Saturday 21 September 2019

Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal


Bismillah

Tajuk posting kali ni macam auch sakitnya tu disini didalam hatiku..hihi. Kak Jar teringat posting dalam entry sebelum ni.




Baca : Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa TWB

Ceritanya adik ni diberi elaun RM400 sebulan dan bekerja dari jam 10 pagi hinggalah jam 10 malam. Walaupun dia hanya membuat praktikal disana namun waktu bekerjanya adalah 12jam! Lebih beberapa jam daripada waktu bekerja biasa. Masa saya praktikal dulu pun elaun lebih kurang juga tapi takde la sampai kena kerja sampai ke malam. Duhh.

Iya, itulah realitinya. Mungkin ada diantara kita yang sebelum ini memang gaji rendah. Bila rendah dan banyak komitmen, rasa agak terbeban dengan gaji kecil. Bila nak berbelanja, makan sedap pun akan terpaksa tahan diri walau nakkk sangat. Sebab apa? sebab kita takut kurang duit dan sengkek di hujung bulan (sebab ada yang gaji awal bulan, keluar duit bayar sini sana dan sebagainya).

Pengalaman Kak Jar masa menetap di Shah Alam dulu tahun 2012-2015. Walaupun masa tu fresh graduate, kerja bidang Engineering dengan gaji sekitar RM2k - RM3k tak dapat nak menyimpan sangat. Kekeke. Tapi betulkan. Komitmen lain macam kereta, pinjaman belajar, belanja harian dan lain-lain.

Cuba kita tengok pada keadaan diri kita sekarang. Andainya kita bekerja, adakah gaji anda cukup setiap bulan untuk buat simpanan 20% dari gaji secara konsisten. Adakah simpanan kita mencecah RM50k selepas bekerja 5 tahun? Kalau ada Alhamdulillah. Kalau sebaliknya? Nak simpan macam mana kalau nak makan pun belum tentu cukup. Sampai orang KWSP cakap (Sumber MalaysiaKini ) :

1) "65% orang Malaysia cuma ada simpanan kurang RM50,000 bila umurnya 54 tahun". 
Maknanya, majority rakyat Malaysia nak simpan RM150 sebulan pun payah.

2) "70% habiskan duit pencen kurang drpd 30-hari". 
Agak-agak, bagaimana nak survive baki umurnya yang masih 10-30 tahun lepas tu?

Kos hidup yang semakin meningkat pada hari ini nampaknya sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Mana tidaknya, gaji RM3000 dan kebawah sudah dikira sebagai miskin bandar jika anda menetap di bandar raya. ( Sumber Sinar Harian : Gaji RM3,800 sebulan tidak cukup tampung kehidupan di bandar )


4 Sebab Kenapa Anda Kena Mulakan Bisnes Awal

Even there is no golden rule yang mengatakan bila perjalanan berbisnes ni namun terdapat kelebihan bagi yang bermula awal. Dari sumber sesawang Entrepreneur.com, terdapat EMPAT sebab mengapa anda harus memulakan perniagaan anda semasa anda masih muda.

1. Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya

Biasa dengarkan pepatah ni. Ya, memang anda mungkin akan gagal beberapa kali sebelum menang besar. Walaupun begitu, anda akan belajar dari kesilapan untuk langkah besar seterusnya. Teringat kisah seorang peraih sawit. Bermula dari pekerja biasa sekarang memiliki lori-lori sawit yang beberapa tan dan beliau juga nyaris disaman kerana tak mempunyai lesen pada awal perniagaannya.

2. Kurang Perkara Yang Dipertaruhkan

Bila memulakan perniagaan, kebanyakannya memerlukan modal kewangan yang besar. Berbeza apabila kita masih muda, umumnya kita mempunyai tanggungjawab yang lebih sedikit. Malah tiada desakan dari mana-mana pihak melainkan pengorbanan masa yang dituntut bagi menjaga perniagaannya.



3. Aset Jangka Masa Panjang

Sekiranya dilakukan dengan betul, perniagaan boleh menjadi salah satu aset jangka panjang terbaik yang boleh anda bina. Letakkan masa sekarang, untuk membuat pendapatan pasif untuk sepanjang hayat anda.

Jika anda mengenali Ikon Mohd Ali, CEO kepada Ally Group Of Companies, beliau berjaya mempunyai 200 buah hartanah pada usia 27 tahun. Muda kann. Dah tu banyak pulak properties. Namun, beliau bekerja sambilan seawal usia 10 tahun sebagai seorang pelayan restoran untuk mendapatkan duit poket tambahan. Oleh sebab itu anda perlu bermula seawal mungkin. Walaupun ia sukar, membina aset jangka panjang selalu bernilai.

4. Anda akan mendapat rasa "dunia nyata"

Memulakan perniagaan adalah cara terbaik untuk mendapatkan pendidikan "dunia sebenar" anda. Masa tu tiada guru atau pengurus yang memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda perlu membuat idea, rancangan pemasaran, matlamat penggalangan dana, menyewa pekerja dan banyak lagi. Apabila anda membuat kesilapan, tidak akan ada sesiapa pun untuk back-up anda. Pelajaran ini tidak ternilai, dan hanya boleh dipelajari dari pengalaman.


Bonus Tambahan!


Saya tahu ramai yang masih menyimpan hasrat nak jadi usahawan.

Ada yang nak tambah pendapatan, bantu suami, bantu ibu bapa, nak berdikari, nak selesaikan hutang, nak buat simpanan... dan lain-lain.

Saya nak offer pada anda..MULAKAN BERMULA BISNES DENGAN MODAL KECIL DAHULU IAITU RM65.


Anda akan nikmati:

✅ Layak terus menjual dengan keuntungan 25% (belum masuk bonus)
✅ Bimbingan tentang produk & copywriting serta marketing yang up to date.
✅ Support group yg membantu anda berjaya
✅ Kursus bisnes & pemasaran online percuma dari otai bisnes yg dah berjaya.
✅ Pasif Income Unlimited Reward 3C

Ya betul, hanya bermula dengan serendah RM65 sahaja.


Atau

Anda juga boleh memilih untuk bersama kami dalam Projek Spa Bergerak : The Walking Beauty dimana kami 100% menggunakan produk dari Shaklee yang diyakini SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. 

Baca : Kursus Spa Termurah Dipasaran dan Kelebihan Bisnes Spa TWB






Sejujurnya, tidak pernah terlambat untuk memulakan perniagaan malah seawal SPM sekali. Walau bagaimanapun, terdapat masa yang optimum - dan dalam masa muda anda. Jadi keluar dari sana dan dapatkan kerja!

Hubungi saya.


Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

No comments:

Post a Comment