Monday 14 October 2019

Time Freedom dengan Bisnes Shaklee

Bismillah

Alhamdulillah Kak Jar berkenalan dengan Shaklee ni dah lama sebelum tu belum rasa nak berbisnes pun, makan suplimen pun untuk topup kesihatan.


Masa saya menjalani praktikal universiti, menyewala satu apartment dengan staff kilang eletronik femes kat Shah Alam. Malam tu housemate Kak Nurul (bukan nama sebenar) ajak pergi satu event di Damansara. Mula-mulanya tak nak pergi tapi akak ni ajak jalan makan angin, cepat aja follow. Bila sampai je wowww event nya di banglo atas bukit. Tanjat daku! Sikit punya ramai orang masa tu. Ingatkan event cari jodoh. Haha. 


Dat time tak tahu pon pasal apa tapi dengar je la apa yang Kak Jar faham time tu tu event MLM. Cecepat aje ajak akak Nurul ni balik. Anti MLM la katakan. On the way balik tu dia bukak cerita. Betulla macam sangkaan saya tadi. Typical MLM,


↳ Kereta mewah bersusun dekat parking (Nak tarik prospek la tu)

↳ Modal ribu-riban nak masuk (Siap suruh pinjaman lagi)

↳ Suka buat larut-larut malam (Huh~pagi baru sampai rumah)

↳ Time tu juga suruh join (paksa-paksa pula, tak suka tau)

Dan banyak lagi la..tapi berbeza dengan Pengedar Bebas Shaklee. Saya join National Convention Shaklee selepas saya daftar jadi ahli. Pertama kali dengar perkongsian dari Master Zahirah (kira pangkat moyang la ni dalam keluarga besar Jutawan) membuka minda Kak Jar yang sempit ni. Rupanya MLM Shaklee ni not all about money. Orang nampak Shaklee MLM macam syok je kan dapat capai Financial Freedom. Namun kegembiraan itu terletak sama kepada TIME FREEDOM. 


Hari ni je berapa ramai para isteri yang bekerja untuk keselesaan belanjawan keluarga?

Atau berapa ramai juga para ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka seawal pagi di pusat asuhan untuk pergi bekerja?

Atau para ayah yang berkerja siang dan malam demi anak-anak dan isteri tanpa rehat?


Masing-masing ada cabaran dalam kehidupan. Kerana semua berusaha untuk memperbaiki tahap kehidupan diri dan keluarga. Demi keselesaan keluarga dan tanggungjawab yang dipikul, betapa ramai yang terpaksa berkorban masa bersama keluarga atau orang yang tersayang. Tahniah dan syabas buat semua.

Namun kita masih boleh memilih untuk memiliki kebebasan masa ini. Ramai ibu-ibu terutamanya yang saya jumpa memilih untuk Shaklee untuk mencapai kebebasan ini. Saya kongsikan kisah nenek Shaklee saya iaitu Master Hafsah.

Walaupun telah bergelar jurutera, beliau nekad untuk berhenti kerja. Antara push factor nya kerana beliau tidak ada kekuatan lagi untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Kebetulan pula beliau baru sahaja selepas melahirkan anak menjadi pull factor nya masa itu kerana tidak sanggup untuk membiarkan orang lain menjaga anaknya. Malah beliau juga berada berjauhan dengan keluarga di semenanjung sementara beliau di Bintulu. 
Bayangkan bukan mudah sebenarnya nak tinggalkan career bergaji mewah ni. Bergelar working-at-home-mom sangat menggembirakan hati beliau kerana mempunyai masa untuk lebih bersama anaknya yang tersayang. Ketika itu, nak kata beliau pun belum dapat bonus besar dari Shaklee.   
Kini, bergelar Master Coordinator beliau bukan sahaja memiliki TIME FREEDOM malah FINANCIAL FREEDOM bersama dengan bisnes Shaklee.


Malah begitu juga dengan para master yang lain. Selain dapat meluangkan lebih bersama keluarga, begitu juga legasi bisnes Shaklee mereka. Malah terdapat banyak lagi kelebihan bisnes Shaklee selain TIME FREEDOM.

InsyaAllah hendak seribu daya kita sama-sama usahakan yang terbaik. Amiin. Sampai berjumpa lagi semua.

Salam Jutawan,
Kak Jar

Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

No comments:

Post a Comment