Thursday 10 October 2019

Apa Yang Tak Best Bila Badan Gemuk?

Bismillah

Entry kali ni Kak Jar nak share dengan semua apa yang tak best bila badan gemuk ni. Baru-baru ni sebelum saya join program #JomDetoxJutawan, saya ada banyakkkk masalah kesihatan tau. Bukanlah yang kronik namun still consider sakit yakmat jugak la. Ni aadalah real story tau. Huhu sedih sebab Kak Jar pun kategori berat berlebihan atau lebih tepat lagi obesiti. 



Siapa nak mengaku dia gumuks kan. Tapi sendiri tau. Anda pun tahu kondisi badan anda macam mana. Jadi Kak Jar nak share dengan anda yang membaca story ni, ingat best ke gumuks ni weh. Banyak penyakit tau. Ini antara masalah kesihatan saya,

1. Hormon tak stabil. 

Senang je nak tahu kalau wanita tu mesti haid dia tak teratur. Masalah ni dah ada dengan saya sebelum saya berkahwin lagi. Risau tau. Masa tu doktor kata saya ada PCOS. Saya pernah kongsikan dalam entry lama tentang haid ni. Tapi anda kenala baca disini ye :

2. Ada Risiko Untuk Kehamilan

Macam yang Kak Jar cerita tadikan, orang yang berbadan besar ni mudah ada PCOS atau penyakit lain bila hormon tak stabil. Jadi apa risiko dia kalau anda berkahwin nanti? Yaa, rendah peluang untuk kehamilan. 

3. Muka naik jerawat

Yang ni lagi la. Since sekarang ni Kak Jar adalah working at home mum yang 100% buat mobile spa, malu la kan nak attend customer dengan muka jerawat. Rasa semak muka tau. Sebelum ni kerja pun sama, kita kerja attend client untuk viewing aparment, kena jumpa landlord lagi..hari-hari kena jumpa orang tau.

4. Susah nak cari saiz baju

Uhuks uhuks sedih yang ni. Masa zaman kerja dulu susahnya nak cari kedai yang juai baju besar-besar ni. Last-last tuju ke PEACE. Haha. Nostalgia sungguh. Nak cari baju kahwin pun tak ada saiz, frust menonggeng mak masa tu. Nak tak nak, beli kain di Jakel, tempah sahaja sendiri. Ingatkan nak save bugdet masa tu. 

5. Mudah Stress dan Kemurungan

Tau tak keadaan berat berlebihan ni sebenarnya worse tau macam topeng pada kita. Dia buatkan kita lupa macam la badan yang sihat dapat rasa. Kalau perasan, kita akan mudah jadi stress / murung kerana chemistry badan dan tak balanced. Macam tu la kita akan rasa tidak menarik, kurang bergaul, tidak mencari pasangan dan dll. Bahkan kita lebih suka duduk mengasingkan diri.

6. Double Chin/ Dagu berlapis serta Kulit Sagging (Kendur)

Mostly semua yang Kak Jar tengok orang yang berbadan gumuks ni mesti ada dagu berlapis. Kalau yang berumur sikit ada dua-dua. Haruu, mana nak sorok dalam tudung yang ni. Masa tu trick saya tarik tudung kedepan sikit. Haha. Jangan gelak tau. Tak elok sebenarnya macam tu kan. Sepatotnya kena la turunkan berat badan tu kalau tak nak ada double chin betul? 

7.  Badan Jadi Kilang Batu

Kilang batu kau, nak sangat. Inilah yang terjadi pada Kak Jar. Tak sedar dalam badan ada batu oiii. Untuk pengetahuan anda semua, berat badan berlebihan atau mempunyai obesiti boleh membuat anda lebih cenderung untuk membina batu karang, terutamanya jika anda seorang wanita. Malah boleh dikatakan orang yang mempunyai obesiti ni mungkin mempunyai tahap kolesterol yang lebih tinggi dalam hempedu mereka, yang boleh menyebabkan batu empedu. Nak kata, perit dan sakit masa tu dekat belakang badan, Allah je la yang tahu.


Apa Tindakan Selepas Ni? Saya Taknak Badan Gumuks Dahh!


Sebenarnya, itu sikit je yang tak best tau. Banyak lagi tak cerita yela nanti korang jemu kan panjang karangan ahkak ni. Haha. Ada sekali tu berdiri atas kerusi anak pecah terus kerusi tu haha. Lepas tu, sakit belakang badan dan ada mudah sangat mengah. Biasa buat spa dekat customer pun dah slow gerakan. Maklumla berat bawak badan sendiri je lebih. Dan ada je lagi penyakit lain yang berbahaya efek dari obesiti ni seperti diabetis, masalah jantung, even badan pun berbau tau. Eii.

So my new mission adalah jeng jeng jengg.. TURUNKAN BERAT BADAN! Tepuk laa. Haha.

Since ada program detox Shaklee maka founder Legasi Jutawan ada buat program #JomDetoxJutawan untuk membantu ramai ada masalah kesihatan seperti obesiti untuk turunkan berat badan dengan sihat. Jadi, saya pun nekad nak ikot serta. Sebelum ni pernah je weightloss tetapi badan jadi re-bound semula. Sadis uolss. Melantun naik berat badan.

Rupanya, selama ni yang dibuang adalah waterloss bukan fatloss. Jadi toksin jahat tu hasut semula memori sel dalam badan untuk replicate semula habit lama. Haa salah kan toksinkan. Haha. Tapi itulah sebenar benarnya. 

So dari situ kak Jar faham, nak turunkan berat badan ni bukan setakat sekat-sekat makan tapi kenala buang sekali toksin dalam badan kita ni. Baca sini : Kenapa Perlu Detox Jika Nak Kurus


Apa Yang Best Tentang Program #JomDetoxJutawan ni?


Haa yang ini pun ada Kak Jar share dalam entry sebelum ni. Cuma kali ni ada tambahan sikit untuk tatapan semua. Sebelum tu baca juga : Perbezaan Program Detox Jom Jutawan dengan program kurus lain.

Nampak ni saya bermula dengan berat 93.6 kg tau. Alhamdulillah bila kita buang toksin berat pun ikut turun. Sampai hari ini dari 1hb Oktober haritu saya dah hilang 4 kg lebih. 


Tadaaaaa..hihi ~


Rakan-rakan pun banyak yang mengalami penurunan berat mereka.


Best kan dapat turun macam ni. 

Nampak? Berat tiga angka pun bukan halangan tau. 


Jadi, program ni memang terbukti berkesan walaupun anda ada berat yang terlebih lebih macam saya ni. So sampai bila nak biarkan badan kita terseksa betul? 

Untuk bacaan lanjut boleh baca : Pakej Pilihan Program Jom Detox Jutawan.

Lepas baca tu kalau ada yang anda masih belum faham boleh je hubungi saya terus tau. InsyaAllah semoga journey kita nak sihat ni dipermudahkan. Amiin.




Yang Excited Berat Turun,

Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

No comments:

Post a Comment