang diberi bertujuan untuk MENGUBAH LIFESTYLE (GAYA HIDUP) anda kepada yang lebih sihat disamping tambahan nutrisi dari produk Detox Shaklee yang menyokong proses detoks badan.





Dengan menyokong sistem pencernaan anda melalui pemakanan diet seluruh makanan yang penuh dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda akan membantu mengurangkan keradangan atau inflammation yang boleh mendatangkan pelbagai masalah.


Ubah lifestyle, Detoks Dan Senaman

Nampak kan, bukan sekadar kurus je detoks ni. Mood pon bertambah baik bila kita 'flush out' semua 'racun' pada badan yang boleh selama ni menjejaskan fungsi otak. Keadaan mental dan emosi turut akan jadi lebih baik, pemikiran yang jelas dan tenaga juga bertambah. Melalui detoks juga sistem imun bada bertambah kuat.


Jadi mengerti iya abang dan kakak semua, itu la tujuan kita detox ni bukan sekadar kurus sahaja tetapi dapat mengembalikan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Dan kita sepatutnya tekankan untuk amalkan gaya hidup sihat supaya BILA KITA SIHAT KITA TERPAKSA KURUS. Iye kan kan kan. :)



Maka, ubah la lifestyle kita kepada kehidupan yg lebih sihat. Menjaga pemakanan , detoks dan melakukan senaman demi kesihatan.



Hubungi saya.


Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

No comments:

Post a Comment