Monday 14 October 2019

Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes

Bismillah

Nowadays la kan, Kak Jar tengok mostly banyak sangat kes penceraian di televisyen. Itu baru di TV sebab artis. Kalau orang biasa wallahu'alam la berapa banyak. Kadangnya bila berlaku kes macam ni teringat satu artikel dalam surat khabar, walaupun tidak bercerai tetapi suaminya telah dipenjarakan untuk tempoh lama. Dan beliau, si isteri menjaga empat orang anaknya sendirian. Ketika itu, siang malam pagi petang beliau keluar untuk mencari sesuap rezeki untuk menyambing kehidupan mereka anak-beranak. Pagi bekerja sambilan, balik ambil anak, kemudian keluar lagi untuk mencari rezeki. Anak-anak terpaksa ditinggalkan dirumah. Sehinggalah beliau dijemput Allah swt dalam satu kemalangan motor. Innalillahiwainnailaihirojiuun.

Bila baca kisah arwah terus Kak Jar kata surirumah ni wajib ada buat bisnes tau. Kak Jar sendiri pun seorang surirumah walaupun dah bekerja dalam pelbagai bidang sebelum ni. 

Pertamanya, sebagai back up anda. Bila anda mempunyai suami yang selalu tiada dirumah kerana terpaksa bekerja diluar, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku kepadanya (nauzubillahiminzalik). Apabila anda membuat bisnes dari rumah, anda akan mempunyai simpanan anda sendiri untuk digunakan kala kecemasan.

Kedua, anda boleh menampung keperluan diri. Selain daripada tabung kecemasan, anda juga sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan diri dan belanjaan selain daripada nafkah yang diberi oleh suami. Malah tahap kewangan keluarga juga bertambah baik.

Ketiga, kurang tekanan. Sebagai surirumah, anda akan mempunyai banyak kekangan lagi-lagi jika anda ibu menyusui, dan ank-anak yang masih kecil. Bekerja dirumah mampu mengurangkan tekanan anda lebih-lebih lagi dapat melihat anak-anak didepan mata.

Malah banyak lagi kenapa surirumah ni wajib buat bisnes. Antara cadangan idea untuk surirumah melakukan bisnes dari rumah 

Homemade Cookies atau Cake
Menjahit 
Membuat kuih muih
Dropship barangan

dan lain-lain lagi.

Selain itu juga, surirumah juga boleh untuk menceburi bidang mobile Spa. Disini Kak Jar share kenapa Mobile Spa Bisnes ni ideal untuk surirumah.

1. 'Portable' Business


Haa jarang jumpa kan bisnes portable yang boleh diangkut-angkut kemana sahaja, hihi. Inilah keistimewaan bila anda sertai 'portable business' ni. Anda tidak perlu kedai SPA baru nak mulakan bisnes. Cukuplah dengan ilmu dan tools yang diberi didalam Kursus Spa TWB, anda terus boleh seret bag dan mulakan bisnes anda sendiri.

Mobile Spa ini juga boleh dilakukan dimana-mana tempat yang bersesuaian seperti di surau, di rumah pelanggan, di hotel asalkan tiada masalah keselamatan dan dipersetujui oleh beautician dan pelanggan anda.

Yang paling best, Mobile Spa ni pun boleh dilakukan dirumah. Jadi mak-mak senang buat kerja anak ada depan mata selalu kan :)

2. Business Hour Yang Flexible


Bila anda sertai Mobile Spa TWB, anda tidak akan terikat dengan specific business hour seperti kerja lain. 

Anda boleh tentukan masa yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti perniagaan spa anda. Tambahan pula, proses untuk menjalankan spa itu sendiri singkat. Sebagai contoh, untuk menghasilkan tempahan sebiji kek sahaja anda perlu mengambil masa hampir 3 jam dari mula proses pembelian barang-barang sehinggalah selesai. Namun dengan mobile Spa, anda cuma peruntukkan 1 jam sahaja minimum untuk hasilnya.

3. Modal Yang Rendah


Bila cakap pasal suruh buat bisnes mesti terus dalam otak cakap nak kena pakai modal besar nih. Yela kata berniagakan.

Haa tidak ye. Mobile Spa ini tanpa KEDAI. Anda adalah Kedai Spa Bergeraknya. Malah modal anda hanyalah supaya anda sudah boleh terus jalankan aktiviti spa anda secepatnya.

4. Kursus Mobile Spa Separuh Hari


Jangan terkejut ye, mobile SPA TWB ini menjalankan kursus tak sampai sehari penuh. Jadi tidak ada kekangan bagi ibu-ibu kerana meninggalkan anak-anak. Anda boleh baca entry saya : Kursus 1 Hari Bersama Spa TWB. 

Malah yang menariknya, ia tidak berakhir disitu. Walaupun kursus hanya separuh hari, anda tetap diberikan tugasan isitimewa untuk latihan anda.

5. Brandingkan Diri Anda


Seronokkan dapat jadi owner kepada business anda sendiri. Malah anda boleh menjadi surirumah highclass kerana anda boleh bina Spa Atas Nama Sendiri. Best ke best? Macam mimpi je kan. 

6. Anda Layak Menikmati 6 Penjuru Income


Inilah yang membezakan Mobile Spa TWB dengan spa-spa lain diluar sana. Selain dari keuntungan servis spa harian anda, anda juga layak menikmati apa sahaja kelebihan bisnes Shaklee iaitu 3C. Ini kerana mobile Spa TWB menggunakan sistem bonus Shaklee yang unik. Income lain hanya akan direveal setelah anda menjadi sebahagian dari Spa TWB. Excited kan banyak income. Kaching kaching. 


InsyaAllah itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kepada semua surirumah diluar sana jika anda membaca posting saya segeralah buat bisnes atau apa sahaja tambahan pekerjaan untuk kesejahteraan masa hadapan. Keep fighting dan jangan putus asa okayh! :)


Hubungi saya untuk mengetahui tentang Mobile Spa TWB ini.


Salam Jutawan,
Kak Jar

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com

FB: Hajar Mat Jam

No comments:

Post a Comment