Monday 23 April 2018

Keistimewaan Vitamin C Sustained Release Shaklee

Bismillah

Kak Jar tengok berani orang sekarang ambil injection Vitamin C dekat muka memasing end up dari nak cantik bertukar sebaliknya. Hello, suntikan Vitamin C, Kementerian Kesihatan Malaysia tak lulus tau. Tahu tak bila korang suntik muka kemungkinan untuk ada jangkitan tu tinggi becoz you never know apa chemical yang ada dalam suntikan tersebut.

Walaubagaimana pun, Vitamin C sememangnya penting untuk kesihatan badan menyeluruh dan membaiki sel-sel badan. Selain membantu menyokong sistem imun, ia juga merupakan antioksidan yang berkuasa dalam menentang radikal bebas, penuaan yang sihat serta membantu penyembuhan.

APA ITU VITAMIN C

Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Asid (ascorbates), Ascorbate free radical dan Dehyroascorbate. Ketiga-tiga bentuk ini bertanggung jawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia, pelindung intracellular sel dan bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (antioksidan).

Vitamin C tidak dijana di dalam tubuh manusia. Maksudnya ianya perlu diperolehi daripada sumber makanan. Selain itu, vitamin C juga adalah vitamin yang Larut Air dan sangat mudah hilang dari tubuh kita.

Betapa begitu mudahnya Vitamin C hilang atau disingkirkan dan hilang dari tubuh kita apabila kita merokok, stress, demam, tidak cukup tidur, marah, muntah, mengandung dan sebagainya lagi.

Nak katakan Vitamin C ini sangat senang hilang atau musnah atau tersingkir sampaikan ada seorang pakar nutrisi memberitahu kenapa kita digalakkan makan sayur mentah sebab the moment sayur tu masak atas api, vitamin C akan musnah. Vitamin C adalah nutrisi yg paling senang termusnah dengan haba. So kalau kita makan sayur yang dah masak, jangan rasa ada vitamin C dah tau.

KENAPA VITAMIN C PENTING

Paling biasa kita dengar, vitamin C ni kena makan bila kena selsema atau demam. Betol? Uiks, jangan salah faham, vitamin C ni bukan ubat ye. Sebenarnya ia satu unsur yang badan perlukan untuk berfungsi secara normal.

Antara fungsi vitamin C sebenarnya:

 1. Mencantikkan kulit -
Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

2. Meningkatkan sistem imun tubuh –
Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
✓Menguatkan sistem imun
✓ Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.
✓ Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

3. Antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas –
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

4. Mencegah penyakit Scurvy -
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,

5. Stress / tekanan
Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana stress - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Vitamin C sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu stress memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

6. Mengekalkan kolestrol sihat -
Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skury

7. Membantu pembentukan collagen –
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah siapa yang amalkan vitamin c akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

8. Membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.
Vitamin C merupakan anti-oksida yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia bahayadari tubuh kita denagn berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Ni adalah antara fungsi Vitamin C maka pecahlah tradisi kita yang ingat makan vitamin c hanya untuk nak dapatkan kulit cantik, bantu legakan demam dan selsema. Hihi.

KENAPA KITA PERLU VITAMIN C

Tahu tak kenapa kita PERLU ambil vitamin c setiap hari ?

Tubuh kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak dapat menyimpan vitamin C untuk jangka waktu yang lama..

Badan kita pula tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Lagi-lagi denagn keadaan pencemaran yang berleluasa sekarang ni.

Vitamin C hanya boleh berada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan tahap keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di setiap bahagian tubuh yang lain.

Selain itu jika kekurangan Vitamin C ada kesan lain seperti -->
  •  Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen akan menjadi lemah dan tidak aktif.
  •  Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang menyokong sebahagian sel, memberi kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi - ini yang menjadikan kita tua sebelum waktunya..
  •  Setiap hari badan terdedah kepada radikal bebas seperti asap rokok, pancaran UV, pencemaran udara, ubat dan lain-lain. Pendedahan kepada radikal bebas yang berterusan akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan dan akhirnya sel-sel akan mati. Ini adalah penyumbang kepada penyakit kanser, jantung serta penyakit kronik yang lain
  •  Kekurangan Vitamin C yang berterusan boleh menyebabkan penyakit kancing gigi dan skurvi yang iaitu gusi berdarah.

Vitamin C juga membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Jadi jika tak cukup quota dalam badan luka akan lambat kering dan sembuh.

Saya nak share satu cerita dari one of my friends yang mengamalkan Vitamin C SR Shaklee.
"Anak bujang saya ni lasak...dan selalulah jatuh dan luka sana sini. Biasanya kalau luka, lambat kering dan sebelum kering akan ada lapisan putih cam nanah lepas tu berair. Sejak awal bulan Januari tahun ni bagi dia mkn Vita C sebiji sehari plus Omega Guard dan B complex. Tak sampai 4 hari, luka dia kering tanpa ada lapisan kuning yg macam nanah dan berair. Bengkak pun cepat susut." - Pn.Hajira

KENAPA VITAMIN C SHAKLEE

Vitamin C Shaklee mempunyai Bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C oleh badan dan memelihara Vitamin C daripada teroksida. Bioflavonoid adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai di dalam buah-buahan sitrus.

Kelebihan Vita C Shaklee ni ianya telah diformulasikan dalam bentuk "Sustained Released" - pelepasan berkala. Iaitu setiap jam 1.5mg vitamin c akan di lepaskan dalam badan kita.

Sebiji Vitamin C Sustained Release Shaklee adalah 500mg yang kita makan akan bertahan untuk 5 jam kerana akan di lepaskan 100mg setiap 1 jam.

Bayangkan jika 1000mg yg diambil dari produk lain, kalau takde sifat Sustained Release, sebenarnya anda lagi rugi. Sebab badan kita hanya gunakan paling tinggi pun 200mg Vit C sejam. Jika anda telan sebijik 1000mg, badan amik banyak mana yg dia perlu je masa tu.

Memandangkan Vit C sifatnya larut air & tak disimpan dalam badan, jadi yg selebihnya pun (800mg) badan kita takkan simpankan. Semua masuk urine. Auch. Pembaziran kan?

So kalau amik 2 tablet setiap 5 jam, paling optimum kerana setiap satu tablet akan lepaskan 100mg sejam.

Tapi keperluan vitamin C ni bergantung kepada setiap individu tersebut. Kadang ada yang cuma perlu 2 biji sehari, tapi bagi yang ada masalah kena ambik lebih bergantung kepada tahap kesihatan individu.

Kalau ada yang bertanya bagaimana Vitamin C SR Shaklee dilepaskan secara berperingkat sedangkan dah makan dan dah larut jawapannya ialah disebabkan ia mempunyai Teknologi Pelepasan Berkala yang telah di pattent kan oleh Shaklee sendiri iaitu untuk lepasan jam ke jam selama 5 jam.

Secara ringkasnya :
  •  Vitamin C Shaklee kini lengkap dengan Citrus Bioflavonoids Complex dan juga Sustained Release System
  •  Penyerapan vitamin C ke dalam tubuh adalah berterusan selama 5 jam bagi memastikan bekalan vitamin c mencukupi semasa ia diperlukan untuk proses dalam tubuh.
  • Vitamin C Shaklee dihasilkan dari kanji jagung yang merupakan sumber asli vitamin C.
     
  • Shaklee memilih jagung kerana sumber daripada jagung ini adalah yang terbaik. Uniknya sumber vitamin yang terdapat di dalam jagung tidak akan hilang atau berkurang khasiatnya walaupun dimasak, direbus, dan dibakar berbanding dengan buah-buahan yang lain yang biasanya cepat rosak atau hilang atau berkurangan. 
  • Kebanyakan sumber vitamin c daripada buah-buahan citrus tinggi dengan kandungan asid. Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Disebabkan itu para saintis Shaklee menggunakan ekstrak jagung untuk mengelak sakit perut, cirit-birit dan gastrik.
  • Vitamin C Shaklee ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex yang membantu penyerapan vitamin C

BONUS : TAHU TAK ANDA AKAN DAPAT PENJIMATAN BERGANDA DENGAN VITA C SHAKLEE❤

Tahu tak kenapa saya cakap penjimatan berganda ? Sebabnye adalah
✅ sebotol ada 180 tablet
✅ tahan 6 bulan
✅ harga jimat dan mampu milik
✅ 1 tablet = RM0.60 je. Jimat tau

Vitamin c shaklee jugak terlajak manfaat yang lain dari yang lain. Meh Kak jar sharekan maanfaat consume vit c shaklee ni secara keseluruhan.
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Menguatkan immune sistem
  • Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
  • Mengatasi masalah insomnia
  • Mencegah jangkitan penyakit mudah berjangkit seperti demam, flu
  • Memperbaiki sistem pendarahan
  • Merendahkan & mengawal masalah tekanan darah tinggi
  • Mencerahkan kulit secara semula jadi
  • Memberikan tenaga
  • Membantu penyerapan iron
  • Mengekalkan kolestrol yang sihat
  • Meningkatkan metabolisme & membantu mengekalkan berat badan ideal
  • Mengelakkan katarak
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Mengecilkan pori muka
  • Membantu melindungi badan dari radikal bebas
  • Mengurangkan asid untuk pesakit gout
  • Mengawal paras gula dalam darah

Alhamdullilah puas rasa dapat kongsi info penting ni dengan korang tau. Jadi korang tahu apa yang perlu buat sekarang kan?

Salam sayang.

Agent Shaklee Anda,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Trainer & Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam
IG: hajarmj_thewalkingbeauty

No comments:

Post a Comment