Tuesday 24 April 2018

Minyak Ikan Terbaik Omega Guard Shaklee

Bismillah
 

Apa itu asid lemak Omega-3?

Omega-3 merupakan lemak tidak tepu yang diperlukan (EFAs) oleh badan manusia. Kiranya, lemak baik lah. Bukan lemak-lemak jahat yang menggemukkan. Membran saraf-saraf anda, saluran darah dan otot-otot adalah terbina daripada asid lemak.

Badan manusia tak mampu untuk mengeluarkan sendiri asid lemak omega-3 ni. Tapi kita boleh dapatkan omega 3 ni daripada makanan yang kita consume bagi tujuan mengekalkan tubuh yang sihat.

Apa makanan yang mengandungi Omega-3 ni?


Ikan, kacang walnut, sayuran hijau, algae dll. Tapi adakah cukup asid lemak omega-3 ni jika kita hanya bergantung kepada apa yang kita makan sahaja? (Nanti kita akan jawab soalan ni)

3 jenis omega-3 yang utama adalah :
1. DHA (docosahexaenoic acid)
2. EPA (eicosapentanoic acid)
3. ALA (alpha-linolenic acid).

Nanti next kita akan berkenalan dengan DHA, EPA dan ALA ni okay.

Asid lemak omega-3 ni actually dalam bahasa inggeris adalah (Omega-3 fatty acids). 

PERANAN ASID LEMAK OMEGA-3

Omega-3 merupakan sebahagian daripada membran sel dan mempengaruhi fungsi receptor cell (sel ransangan). Omega-3 menyediakan titik permulaan untuk membina hormone dan mengawal penggumpalan darah, contraction dan relaxation of artery wall. Omega-3 
juga mengikat kepada reseptor dalam sel yang mengawal fungsi genetik.

Omega-3 ni sangat penting untuk fungsi badan kita. TAPI, badan kita tak menghasilkan lemak ni. Kita dapat omega-3 ni hanya daripada makanan yang kita consume. Jadi, cukup tak sebenarnya omega-3 ni dalam badan kita?

If baca tentang minyak ikan ni, di luar negara (developed countries) memang diorang sangat pentingkan minyak ikan sehingga terover consumed sebab semua study tentang omega-3 ni tunjuk kebaikan kepada kesihatan terutama kepada jantung dan perkembangan otak.


So, moving to next which is EPA, DHA dan ALA.

EPA dan DHA ini kebanyakannya adalah datang daripada ikan sehingga dikenali sebagai marine omega-3.

Okay, research tentang minyak ikan ni dah banyak tau. Sejak 50 tahun lepas dah TAPI research tentang EPA dan DHA ni baru giat dilakukan sejak 15 tahun yang lepas. Taklah baru sangat tapi barulah jugak.

Siapa yang perlukan EPA dan DHA ni? 


Okay kategori yang pertama adalah kanak-kanak. Kanak-kanak sangat memerlukan DHA untuk tumbesaran dan perkembangan otak. Central nervous system (CNS) dan retina (mata) sangat memerlukan DHA ketika tumbesaran di dalam rahim. Sebab tu ibu-ibu mengandung sangat penting ambil DHA daripada minyak ikan. Bukan ketika mengandung je tau, waktu menyusu pon. Sebab apa? Sebab.. Kanak-kanak masih memerlukan DHA sehingga mereka mula bersekolah. Nak anak bijak, boleh amalkan pengambilan minyak ikan ni sejak kecil.

Selepas umur 5 tahun, perkembangan otak dan CNS akan mula slow. Waktu ni lah, badan kita dah tak memerlukan sangat DHA.

Waktu ni lah, waktu yang paling baik untuk kita tingkatkan EPA dalam pemakanan.

EPA boleh membantu childhood behaviour dan academic perfomance seperti fokus, perhatian dan mengurangkan agresif.

Untuk orang dewasa, EPA sangat membantu untuk kesihatan mental termasuk depression dan dyslexia. Selain tu, EPA juga bantu melindungi genes dan kitaran sel. So, kalau EPA ni cukup, kita boleh mencegah daripada penyakit2 kronik seperti sakit jantung, masalah sendi dan tulang, neurodegeneratuve disease seperti Parkinson.

Bila kita makin tua, fungsi kognitif dan kemerosotan fungsi otak banyak berlaku seperti alzheimer dan dementia. Bila penyakit ni dah serang, struktur otak memang dah musnah. So macam mana kita nak bantu? Waktu ni DHA mainkan peranan semula. Bukan untuk menyembuhkan, tapi hanya untuk memberi sokongan.

So, kalau kita ambil EPA ni, kita boleh mencegah daripada kehilangan lebih banyak brain tissue.

Sekarang semua dah faham tentang Omega-3, EPA dan DHA?


Yang ni agak panjang, tapi sangat penting untuk kita faham. Once kita faham tentang EPA, DHA. Kita akan faham kenapa penting sangat omega-3 ni kepada tubuh kita..

Sebelum saya study tentang Omega Guard Shaklee, saya memang fokus kepada Omega-3 secara am sahaja.

KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan lima lagi asid lemak semulajadi.

Omega Guard Shaklee sangat istimewa kerana :
1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat.

Peringkat 1 -Menyingkirkan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCB's dll.

Peringkat 2 -Proses ini juga membantu memekatkan dan menulenkan omega-3.
Peringkat 3 -Mengurangkan bau dan rasa hanyir.

2. Minyak ikan kecil dari laut dalam

Kenapa Shaklee pilih ikan kecil laut dalam? Kerana, laut dalam jauh dari pencemaran seperti kapal dan toksik.

Kenapa ikan kecil?


Kerana, secara logiknya jika ikan besar maka semakin banyak kandungan toksik yg ada pada ikan tersebut.

3. Kualiti terjamin, minyak ikan bergred farmaseutikal. Ia juga mepunyai ketulenan tinggi, tiada kontaminasi dan selamat dimakan.

4. Diiktiraf oleh Friends of The Sea.

Yang ini adalah the most interesting part of Omega Guard Shaklee iaitu, shaklee punya omega guard mengandungi kandungan DHA dan EPA yang sangat tinggi which is good for our body.

If kita tambah 540 mg dan 360 mg = 900 mg..

Hanya lebih kurang 100 mg je fish oil and other natural fatty acids.

So kita boleh beza antara product lain yang hanya banyak minyak berbanding DHA dan EPA.

Untuk saya, ni adalah sangat interesting sebab saya dah tahu betapa pentingnya EPA dan DHA kepada kita.

KEBAIKAN ASID LEMAK OMEGA 3 SHAKLEE


1. Kesihatan Jantung
 
Mengurangkan keradangan - Keradangan boleh menyebabkan kerosakan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.  
EPA dan DHA membantu dalam: 
:o: Mengekalkan tahap normal, triglycerida yang sihat
:o: Menyokong peredaran darah yang sihat
:o: Mengekalkan fungsi kardiovaskular yang sihat
2. Fungsi Otak

Otak kita diperbuat daripada 60% lemak dan kebanyak sistem saraf adalah daripada kemak. Bahagian cerebral cortex mengandungi lebih kurang 20% DHA.

EPA & DHA membantu :
:o: Transmission of information between nerves
:o: Kesan positif terhadap mood, perlakuan, kognitif, memori dan pembelajaran.
:o: Slow down apa-apa penyakit berkaitan kerosakan otak seperti Alzheimer dan dementia.

3. Kesihatan sendi dan tulang

:o: Membantu mengekalkan densiti mineral tulang.
:o: Membantu pergerakan sendi ; lebih fleksibel, kurangkan bengkak dan sakit.

4. Kebaikan bagi ibu hamil dan menyusu

:o: Membantu dalam perkembangan otak anak-anak dan sistem imunisasi
:o: Membantu ibu berpantang untuk sentiasa positif
:o: Mengurangkan risiko elergik pada bayi



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dibawah.
 
Salam sayang,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty



No comments:

Post a Comment