Wednesday 25 April 2018

4 Mekanisme Penuaan Peringkat Selular

Bismillah

Sel badan kita akan mengalami 4 mekanisme penuaan sel-sel badan. Kenapa kita nak highlight pada sel? Kerana setiap sel sangat penting.

Sel mempunyai fungsi untuk badan kita seperti organ, tisu dan sistem badan kita bekerja dengan bagus. Bila setiap sel lebih sihat tubuh badan akan lebih sihat dan boleh buat kerja dengan lebih bagus.

Jika sel rosak badan kita akan dapat kesan dan rosak. Akan tidak sihat dan dapat penyakit, lemah dan sebagainya

4 Mekanisme Penuaan Peringkat Sel

1. Kemusnahan DNA.

Setiap hari berjuta-juta DNA dalam sel kita akan rosak dan musnah. Jika ada banyak rosak dan musnah penuaan sel akan berlaku lebih cepat.

Jika banyak rosak dan musnah, penyakit seperti cancer berpotensi akan dapat.

Jadi pentingnya kita protect DNA supaya tidak rosak atau musnah dengan banyak. Jika kita expose kepada faktor-faktor seperti tekanan, diet yang salah dan sebagainya, kita akan mempercepatkan lagi kemusnahan DNA sel badan kita.

Adakah DNA penting? Jawapannya Ya. DNA merupakan kod yang menentukan characteristic pada sesuatu organisma. Contohnya, kita dapat DNA daripada ibu bapa.

DNA ni perlu di jaga sebab fungsi DNA sangat banyak. 1 sel tubuh badan kita ada 2 meter DNA. Betapa pentingnya kita protect sel supaya DNA kita dapat dilindungi. Fakta menarik tentang DNA. 1g DNA memegang info sebanyak 2 trillion CD.

Maksudnya orang tu semakin cepat penuaan berlaku, DNA dia semakin ringan.

Bila ringan CD ringan dan information pun ringan jugak dia akan pegang.Sebab tu kena jaga DNA kita untuk menjaga characteristic kita dan jugak menyimpan infromation yang di perlukan oleh badan kita.

2. Tenaga sel semakin berkurangan.

Maksudnya bilangan mitochondria pun semakin berkurangan. Yang merah tu adalah mitochondria.


Apakah itu mitochondria? Mitochondria adalah organel yang penting untuk sel kerana ia akan bantu untuk menjanakuasa tenaga.

Jika anda lihat pada gambarajah, nutrien yang anda makan akan bertukar menjadi ATP atau pun kita panggil tenaga untuk sel itu membuat kerja. Dalam satu sel ada banyak mithochondria.

Bila kita semakin berusia , mitochondria semakin berkurangan. Kenapa pentingnya mitochondria? Ia sangat penting kerana, bila sel nak buat proses yang sepatutnya pada badan kita seperti nak bezakan sel, menumbuhkan sel-sel yang baru, nak bagi signal pada cell dan ada juga sel akan mati, maintenance untuk pertumbuhan sel, untuk sel cycle.

Itu semua merupakan kepentingan mitochondria. Mitrocondria penting untuk sel itu sendiri ada tenaga untuk melakukan kerja yang sel itu nak buat. Jika penuaan semakin cepat , tenaga sel akan berkurangan dengan lebih cepat.

Nampak tak bahayanya bila proses penuaan berlaku lebih cepat

3. AGE Protein 

Ia adalah satu protein yang berbahaya dalam badan kita sebab jika seseorang mempunyai AGE Protein yang tinggi dalam badan dia, penyakit berkaitan dengan penuaan akan semakin cepat.

AGE Protein ini didapati dengan 2 cara. Faktor pertama melalui pemakanan. Contoh pada pemakanan adalah tinggi dengan bahan pengawet, tinggi pewarna, makanan fried food, fast food yang banyak pengawet. Itu semua mempunyai AGE protein.

Faktor kedua adalah lebihan gula atau karbohidrat dalam badan kita yang tak digunakan. Bila dia jumpa dengan lemak dan protein, dia akan combine menjadi AGE Protein. AGE Protein bagi kesan yang sangat bahaya kepada organ seperti otak. Banyak study menunjukkan

AGE Protein ini boleh dikaitkan dengan penyakit enzimer, organ buah pinggang yang buatkan buah pinggang sukar berfungsi, high kolestrol boleh jadi sakit jantung dan strok dan juga penyakit kencing manis. AGE Protin memang tinggi yang berkait rapat dengan organ tadi.

4. Kepanjangan telomere semakin pendek.

Maksudnya pemendekan telomere menjadi semakin cepat.

Apa itu tolemere. Ia berada dihujung kromosom. Kita panggil protective cap. Ia untuk melindungi DNA. Apabila proses penuaan semakin cepat, telomere menjadi semakin pendek.


No comments:

Post a Comment