Monday 14 October 2019

Kegemukan Punca Sakit Kronik

Bismillah

Alhamdulillah terima kasih sangat sudi singgah blog Kak Jar ni. Lately, rajin tangan ni menulis macam-macam inspirasi masuk zup zup dalam otak. Okey, kali ni saya nak kupas tentang penyakit yang commonly orang dapat bila kegemukan.

Opss sebelum tu wajib baca entry ni : Apa Yang Tak Best Bila Gemuk

Sebelum ini saya pernah kongsikan risiko kegemukan atau obesiti ini di sini : Penyakit Yang Anda Dapat Bersama Obesiti.  Malah, jika berat anda ditahap obesiti itu sendiri adalah penyakit kronik yang serius yang boleh memberi kesan negatif terhadap banyak sistem dalam tubuh anda.

Salah satu daripadanya adalah diabetes mellitus. Menurut kajian jurnal [1] ada menyatakan bahawa apabila terdapat peningkatan lemak secara keseluruhan, secara optik dan depot lemak ektopik, ia khusus dikaitkan dengan rintangan insulin.

Apabila berkait dengan rintangan insulin, maka penyakit lain juga akan turut muncul. Menurut sumber WebMD, rintangan insulin adalah ketika sel-sel dalam otot, lemak, dan hati anda tidak bertindak balas dengan baik untuk insulin dan tidak dapat menggunakan glukosa dari darah anda untuk tenaga. Oleh itu ia memerlukan pankreas untuk memhasilkan lebih banyak insulin. Lama kelamaan, paras gula darah anda naik.

Sindrom rintangan insulin termasuk sekumpulan masalah seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan diabetes jenis 2. Nama lainnya juga adalah sindrom metabolisme.

Oleh sebab itu, anda patut berjaga-jaga dan jangan pantang enteng jika anda salah satu daripada mereka yang mempunyai masalah kegemukan.

Untuk bacaan lanjut saya cadangkan anda rujuk entry-entry dibawah ini terlebih dahulu:




Saya telah memulakan langkah untuk menjauhkan diri dari penyakit kronik ini dengan izinNya. Alhamdulillah melalui program Jom Detox Jutawan, saya telah mengalami penurunan hampir 5 kg dah lebih incloss dari yang saya targetkan.

Jika anda ingin turut serta dalam detox Shaklee ini bersama dengan #TeamJutawan, hubungi saya hari ini juga.

Salam sihat dan sayang,

Salam Jutawan,
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam






Rujukan :

[1] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16311223
Kak Jar
Puan Siti Hajar binti Mat Jam
Beautician The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Al Jannah Beauty Spa
+6019-637 0570
umibizshoppe@gmail.com
FB: Hajar Mat Jam

No comments:

Post a Comment