Tuesday 24 April 2018

8 Kebenaran Tentang ESP Yang Orang Taknak Anda Tahu

Bismillah

Haa teruja kan nak tahu tentang ESP Shaklee ni. Terbaiklah siapa yang amalkan ambil ESP ni.

ESP ni merupakan pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1960-an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi menjamin kesihatan dalam jangka panjang.

Jom baca fakta selebihnya kenapa ESP Shaklee ni antara TOP 10 PRODUK Shaklee. Beza sangat ke kan protein soya ESP ni. Jom layan fakta kebenaran ini~

 
FAKTA ESP 1 : 

Antara produk senior shaklee kerana sudah 57 tahun dalam pasaran. Kalau orang ni dah terlebih-lebih asam garam kehidupan matang sangat. Tetapi Shaklee tetap juga buat kajian utk jaga kualiti soya ESP itu sendiri.

 
FAKTA ESP 2: ORGANIK DAN “NON GMO”

Fakta mengenai ESP yang lain ialah ia diperbuat dari sumber kacang soya yang bukan GMO (Genetically Modified Organisme). Sebenarnya kacang soya sekarang banyak diubah genetik supaya dapat hasil dengan lebih cepat, kurangkan rosak, kurangkan risiko terkena serangan serangga perosak dan penyakit. Dalam kata lain, supaya dapat meminimumkan modal dan memaksimakan keuntungan.

Tetapi kacang soya yang digunakan Shaklee disahkan melalui program IPP (Identity Preservation Program). Kacang soya dipantau dengan ketat sekali sejak ditanam, dituai sehinggalah diproses.

 
FAKTA ESP 3: SATU-SATUNYA PRODUK YANG MENGANDUNGI KESEMUA 9 ASID AMINO PENTING

Protein terdiri dari 21 asid amino. 12 daripadanya dihasilkan oleh badan (non essential amino acid). Manakala 9 lagi adalah essential amino acid yang hanya diperoleh dari makanan. Fakta mengenai ESP adalah ia mengandungi kesemua kesembilan asid amino tersebut.

Soya adalah satu-satunya protein tumbuhan yang menyerupai protein dari haiwan.
 
Protein ni diibaratkan seperti batu bata yang membina rumah. Seperti itulah perlunya protein terhadap badan kita. Sebab itu kalau anda baca testimoni ESP, ada bermacam jenis testimoni (kuku, rambut, kulit, tenaga, rahim etc). Nak buat macam mana, ESP ni memang membantu badan untuk sihat dari hujung kaki ke hujung kepala.

 
FAKTA ESP 4: KACANG SOYA DICUCI MENGGUNAKAN AIR SEJUK

“Dr Shaklee knew that by using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phytoestrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positives benefits of soy and only 12 to 20 negatives studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.”

Betapa shaklee sangat menjaga kualiti.
Terdapat sesetengah protein soya diproses dengan alkohol.
 
Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.

Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

 
FAKTA ESP 5: DIPROSES PADA SUHU RENDAH AGAR PROTEIN TIDAK ROSAK

Fakta protein adalah rosak pada suhu yang tinggi. Fakta ESP pula adalah diproses pada suhu rendah. Sebab tu kalau bancuh susu untuk baby, kena bancuh dengan air suam. Bukan air panas.

Protein yang kita biasa makan seperti ayam, ikan dan daging lebih susah diserap badan kerana protein yang dimasak akan berubah strukturnya kepada bentuk gumpalan.

Amalan pemakanan seharian kita belum tentu dapat protein secukupnya. Sumber protein boleh musnah juga bila terlebih masak. Katakanlah kita makan ayam/daging tiga pinggan namun kita tidak tahu berapa je protein yg kita dpt. Selebihnya dapat kolestrol. Hee.

 
FAKTA ESP 6: KANDUNGAN GLISEMIK INDEKS (GI) RENDAH

GI adalah kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos atau tenaga.
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah.

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggimanakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

Tu yang kalau korang perasan, bila makan nasi putih, kita akan cepat lapar? Ini kerana nasi mempunyai GI yang tinggi iaitu 78. Glukos yang tinggi itulah yang menyebabkan kita rasa malas dan melepek sahaja selepas makan.

GI bagi ESP adalah sangat rendah iaitu 39. Tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan sebab itu ESP adalah alternatif terbaik untuk sarapan, diet,pesakit diabetis dan mereka yang mempunyai gastrik

Tahukah Anda?

Amatlah penting untuk sentiasa mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah  dalam pengurangan berat badan dan demi penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.


FAKTA ESP 7: TIADA KOLESTROL DAN ASID URIK

ESP tiada kolestrol kerana ia diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. Ada juga kajian yang dibuat menunjukkan ESP mampu membantu menurunkan kadar kolestrol badan seseorang.

ESP juga tidak mempunyai asid urik kerana ia tidak diproses oleh badan. Jadi, tiada masalah jika pesakit gout mahu mengambilnya.

Jika dibandingkan dengan protein haiwan, selain daripada suntikan hormon, terlebih consume protein haiwan boleh dapat kolestrol.

 
FAKTA ESP 8: MENGANDUNGI KALSIUM YANG DITAMBAH

Fakta mengenai ESP yang terakhir adalah ia membekalkan 50% keperluan kalsium harian. ESP ditambah kandungan kalsium untuk meneutralkan asid phytic di dalam soya. Asid phytic boleh menghalang penyerapan zat dan mineral oleh badan. Kandungan kalsium ni sangatlah penting untuk saya yang sedang menyusu badan tau

The Institute of Medicine, bahagian dari National Academy of Sciences, Amerika Syarikat, membuat rekod keperluan protein harian sebagai berikut:
1. Bayi (0-6 bulan) - 9,1 gram per hari
2. Bayi (7-12 bulan) - 11 gram per hari
3. Remaja laki-laki (14-18 tahun) - 52 gram per hari
4. Gadis remaja (14-18 tahun) - sampai 46 gram per hari
5. Lelaki dewasa - sekitar 56 gram per hari
6. Wanita dewasa - sekitar 46 gram per hari
7. Perempuan Hamil atau menyusui - sekitar 71 gram per hari

Satu hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Woww sangatkan.

Setiap 850g (Satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

Dalam setiap 1 hidangan ESP ada 14gm protein soya. Jadi sebab tu direkemen kan oleh Shaklee ambil 28g aka 3 sudu hidangan ESP sehari. Blend sekali dengan buah, perghh terangkat u all!

Itu sahaja dari Kak Jar.

Happy reading.
Sekian~ ^_^ 

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty

No comments:

Post a Comment