Tuesday 24 April 2018

ESP Shaklee ~ Bukan Sekadar Soya Biasa

Bismillah

Kak Jar nak share pulak pasl ESP hari ni. Yeahh. Inilah die tepung ajaib shaklee yang menjadi peberet sepanjang zaman. Hee. Ada RAHSIA yang lebih besar untuk korang, jadi terpaksa baca yang POWER lagi pasal ESP okay.

Korang tahu tak berapa umur ESP ni? Haa. Nak share sejarah Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Shaklee telah menghasilkan minuman yang bersumberkan protein soya sejak 1961 lagi dan yang pertama di dunia. Kajian & penambahbaikan ke atas ESP dibuat dari semasa ke semasa. 

image result for ESP shaklee
Ce kira. Haa dah 57 tahun umur dia tau. Jadi mana yang takot-takot nak minum ESP tu toksah risau, selama 57 tahun jugak ESP ni diminum dengan selamat dan membantu ramai orang mendapat kehidupan yang normal dan sihat.

Sebelum kita berkenalan dengan ESP, saya nak share general knowledge yang berkaitan dengan ESP. Sangat penting untuk kita faham dan hadam, supaya bila ada yang bertanya kita boleh jawab dengan ILMIAH.

Sebelum kita tahu apa keperluan protein lengkap, kita perlu tahu dulu apa itu "PROTEIN".
image result protein soya ESP Shaklee

1. Apa itu Protein

Protein adalah molekul organik yang kompleks dan besar yang memainkan peranan penting untuk organisma hidup macam kita. Protein juga adalah zat yang paling banyak di dalam badan selepas air.

Mudah ceritanya,

Protein adalah blok bangunan untuk tubuh kita. Protein ini merupakan makanan kepada sel di mana struktur asas badan manusia yang juga adalah terdiri daripada sel. Ia juga diperlukan untuk membina tisu, otot, tendon, organ serta kulit dan sistem tubuh kita jugak. Kalau nak buat rumah tak ada batu blok, mudah tak? kukuh tak bangunan? jadi tak rumah? macam tu lah umpamanya.

Dari SEL > TISU > ORGAN > SISTEM.

Malah protein juga merupakan komponen utama kepada hormon manusia termasuklah meransang fungsi psikologi. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit.

Dan Asid Amino pula adalah unit asas untuk protein.

2. Fungsi Asid Amino 

Pernah dengar tak asid amino @ amino acid ni? 

Ada 20 jenis Asid Amino utama dalam perkembangan tubuh badan tetapi hanya 11 sahaja yang badan kita boleh hasilkan manakala 9 lagi perlu di ambil daripada pemakanan.

Setiap anggota tubuh kita mempunyai struktur protein yang berbeza protein kuku lain, rambut lain macam tu. Memang kompleks sungguh tau!

Asid Amino mewujudkan pelbagai bentuk protein dalam badan.

Ia perlu digabung bersama untuk membentuk struktur rantaian untuk setiap jenis protein - sama ada protein dalam tulang, rambut atau kuku yang mempunyai ciri-cir khas tertentu.

Asid Amino terbahagi kepada Asid Amino Perlu dan Asid Amino Tidak Perlu.

a. Asid Amino Perlu
- Tidak dapat disintesis oleh badan dan hanya dapat melalui pemakanan.
- 9 jenis asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh manusia.
- Protein kelas pertama mengandungi semua Asid Amino
- contoh: Proteins sumber haiwan & tumbuhan

b. Asid Amino Tak Perlu
- Dapat disintesis oleh tubuh, dihasilkan daripada asid amino yang lain.
- 11 jenis asid amino tak perlu yang diperlukan oleh tubuh manusia
- Protein kelas kedua.
- contoh: Protein sumber tumbuhan

3. Isoflavones dalam protein
Isoflavones adalah struktur kimia yang sama dengan estrogen. Sebab tu isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat dari kelebihan estrogen.

Pengambilan isoflavones boleh elak kita daripada penyakit kanser payudara, kanser prostat, gejala menopause, serangan jantung dan osteoporosis. Jadi segala manfaat kesihatan tu datangnya dari Isoflavones ni lah.

Jadi mana nak dapat isoflavone ni? Ofkoslah sumber yang terbaik adalah daripada soya. Jom teruskan.

4. Sumber protein terbaik

Sumber protein kita boleh dapat dari haiwan dan tumbuhan. Tahukan yang ni? Kita tengok apa perbezaan, kekuatan kekurangan kedua-dua sumber ini.

>> Sumber protein dari haiwan antaranya ayam, daging, tenusu, telur, susu, ikan, daging.

image result for sumber protein ayam

Realitinya sukar untuk tidak mengambil sumber ayam  dalam diet. Namun ketahuilah, suntikan-suntikan yang tersenarai tu boleh beri kesan pada kita. Sekiranya hari-hari kita makan ayam kan maka sedikit demi sedikit bahan kimia kesan daripada suntikan tadi terkumpul dalam badan.

Betul ke betul sangat?

Begitu juga jika melibatkan penternakan commercial possibility tinggi kerana ia memerlukan pemilihan makanan yang sesuai agar ayam cepat membesar untuk dipasarkan. Makanan tambahan yang diberikan seperti jagung, dedak paling terkenal dalam teknologi diubahsuai genetiknya, begitu sama juga dengan dedak.

Sebagai contohnya komersial penternakan ayam memerlukan suntikan vaksin dari awal sehari lagi. Nak tunggu ayam tu besar dan sesuai dipasarkan dah berapa banyak suntikan yang diambil. Dan kita pulak makan ayam-ayam tu! Gulp.

>> Sumber protein dari tumbuhan ada juga tapi tak complete seperti sumber dari haiwan.

Sebagai contoh whole grains, taugeh (any beans), soya dll.

image result for kelebihan protein soya
Jadi, secara tak langsung nampak tak kenapa kita perlukan PROTEIN LENGKAP @ COMPLETE PROTEIN ni?

Paling penting untuk tubuh kita, bagi makan protein lengkap pada sel kita, tisu-tisu badan jadi sihat , organ kita tip top maka sistem badan kita berfungsi dengan baik.

Mereka bertindak sebagai "spare part" untuk wear and tear of living. Setiap waktu kehidupan kita, protein sel di seluruh badan kita - sel darah merah, sel imun, hormon dan enzim sedang dipecahkan.

Protein sel tengah bina dan membentuk hormon penting seperti insulin, adrenalin, tiroksin, yang mengawal berat badan, aktiviti seksual dan metabolisme.

Mereka juga berfungsi sebagai sumber panas dan tenaga apabila terdapat kekurangan karbohidrat.

Nampak dah ye betapa besarnya keperluan protein lengkap ni untuk kita semua. Seisi keluarga. Mak, ayah, tok nenek, adik beradik, anak-anak kita jugak.


image result for mitos soya
Kita selalu dengar macam-macam pasal soya, penyebab kanserlah, anginla, sejuk. Jadi timbul ke was-was tu? Haa meh baca mitos pasal soya ni.

1. Myths : Soya bukan sumber protein yang baik.

Fakta : Vegans dah explore semua makanan protein. Malah, kacang soya adalah yang dikenali sebagai protein lengkap, yang bermaksud ia mengandungi semua asid amino penting yang perlu kita dapatkan dari makanan kerana ia tidak boleh dibuat oleh tubuh.

2. Myths: Soya penyebab kanser

Fakta: 

a) Kanser payudara
Kanser payudara disebabkan estrogen, dan ya, soya boleh bertindak seperti estrogen. Tetapi tidak ada kaitan langsung yang mengatakan soya boleh menyebabkan kanser.

Diet tradisional Jepun sehari 25-50 mg isoflavon (phytoestrogens) dalam 2-3 hidangan soya dan hampir 10,000 orang pesakit kanser payudara, mereka makan lebih banyak soya selepas diagnosis. Hasilnya, pengurangan 25% pada 7.4 tahun selepas diagnosis.

Baca sini,

b) Kanser prostat
Kajian China mendapati bahawa mereka yang consume soya mempunyai kemungkinan yang paling rendah untuk pembentukan kanser prostat, dan, lebih banyak lagi, soya dapat mengurangkan risiko kanser merebak ke seluruh tubuh.

Baca sini,

c) Kanser ovari
Beberapa kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan isoflavones dikaitkan dengan pengurangan kanser ovari. Kajian The Japan Collaborative Cohort Study, yang terdiri daripada 64,327 wanita, mendapati bahawa pengambilan tauhu mungkin mempunyai tindakan pencegahan terhadap kanser ovari.

Baca sini,

3. Myths: Soya mengganggu kesuburan

Fakta: Jawatankuasa Jabatan Keamanan pada tahun 2003 melaporkan tidak ada bukti bahawa orang yang secara teratur makan banyak soya, seperti orang Cina dan Jepun, telah mengubah perkembangan seksual atau kesuburan yang merosot.

Perlu diingat bahawa China adalah negara yang paling ramai penduduk di dunia, dengan lebih daripada 1.3 bilion warganegara, dan telah memakan soya selama lebih dari 3,000 tahun.

Boleh baca detail ya,




4. Myths: Lelaki minum soya jadi lembut (ada breast)

Pernah dengarkan orang kata lelaki minum soya jadi lembut? nak tahu asalnya dari mana?

Fakta: Hanya 1 je case study ke atas lelaki usia 60 tahun ada breast, serta disfungsi seksual, selepas ambil tiga liter susu soya setiap hari selama enam bulan. Gejala-gejala itu hilang selepas pengurangan pengambilan soya.

Tapi tak tahu sejarah history lelaki ini or any komplikasi dari ubatan.

Kajian kes ekstrem tak hirau lah,cuma satu case study jekan. Pengambilan soya kelihatan sangat selamat pada paras normal dan sederhana, bahkan di atas paras penggunaan lelaki Asia yang agak tinggi.

Masalah mungkin timbul apabila soya digunakan pada tahap 10x kali norma selama beberapa bulan pada suatu masa.

Ramai orang mendakwa bahawa penggunaan soya akan mengubah hormon seks pada lelaki. Dalam beberapa kajian yang mengkaji protein soya atau suplemen isoflavone, lelaki tidak mengalami perubahan ketara dalam testosteron, testosteron bebas, estrogen, hormon seks mengikat protein globulin, atau kualiti air mani.

Baca sendiri,



Kenapa ESP adalah TOP TOP produk Shaklee di Malaysia?

Kerana sumber ESP adalah Non-GMO atau Non Genetically Modified Organism merujuk kepada bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK.
image result for soya shaklee non gmo

GMO atau Genetically Modified Organism bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).

Korang jangan compius dengan organik ye.. 2 benda berbeza tau ni.

Maksudnya, proses pengambilan gen daripada satu spesis yang lain dengan tujuan untuk hasilkan sesuatu yang kita kehendaki dengan ciri-ciri yang diinginkan.

Dalam proses Genetic Engineering, jurutera genetik sebenarnya telah menemui kesan-kesan sampingan tumbuhan yang berciri GMO ini.

Apakah kesan-kesan sampingan tersebut?

-Tumbuhan berciri GMO menghasilkan toksin
-Memberi tindak balas dengan cuaca secara berbeza
-Mengandungi sama ada terlalu banyak atau terlalu sikit nutrient
-Menyebabkan punca penyakit atau rosak dan akhirnya mati

Kajian terhadap pemberian makanan GMO ini terhadap haiwan yang mengambil makanan berciri GMO ni akan mengalami..

-Ketumbuhan sel yang berpotensi pra-kanser
-Kerosakan sistem imunisasi
-Kebarangkalian mempengaruhi hati, otak dan testikal yang lebih kecil
-Hati melalui proses kemerosotan separa ataupun kepadatan meningkat
-Mempunyai bentuk sel nucleus yang ganjil
-Kehamilan palsu dan kadar kematian yang tinggi.

Boleh juga baca sini 8 Fakta Menarik Tentang ESP

image result for kenapa pilih esp

1. Glisemik Index rendah
Glisemik Index ialah tahap cepat atau lambat makanan yang kita makan ditukar menjadi glukosa.

Mengikut Dr Zubaidi dalam blognya, Index Glisemik telah diperkenalkan oleh seorang ahli Sains yang bernama Dr Jenkins, pada tahun 1981.

Ianya telah dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition. Ianya telah dijadikan panduan untuk menilaikan jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah.Secara tidak langsung kajian beliau telah memberikan impak mengenai kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.

Glisemik Indeks Rendah bila makanan lebih lambat menjadi glukosa iaitu pada nilai kurang dari 55.

Pada nilai 56 hingga 69 pula dipanggil Glisemik Indeks Sederhana.

Manakala makanan yang mudah dan cepat dihadam dan ditukar kepada glukosa iaitu pada nilai lebih dari 70 ke atas dipanggil Glisemik Indeks Tinggi.
Image result for glisemik indeks
Untuk makluman, GI ESP adalah 39 ya.

2. 9 Asid Amino Perlu
image result for perbezaan soya esp

3. Bekalkan 14gram Protein Lengkap.
image result for esp shaklee

kalau nak banding ikan cot, yang orang kata tinggi protein tu, ESP lagi power la.. tak leh lawan. ikan cot 85gram baru bekal 20gram protein. ESP 28gram bekal 14gram protein.

4. Non GMO

Program Pemeliharaan Identiti adalah perkhidmatan sukarela yang menyediakan syarikat-syarikat yang ambil bahagian dengan pengesahan pihak ketiga yang independent, pengenalpastian, pemisahan, dan kebolehlesanan ciri unik dan bernilai tambah produk mereka.
image result for esp non gmo soya
Pengesahan diberikan pada setiap peringkat, termasuk benih, pengeluaran, pemprosesan, dan pengedaran. Pembeli yakin bahawa identiti produk dipelihara dari peringkat pengeluaran yang diminta.

5. PDCAAS PDCAAS (Protein Digestability Corrected Amino Acid Score

Protein Digestability Corrected Amino Asid Score(PDCAAS) unutk ESP adalah 1.0. Score sama dengan susu lembu, telur yang yang protein kelas pertama tadi.
image result for ESP soya berkualiti tinggi
Apa dia PDCAAS ni?
>> Suatu kaedah untuk mengukur kualiti protein berdasarkan asid amino yang diperlukan oleh manusia dan kebolehan untuk mencerna.

ESP sangat SPECIAL ye, Boleh kata semua set kita boleh gabung dengan ESP ni.

Set Hamil
Set Berpantang
Set Menyusu
Set Kencing Manis
Set Tambah Tenaga
dan lain-lain

Nak kurus, nak gemuk semua pun boleh, Nak cantik lagi lah boleh

Nutrisi yang direkemen untuk kita orang Malaysia. Latest ni

Recommended protein intake untuk Malaysian. Boleh refer sumber yep.

Image result for protein intake malaysian

Sumber :
http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf



Sebarang pertanyaan :

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty


No comments:

Post a Comment