Wednesday 9 October 2019

Malaysia Negara Paling Gemuk Di Asia. Tips Untuk Mengatasi Obesiti

Bismillah


Semalam Kak Jar ada pergi jalan-jalan di kawasan sekitar, dan masa ni keluar nak shopping sayur untuk detox. Masa tu tengok ramai yang bersilih ganti masuk ke sebuah kedai CD. Maaf, jika kenyataan saya ni membuatkan orang tak suka tetapi hampir semua yang saya nampak berbadan besar, kalau lelaki tak sah perut tak buncit manakala yang wanita berbadan gempal. Then, saya pandang diri sendiri, huuu sama je, berat berlebihan sangat. Sedihnya~

 
Berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berat badan dan obesiti di kalangan orang dewasa (18 tahun ke atas) masing-masing adalah 30.0% dan 17.7% pada 2015 (Kajiselidik Kesihatan & Morbiditi Nasional [NHMS] 2015) berbanding 16.6%  dan 4.4% masing-masing pada tahun 1996 (NHMS 1996). 
Berat badan berlebihan dan obesiti telah meningkat sebanyak 80.7% dan 302% dalam masa kurang dari dua dekad. Manakala pada kanak-kanak di bawah 18 tahun juga kurang menggalakkan, dengan obesiti 11.9% (NHMS 2015).
 Petikan dari : Star2.com 

Bacakan kat atas tu, berapa peratus meningkat dari asal. Sebab itulah, Malaysia kita dah menjadi negara yang "paling gemuk" di Asia, kerana hampir separuh daripada penduduk dewasa Malaysia kini  mempunyai berlebihan berat badan atau gemuk. 


Dan paling tak best, bersama-sama dengan obesiti ni adalah penyakit berkaitan obesiti seperti hati berlemak @ fatty liver. Selain daripada itu obesiti boleh menyebabkan keadaan serius dan berpotensi mengancam nyawa seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, strok, batu empedu, dan beberapa kanser seperti kanser payudara, rahim dan kolon.


Malah ia menjejaskan kualiti hidup dan menyebabkan perubahan fizikal seperti sesak nafas, berdengkur, apnea tidur, keletihan, kesukaran dengan aktiviti fizikal dan arthritis. Selain itu juga ia boleh membawa kepada keadaan psikologi seperti rendah diri dan kemurungan.

Jadi macam mana tu, sanggupkah kita berulang alik ke hospital hari-hari untuk dapatkan rawatan? Atau berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan kesihatan seperti sediakala?

Huu bagi yang golongan have have mungkin rasa tak kisah kerana pelbagai hospital yang boleh menjalankan rawatan tersebut. Jadi kita yang dapat gaji hujung bulan, esok nya dah habis ni macam mana? Tujuan saya bukanlah untuk merendahkan sesiapa kerana saya sendiri pun bekerja dari rumah. Namun penting untuk saya kongsikan di sini untuk kebaikan kita bersama.

Ini kerana ramai yang saya lihat menggunakan rejim yang ketat seperti tidak makan semata-mata untuk mengurangkan berat badan. Sedangkan yang sebenarnya, anda tidak perlu menderita untuk mengurangkan berat badan dan meningkatkan kesihatan anda. 

Tips daripada ini boleh membantu anda untuk melaksanakan tabiat yang sihat ke dalam rutin harian anda, mengubah gaya hidup anda, serta melawan obesiti dan mendapatkan kesihatan menyeluruh.

Senaman 


Biasa yang tidak bersenam ni yang cepat naik berat. Kita makan banyak, kalori masuk bertimbun-timbun tapi tidak dibakar. Jadi dia store dalam badan sebagai lebihan lemak. Macam itula apabila badan kita tanpa aktiviti fizikal, ia akan jadi tidak cekap & kurang berfungi dengan baik. 


Sumber google

Bersenam tidak semestinya wajib pergi gim tiap-tiap hari kan, banyak lagi cara untuk masukkan senaman ni dalam rutin harin. Antara yang saya buat untuk permulaan adalah jumping jack, lepas itu brisk walk dekat taman. Haa kalau yang bekerja tu boleh la ambil tangga instead of amik lif kan. 

Banyak sahaja sebenarnya. Contoh nak ke kedai kan, biasa senang naik motor teru s pecut. Haa, apakata berjalan pulak ke kedai berdekatan anda tu. Zumba di rumah pun boleh tau. 

Memang pada mulanya kita rasa macam penat sebab apa, sebab selama ni badan kita manja sangat pada senaman ni. Tidak kira apa yang anda lakukan selagi anda melakukan sesuatu, keluarkan peluh okay. Lepas itu, dah yakin stamina cukup boleh la pergi gim buat training atau hired personal coach untuk latihan lebih serius.

Diet Pemakanan Yang Sihat


Kebanyakan mereka yang ada obesiti ini adalah mereka yang suka makan amakan yang kurang sihat. Contoh macam saya sendiri, bergoreng, jajan, berlemak semua saya makan sebab saya memang pemakan orangnya. Tak memilih. Dan paling tak best bila berat tu naik tinggi macam gunung Everest. 


Sumber google

Jadi cadangan saya adalah anda harus memberi tumpuan lebih untuk meningkatkan diet anda melalui pemakanan yang sihat, seimbang. Its okay, sebagai permulaan, buat secara beransur-ansur untuk memperkenalkan tabiat yang lebih sihat. Anda boleh menggantikan beberapa bahan makanan yang anda makan dengan alternatif yang lebih sihat. Ia juga penting untuk tidak melewatkan sarapan, kerana ia adalah hidangan yang paling penting pada hari itu. Ia juga penting untuk melawan obesiti dan kehilangan berat badan.

Anda juga boleh mencari banyak resipi untuk makanan yang cepat, mudah dan sihat dalam talian. Bagi yang housewife, apabila sediakan makanan, anda mempunyai lebih banyak kawalan terhadap apa yang anda makan. Anda boleh memilih minyak yang sihat, buah-buahan dan sayuran organik, dan produk makanan bijirin.


Jika anda tidak yakin untuk melakukannya sendirian, anda boleh ikuti Program 17-Hari Detox bersama #JomDetoxJutawan



Program ini adalah program detok Shaklee yang bertujuan untuk membantu peserta membuang toksin berkurun dalam badan yang boleh sebabkan sakit kronik seperti obesiti dll. Bonusnya turun berat, kulit cantik dan badan sihat. Ia juga menyasarkan keseluruhan sistem detoksifikasi badan malah ianya lebih selamat, sihat kerana proses detoksifikasinya bermula pada tahap selular.

Baca juga : 10 Perbezaan Jom Detox Jutawan Berbanding Program Kurus Lain

Malah, apabila  anda join program #JomDetoxJutawan anda akan dapat; 
1) Support group yang aktif selama 17 hari. Pakat kurus ramai-ramai baru syok! Buat dengan gembira dan tak stress langsung.  
2) Dapat guide, info dan monitoring dari Detox Coach bertauliah. Ada masalah boleh tanya. Takde lah duk murung makan pisang sorang-sorang  
3) Ada detox meal plan oleh nutritionist bertauliah, approved by doctor. Ada reason di sebalik menu tiap hari. Program ni bantu ubah lifestyle kepada healthy lifestyle. Jadi rutin diri.  
4) Ada guide step by step setiap hari. Hanya ikut betul-betul setiap step. InsyaAllah banyak turun berat dan inchloss. 
5) Dapat guide senaman yang betul. Nak kecikkan bahagian mana? Haaa sila buat senaman yang dicadangkan. 
6) Bila turun berat automatik muka makin cantik & hensem, kulit glowing dan nampak makin muda. Ni paling best! 
Penyertaan untuk JomDetox 17.0 sudah dibuka. Nak join kena la book seat cecepat sebelum penuh tau!

Minum Air Secukupnya



Yang ini rata-rata ramai yang fail bab ni. Minum air kosong tidak mencukupi dengan kuantiti yang sepatutnya diambil. Antara alasannya adalah bila minum air banyak, kena kerap pergi tandas. Kira macam leceh nak kena bukak seluar kan. Hee~

Air putih kosong ni penting sebenarnya. Fungsi air ni membersihkan dan detoksifikasi kekotoran dalam badan kita. Untuk setiap individu, disyorkan untuk minum lapan atau sepuluh gelas sehari. Minum air yang mencukupi juga boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang. Akibatnya, anda akan makan kurang.


Cara paling mudah untuk tahu anda cukup ke tak cukup, mesti sentiasa ada sebotol air  dengan anda. Apabila anda dahaga, bukannya minum minuman manis, minum air kosong tadi yang anda bawa. Ingat tau, air tidak boleh mengandungi perasa atau apa-apa jenis jus atau gula. Tetapi nak mix dengan lemon okay. Amibil air lemon ni waktu pagi sebab ia boleh meningkatkan metabolisma anda dan membantu proses pembersihan. 

Dapatkan tidur yang mencukupi


Selain menjaga pemakanan yang sihat, merutinkan aktiviti fizikal adalah antara perkara penting untuk pencegahan, pengurusan, dan rawatan obesiti. Apa yang anda tidak tahu ialah tidur mempunyai peranan penting dalam pencegahan obesiti juga. Badan anda memerlukan 7-8 jam tidur untuk berfungsi dengan normal. Terdapat banyak risiko kesihatan yang berkaitan dengan kekurangan tidur. Ia boleh menyebabkan metabolisme yang lebih perlahan dan peningkatan berat badan yang cepat.



Konsepnya mudah sahaja, apabila anda berehat dengan baik, anda akan mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari. Anda akan menjadi lebih produktif dan fokus. Betul? Kurang tidur pula dikaitkan dengan kadar kemurungan dan tekanan yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika anda cukup tidur, anda akan berasa lebih baik, lebih bahagia, dan kurang tekanan. Jangan tak tahu, ia juga boleh meningkatkan sistem imun anda. So sleep well tau~


Penutup


Semua masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti boleh diterbalikkan atau dicegah dengan beberapa perubahan gaya hidup. Sama ada anda berlebihan berat badan atau tidak, dengan mengikuti petua ini, anda boleh mencegah masalah berat badan yang tidak sihat dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti, yang boleh meningkatkan kualiti hidup anda.

Sekiranya anda menghadapi cabaran berat badan anda sendiri, ini mungkin masanya untuk mempertimbangkan keseluruhan pembersihan badan melalui program #JomDetoxJutawan untuk membolehkan anda melihat dan merasai diri anda yang terbaik!


Hubungi saya,

Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam



No comments:

Post a Comment