Monday 14 October 2019

BIG WHY Saya Buat Shaklee

Bismillah

Alhamdulillah topik agak berat untuk kak Jar kerana agak ianya agak deep buat saya. Tetapi saya sukakannya supaya sentiasa ingat akan BIG WHY saya ini.

Agaknya kenapa perlu ada Big Why ni? Supaya kita lebih JELAS dan SPECIFIC tentang apa yang mahu dicapai. 

Saya tidak pernah mempunyai Big Why sebelum ini. Kira I'll just go with the flow :( . Cuma ketika itu saya hanya membuat mengikut apa yang saya catatkan dalam planner. Saya suka sangat membaca kisah Master Ainul. 

Salahkah ber IMPIAN untuk kaya?? 
Meh saya share kisah hidup saya. Saya datang dari keluarga yg susah. Susah sangat. Sepanjang saya dibesarkan, saya saksikan keperitan yg ditanggung oleh ibu ayah saya. Kami pernah hidup kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.  
Ibu saya pernah dihina, diherdik, dicaci oleh orang yg dtg minta hutang. Kami pernah tinggal di rumah kedai akibat dihalau oleh tuan rumah yang kami sewa.  
Kami pernah hidup tanpa elektrik, akibat x bayar bil2. Bergelap rumah, buat homework guna lilin. Tido mlm kepanasan. 
Kami pernah makan lauk sayur pucuk ubi sahaja yg dipetik di belakang rumah. Bila kami datang beraya ke rumah orang2 kaya, ada yg memandang sinis, yerlah anak berderet mcm keretapi, selekeh pula tu, naik van buruk.  
Bagaimana perasaan saya tika itu?? Sakit sangat , sahabat! Teramat sakit. Saya lihat kesusahan ibu, tetapi saya tak mampu nak hapuskan kesusahan itu. Saya lihat air mata ibu setiap malam, tapi saya x mampu padamkan air mata itu! - Master Ainul

Atas asbab itu, beliau bersungguh sungguh membuktikan beliau adalah PROVEN RESULTS kepada semua anak cucu beliau dan juga wanita-wanita diluar sana.

Big Why Saya Dalam Shaklee

Saya juga mempunyai Big Why saya iaitu untuk keluarga, anak-anak dan juga ummah.

Big Why #1 : Bawak Ibu Ayah Bercuti Di Langkawi


Alhamdulillah syukur Allah swt masih izinkan mereka bersama saya. Walaupun baru-baru ini ayah baru sahaja menjalani operation untuk membuang sebahagian jari kakinya akibat diabetes. Mereka tidak pernah meminta apa-apa dari kami anak-anak. Itu yang membuatkan saya sedih sangat. 

Saya menyimpan hasrat untuk membawa keluarga ke Langkawi pada bulan March 2020 kerana ibu suka shopping di Langkawi. Saya membayangkan apa sahaja yang ibu saya beli, saya yang keluarkan belanjanya. 

Malah, saya ingin menghantar ibu untuk operation matanya yang berselaput kerana katarak.Dan kosnya saya pernah tanyakan pada klinik iaitu antara RM3000-RM5000 mengikut kondisi ibu. 

Inilah big why saya yang terbesar. Saya ingin membawa keluarga bercuti ke Langkawi March 2020 dan memberi mereka elaun sekurangnya RM500 sebulan.


Big Why #2 : Kemudahan Untuk Anak-Anak


Sebagai seorang ibu, saya mudah tersentuh hati apabila ada kemahuan anak-anak yang tidak mampu untuk saya berikan. 

Pernah suatu hari anak-anak berkata nak main salji. Nak bawak pergi main salji tiruan di iCity pun belum tentu dapat lagi kerana kekangan masa.

Dan impian saya untuk anak-anak sangat banyak :

  • Saya ingin pastikan mereka belajar swimming, art class dan membuat aktiviti yang mereka suka tanpa perlu ada sekatan.
  • Membawa mereka melancong ke luar negara setahun sekali. Bawak pergi main salji :)
  • Sediakan kemudahan pembelajaran, besarkan bilik mereka, dan makan apa yang mereka mahu.

Dan pastinya, saya ingin berzakat dan bersedekah tanpa had. Saya sedar banyak lagi yang harus saya tingkatkan dan mesti kena bersungguh sungguh supaya dapat mencapai impian saya. Amiin.



Salam Jutawan,

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam


No comments:

Post a Comment